Sep 7, 2009

Hantaran Al-Quran



Sempena menyambut hari Nuzul Quran pada hr ni, 7 September 2009 = 17 ramadhan, aku nk share story yg aku dpt dr membe aku psl Hantaran Al-Quran dlm hantaran kahwin..cite yg best...moga dpt dijadikn iktibar pd seme....
layannnnnnnnnnnnnnnnnnn..................................................



Sayang, tengok nih.
Cantiknya AlQuran nih.
Warna keemasan.
Sesuai untuk kita buat hantaran

pekik Jamilah kepada Nabil..


Sini pun cantik juga.
Warna unggu keemasan.
Mana satu kita nak beli nih

balas Nabil.


Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.


Tapi, yang ni lagi best,
ada terjemahan arab

keluh Jamilah.


Ala, awak bukan reti pun bahasa arab
jawab Nabil.
Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil.
Prihatin.


Apa yang saudara cari tu.
Nampak seronok saya lihat

tegur pakcik berbaju putih.
Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi
seri wajah seorang pakcik
dalam lingkungan 40-an.


Oh, kami cari AlQuran.
Nak buat hantaran.
Maklumlah, nak bina masjid

sengih Nabil.
Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..


Oh. Bagus lah.
Adik selalu baca waktu bila?

pakcik menyoal sambil tersenyum.


Aa.. aa.. lama dah saya tak baca,
pakcik

teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.


Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran
kalau sekadar hantaran.
Kesian ALQuran.
Itu bukan kitab hiasan, dik

tegur pakcik berhemah.


Alah, pakcik nih.
Kacau daun pulak urusan orang muda.
Kami beli ni nak baca la

tiba-tiba Jamilah muncul
dengan selamba jawapannya.


Oh, baguslah.
Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman.
Ada tafsiran lagi

cadang pakcik.
Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.


Ala, besar lah pakcik.
Kami nak pilih nih.
Kiut lagi

senyum Jamilah mengangkat
bungkusan AlQuran warna unggu keemasan.
Saiznya kecil.


Jangan lupa baca ya
pakcik dengan selamba
sambil meninggalkan pasangan tersebut.


Sibuk je la pakcik tu
Jamilah mengomel.


Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.


Assalamualaikum semua
ucapan salam Pak Imam bergema.


Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.


Inikah pengantin hari ini?
tegur selamba Ustaz Saad.


Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..
jawab Nabil mengigil.
Jamilah juga terkebil-kebil
melihat kelibat orang yang
dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.


Oh, sebelum tu,
saya suka mendengar bacaan adik Nabil.
Mudah-mudahan kita dapat
mengambil manfaat dari bacaan pengantin

cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan.
Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang
dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap
setiap hari Khamis selepas maghrib.


Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.


Ss.. su.. surah apa ustaz?
Nabil cuba mengagahkan diri.
Jamilah masih melihat dari tepi tirai.
Memegang kepalanya.
Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.


Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d
kata ustaz Saad sambil menunjukkan
baris giginya yang putih
hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.


Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd


Apa benda nih
detik hati Nabil.


Bismillahirrahmaanirrahim..
ALL..MAA.. RIII..!!
berlagu Nabil.


Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.


Baru ustaz tahu ada kalimah
almari di dalam ALQuran.
Adik Nabil,
cara bacanya seperti begini :
A’
uzubillahiminnassyaitaanirrajim..
Bismillahirrahmanirrahim..
ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..

kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad.
Orang ramai kelihatan ingin mendengar
lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.


Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.


Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan
kitab petunjuk iaitu AlQuran.
Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar
dijadikan hantaran.
Malah lebih malang perlakuan
seperti ini seolah-olah menghina ALQuran.
Beli ALQuran kemudian
menaruh di tempat-tempat tinggi
seolah-olah ianya sudah cukup
bagi seorang muslim

tazkirah sudah bermula.
Orang ramai memang senang
cara penyampaian ustaz Sa’ad.


Tinggi mana pun kamu belajar,
tiada gunanya kitab yang
tidak berubah ini tidak mampu kamu baca.
Kitab ini pasti begini rupanya,
ayatnya tetap sama,
kedudukannya tidak sama.
Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya
sehingga hari kiamat.
Nabil, kalau kamu tahu
orang-orang yang mengaku kitab AlQuran
sebagai kitab petunjuk
kemudian diabaikan
dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri.
Tetapi beruntungnya
orang-orang yang memanfaatkan AlQuran
setiap hari, membacanya,
menghafalnya, mengamalkan
menjadikan hati terlalu tenang
walapun dia bukannya seorang
yang tinggi pelajarannya,
kaya hidupnya dan sebagainya..

penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi
orang terutama yang mengikuti ceramahnya.


Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! --"Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih.
Kita belajar sama-sama.
Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil."
SMS dari ustaz Sa’ad tiba.
Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.


..............................................................................
..............................................................................
...............................................................................
................................................................................


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,
berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya.
Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian,
semua orang pulang ke rumah,
2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur
dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu
seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah.
Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku.
Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun.
Jika kamu ditetapkan untuk menyoal,
lakukanlah tugasmu.
Aku tidak boleh meninggalkannya

sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,
'Aku adalah Al-Quran,
yang mana kamu membacanya,
kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang
dengan suara yang perlahan.
Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir,
kamu tidak akan bersedih.'


Selepas soal siasat selesai,
lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga)
tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kasturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
'Di hari pengadilan,
di hadapan Allah,
tiada syafaat yang lebih baik darjatnya
daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'





p/s: bosannye hr ni..pesal la wilayah xcuti..adeh..saket paleku...sob3~




6 comments:

lionteen said...

sgt bergune..

btui2..
al-quran bukan tuk sbgai hantaran je..

so sape2 yg nk kawen da tu especially akak lionteen yg akan kawen bulan12 ni..
jgn la jd kan al-quran sbgai hntran je,bc la tiap hari even 1 ayat..

y@n@ M!B said...

waaa akk lionteen nk kawen daa??syoknyee..hehe..xmo jemput ke??lalala~ ^_^

niesz said...

nice story..
emm..niesz pon, if nk kawen..
nk pilih laki2 yg beriman..
pandai bc quran..
insyaALLAH..
:)

mynameissue_production said...

ari ahad baru ni teman L su beli tafsir n pi byr zakat..emm tenang tgok dia pilih tafsir al-quran tu..smasa otw alik umah su untuk bebuka pose,dalam kereta kami sama2 bace yassin..ye lah rugi rasenyer borak yg bukan2..macam2 surah n maknenye skali, su bace untuk dia..dia nak dengar..dia drive xleh nak pegang tafsir tu..so su la kena bace..alhamdulillah dia suka.teringin nak belajar taranumm..

y@n@ M!B said...

:niesz:
waaaa..nk kawen dh..syoknyeee *jeles*
majority girls nk laki beriman..sbb dorg yg akn jd pemimpin keluarga..klu laki tu xreti bc quran cane nk ajr ank2 sok..tol x??^_^

y@n@ M!B said...

:mynameissue_production:
sebut psl zakat, yana pn xg byr lg..adeh~
bley amek cth sue ni..dpd borak merepek2 baek ngaji kn..^_^
erm klu btol sue nk blaja, adk yana leh tlg..die dulu stdy kt darul Quran...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015