Nov 24, 2016

Fasilitis di Seven Skies International Islamic School Kuala Lumpur

Assalamualaikum...


 Ingat lagi tak aku pernah cerita pasal sekolah ni few months ago?? ce klik 👉sini👈 kasi flashback balik


Hari tu aku dah cerita pasal pengalaman aku melawat sekolah tu...kali ni nak cerita more details pasal fasilitis yang ada dan guru² yang bertugas....mesti ramai nak tau kan cikgu² sekolah ni semuanya FOREIGNER ke?? dah kata International School kan?? hehe~ 


💕 Untuk memperoleh pengalaman ilmu dalam kurikulum pendidikan, 30% daripada gurunya adalah daripada UK.

💕 30% lagi adalah dalam kalangan guru tempatan (Malaysia), bagi mendapatkan sokongan masyarakat dan kebolehan bertutur dalam bahasa tempatan.

💕40% selebihnya adalah guru dari negara Arab, bagi membantu komunikasi dan pemahaman dalam Bahasa Arab serta pengajian Al-Quran.


Pelajar-pelajar akan memahami Al-Quran dengan baik kerana guru-guru yang mengajarnya fasih berbahasa Arab. 


Dengan berteraskan prinsip “Allah in the heart, the world in the hands”, SSI memastikan pelajar-pelajarnya berjaya dalam kedua-dua bidang akademik dan moral. 


Guru-guru akan memastikan dan membantu pelajar-pelajarnya berjaya dalam bidang akademik dengan moral yang tinggi. 


Guru-guru yang dipilih untuk menjadi tenaga pengajar di SSI adalah yang terbaik...Mereka perlu mengambil ujian sebelum dipilih menjadi guru di SSI....Guru-guru sentiasa dilengkapkan dengan kursus yang bersesuaian untuk meningkatkan kemahiran dalam mengajar ...mereka perlu sentiasa memakai pakaian sopan yang mengikut syariah bertepatan dengan sekolah yang mengamalkan prinsip Islam yang tinggi



FACILITIES:

Kemudahan-kemudahan di sekolah juga memainkan peranan penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kantin


Bilik darjah yang dilengkapi dengan sistem penghawa dingin untuk pembelajaran yang kondusif


Gymnasium


3D Printer...dalam ICT Lab...



Makmal Sains


Ruang solat yang luas untuk solat berjemaah...penting untuk memupuk ukhuwah dan pendedahan kepentingan solat berjemaah dari usia muda...


Reception


Security guard....setiap pengunjung yang datang ke SSI perlu mendaftar dahulu di pintu masuk....for safety purposes 👍


SSI bakal menyediakan kemudahan pengangkutan dan pemandu bas bagi pelajar-pelajarnya yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Ibu bapa boleh melayari portal online yang dipanggil ALMA, untuk mengetahui secara terperinci perkembangan anak-anak mereka di sekolah seperti:
- Kedatangan (updated every morning)
- Boleh tau anak ponteng sekolah atau tak (Penting untuk keselamatan anak-anak)


Yelah bukan tak percaya anak...tapi bak kata pepatah, better paranoid than sorry...hehe~  zaman sekarang memang zaman paranoid....hehhh


Ekceli semua ni aku dah cerita panjang lebar dalam entry lepas....kalau ada yang blur² boleh refer balik entry lama aku tau....klik  👉sini👈 


Maklumat lanjut korang boleh klik link² bawah ni:

Website: www.sevenskies.edu.my
Facebook: Seven Skies International
Instagram: @sevenskieskl

Atau korang boleh datang sendiri sekolah ni dan lihat sendiri dengan mata kepala korang facilities yang disediakan, boleh terus hubungi pihak sekolah di talian 03-6151-6952

atau boleh juga hantarkan emel ke info @sevenskies.edu.my





Terima kasih sudi membaca!

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

singgah pagi khamis
hari ini x dan nak baca lagi bz
nanti anum singgah ya

Ummi Nani said...

berapalh agaknya kos sebulan yer

Hanim Hashim said...

baguslah ada sekuriti dan persekitaran pun kondusif untuk anak-anak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015