Kini, aku sudah bekerja. Tapi masih mengharapkan bantuan dari ayah. Susah betul hendak berdikari sendiri. Salah ayahkah terlalu manjakan aku?? erm mungkin ayah juga sayang ingin melepaskan aku begitu sahaja di dunia yang realitinya penuh dengan kekejaman, penipuan dan penindasan.
Ayah seorang yang tenang. Susah nak tengok ayah marah. Walaupun kadang-kadang riak muka ayah menunjukkan ayah mempunyai masalah, tapi ayah tidak pernah luahkan.
Segala cabaran yang datang dalam hidup ayah, ayah harungi dengan sabar. Ayah yakin dengan keluarga yang ayah ada, dengan keupayaan kami menyokong ayah dari belakang supaya ayah terus berjaya dalam hidup ayah.
Kadang² ayah boleh jadi seorang yang garang. Tapi ayah tak pernah pukul aku. Tak pernah ayah gunakan kudratnya sebagai seorang lelaki untuk menyakiti anak²nya walaupun ada masa kami terlalu mengada² dan memberontak hanya kerana ayah tidak memenuhi kehendak kami. Apabila kami ada salah faham, aku akan cuba meyakinkan ayah supaya membiarkan aku bertindak sebagai seorang dewasa kerana aku yakin aku sudah pun dewasa dan matang dalam pemikiran. Tapi ayah tetap dengan pendirian ayah, "you are an adult but you're still my daughter"
oh walaupun ayah tidak pernah meninggikan suaranya ketika marah, tapi kata² ayah sungguh tajam! Setiap kali ayah mengeluarkan kata² nasihat sudah tentu hati aku akan sebak...rasa nak nangis...T_T
Ayah susah nak tunjukkan sifat kasih sayangnya pada anak-anak, tapi aku tahu dia amat sayangkan aku...biasalah lelaki kan ada ego, sebab aku pun tak reti nak tunjukkan kasih sayangku pada orang lain...like father, like daughter ^_^
Aku amat mengagumi ayah. Walaupun ayah jarang ada di rumah, aku tahu ayah keluar untuk mencari rezeki demi kesenangan kami anak beranak. Asal usul ayah hanya seorang lelaki yang biasa biasa sahaja. Tapi kini, ayah bukan hanya seorang lelaki, tetapi seorang insan yang amat disegani!
:: Masa ni aku dijaga oleh arwah nenek di kampung (Parit, Perak). Mak aku ke England untuk tamatkan pembelajarannya di dalam bidang Architecture. Jadi ayah terpaksa ulang alik (hari²) dari KL (since ayah kerja di KL) ke Perak semata mata ingin berjumpa cahaya matanya yang sulung..oh tak letih ke ayah? ::
Sebagai hadiah hari bapa pada tahun 2010, coretan ini aku hadiahkan untuk ayah (itu pun kalau ayah aku reti bukak blog aku...huhuhu~). Mungkin ada yang akan cakap, "bukan dapat apa pun dari coretan"
AAHHH!! aku tak peduli apa orang nak kata. Kurang² ada juga inisiatif aku untuk memberi sesuatu pada hari bapa. Kurang² juga aku telah meluahkan yang aku sangat sayang pada ayah aku (walaupun aku seorang anak yang manja) kerana aku memang tak mampu nak luahkan secara lisan...maklum lah ego..ish³.. (-_-)
Lagipun birthday ayah aku hari Selasa ni, 22 Jun 2010...so aku nak celebrate pun time birthday ayah..ada kek, baru feel!! korang nak join?? lalala~ *ajak² ayam jek* wink²
Ayah,
Yana janji akan usaha dengan lebih gigih untuk berjaya macam ayah...yana akan cuba balas segala jasa ayah, mungkin bukan dalam bentuk wang ringgit, tapi Yana akan pastikan ayah sentiasa sihat dan bibir ayah tidak akan lekang dari senyuman....
Terima kasih atas kesabaran ayah mendidik Yana menjadi insan yang berguna dan sokongan ayah sehingga Yana mampu berfikir dan berjaya sehingga ke tahap sekarang. Memang Yana ada buat silap, tapi Yana anggap itu cara untuk Yana belajar mengenal dunia.
Yana sayang ayah sangat sangat sangat...Yana harap ayah takkan pernah putus asa mendidik dan menyokong anak ayah yang memang terkenal dengan sikap keras kepala dan ego....
Happy Father's Day!! \(^_^)/
"It doesn't matter who my father was;
it matters who I remember he was."
~~By Anne Sexton (1928-1974) U.S. poet.~~
oke aku nak tengok mentor...papai~
12 comments:
selamat hari bapa kepda suma bapa2 di malaysia..
slamat hari lahir pada yana jugak:)
tak terbals kiter jasa ayah ni
kalau ayah u baca mesti terharu gila..
selamat hari bapa buat ayah kamu
hi pakcik!!!!
:)
nice entry..selamat hari bapa ;p
kim salam kat ayah yee.. ehh ayah kamu...huhuhuhu
macam ada cecair dari mate je nak kuar masa baca entry yana ni...hehe
ramai yg baca entry ni ghopenye *malu*
bagus sis..inilah baru anak ayah...jgn lawan cakap ayah dosa taw...sementara ayah masih cuba bahagiakan jgn nanti menyesal dikemudian hari...happy father's day to ur father
terharu baca kisah family2 ni tawww
hensem ayah sis
heee~
like father like daughter
=]
camat hri bapa jugak tok ayah sis
tacing gak ai bace blog yu nie...untung ayah yu ada anak mcm yu...hehe.., nanti i nk jadi bapa yg best gak la...hehe...nway..best bace entry nie
s0...t0uching...
sebak n sakit tekak tahan nagis bila baca....
Post a Comment