Sep 11, 2009

Kerjaya seorang Guru



Kisah yg bakal aku kongsikan agak sedey (bg aku la). Kisah ni xde kna mengena dgn hr guru, tp jln ceritanya menarik...byk moral value....time2 bln pose ni, elok la kalo aku byk kongsi cite2 berunsur keagamaan sket....

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.
Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu.
Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan
memerhatikan kamu dari jauh.
Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan
wajahnya berubah.


“Itu abang saya.
Kami kongsi baju dan
kasut sebab tak ada baju lain.
Itu saja baju dan kasut yang ada.
Maafkan saya, cikgu.”

Jawabnya


“Kenapa kamu tak beritahu cikgu
dan kenapa kamu biarkan saja
cikgu pukul kamu?”


” Mak pesan,
jangan meminta2 pada orang,
jangan ceritakan kemiskinan
kita pada orang.
Kalau cikgu nak pukul
serahkan saja punggung kamu.”


Sambil menahan airmata yang mula
berguguran saya memeluk anak itu,
“Maafkan cikgu, …….”


Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.


Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat

iii. berzikir

iv. bersedekah

v. mengusap rambut anak yatim

vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah




p/s: jika anda rasa cam nk gado/marah dgn org smpi nk bertumbuk, cuba pk blk, mesti anda terlupa nk solat...lps solat, insyaAllah hati akan lembut dan kita akn maafkan org yg dimarahi td...




9 comments:

niesz said...

sweet nyer cite ni..
terharu sgt..
tu la kan..jgn terlalu ikut kan kate ati sblm tau perkare yg sbnr..
kcian org yg x bsalah tu..

f said...

MasyaAllah..hu2

masyarakat skrg suka judge org mcm 2 jek kan..hmm, bnda ni happened natural,mmg xleh nak elak.so, org yg faham la yg kena stat membuat prkara baik walaupun org lain xleh nak terima apa yg kita buat..ehee..apa yg sy cuba smpaikan??hehe

bagaimana dengan iman kita hari ini?bertambah atau berkurang..?wallahualam ^-^

meo188 said...

sedih

meo188 said...

sedih

chipsmore said...

mari banyakkan amal di malam2x terakhir ni... ;)

y@n@ M!B said...

:niesz:
btol3...selidik dl perkara sbnr br leh b'tindak..^_^

y@n@ M!B said...

:F:
kite fhm ape yg awk cube smpikan..huhu..

y@n@ M!B said...

:meo188:
jdkn la cite ni as teladan ^_^

y@n@ M!B said...

:chipsmore:
ye btol...byk barakah da ujung2 ni ^_^