Dec 6, 2019

Family Day GBSB Vol. 5 Day 2

Assalamualaikum...


Sambungan kisah family day gojes. Alahaii lemau betul nak update blog sekarang. Banyak kerja kot, buatkan otak letih nak mengarang ayat. huhu~


Oke alkisah, malam tu kitorang laki bini tak tidur lena. Bukan sebab ada gangguan mambang, tapi sebab adik baby tak sihatttt. Dia batuk teruk malam tu lepastu nangis kuat² pukul 2-3 pagi. Susah bernafas agaknya. Duk homestay pulak tu kan? Mesti la satu rumah dengar dia meraung. Alala sorry gaisss πŸ™


Tapi bangun pagi tetap bersemangat macam biasa. Seronok lepak dengan geng gojes. Walaupun asalnya kenal dari alam maya, tapi aura tu masyaAllah *tiberr*


 Aku turun je dapur tengok SEMUA makanan ni dah siap terhidang atas meja. Kayrul tengah menggoreng apa tah kat dapur. Hoii kau bangun pukul berapa masak nasi goreng tu?? Macam mana lah tak sayang dengan gojes ni πŸ˜  


Kadang naik segan dengan dorang sebab aku tak pandai sangat buat kerja² dapur. ngee~  Syukur lah aku kenal dengan kawan² yang tak berkira, tak mengungkit (asyik aku je masak kat dapo - contohhh!) πŸ˜


Anak² aku pun bangun awal. Dorang memang morning risers especially during holiday mode. Waktu sekolah dia tukar jadi late risers πŸ™„   Elok semua bangun pagi, terus mandi. Pakai t-shirt family day. Tema tahun ni PURPLE!! ❤


Thank you to ketua rombongan, Ros Anis, dari cari homestay, bab makan, aturcara sampai lah ke baju semua dia setelkan. Lafff sangat! πŸ’•


Lepas perut kenyang, sambung main games lagi. Tahun ni kitorang plan taknak buat games banyak² macam tahun lepas sebab risau terkejar². Bila kurang games, banyak lah masa nak bersembang, membawang, ehh!


 First game: Mummy paling gojes! Ye kot gitu nama game ni. hahaha~  AJK games akan bagi satu family 2 roll toilet tissue. So pepandai la lilit anak jadi mummy. AJK sponsor tisu je. Sebarang perhiasan guna apa yang ada dari rumah masing². Sebelum datang sini memang kitorang prepare dah apa nak dibawak untuk games. Hari kejadian tinggal pakai kan aje. Game ni melibatkan seluruh ahli keluarga tau. Hanya SORANG anak je boleh jadi mummy. Cuba teka mana satu Zafirah?? πŸ˜


 Top 3 pemenang games mummy. yayy! Tahniah anak²! Yang lain dapat hadiah saguhati. Yee semua dapat hadiah. Bezanya saiz hadiah jee. huhu~


 2nd game: Rebut gula-gula! Plan asal nak sorok gegula dalam tepung. Sekali tengok longgokan tisu tu macam banyak je. So sorok bawah tisu je lah. Bebudak cari gegula dalam longgokan tisu tu. Takde la kotor banding guna tepung kan.


Seronok yee dapat gegula banyakkk πŸ˜  Game ni pun semua orang dapat hadiah. hahahaha~


Bagusnya homestay ni, ada kawasan berbumbung yang agak lapang. So kitorang buat bbq, celebrate birthday, main games, lepak² semua kat kawasan berbumbung ni. Cuma, kalau ada spotlight and kipas besar kat luar ni lagiiii selesa. Hope tuan rumah pertimbangkan ye πŸ˜


Next, sesi bergambar pulerr. Untuk kenangan uols.


 Tu lah nama homestay yang kami duduk, Lodge 58 Homestay. Boleh search kat FB. Owner dia baya² ayah aku je kot, duk betul² sebelah homestay. Baikkk sangat! Bila ada complain macam lampu toilet rosak, dengan segera owner datang repair tau. Owner pun ada cakap, if ada apa² complain bagitau dia terus, sebab dia tak duduk rumah tu so dia tak tahu apa yang kurang.πŸ‘


Mak-mak gila bergambar πŸ˜ 


 Apak-apak sporting. Paling jauh datang dari JB sana. Ada yang datang hari Ahad (balik hari), dari Rawang! Bukan senang ye suami² nak layan bini gathering macam ni. Terbaikkk team apak gojes!! haha~



 Kesayangan. Kami sikit, tapi kami ada πŸ’•


Nak jugak gambar dari atas. Drone takdop, gini pun boleh πŸ˜


Tengok jam macam awal lagi, baru pukul 10am+ gitu. So bagi apak² pulak main games. Macam biasa lah game paling digemari, BOOM! Cara main, kena duduk dalam bulatan. Then setiap orang kena sebut nombor dari 1-10. Tapi, nombor 4 dan 8 kena tukar jadi BOOM! Haa tengok lah video baru faham kot. Krem pipi duk gelak je main game ni. πŸ˜


Juara bertahan, Aidil, laki Ros Anis. Memang tiap tahun muka dia je menang. Hey tahun depan kasi can orang lain pulak menang pliss πŸ˜


 Sebelum balik, sesi tukar² hadiah. 2 tahun berturut² aku bagi hadiah bantal kat orang. hahaha! Sebab aku malas nak balut²! lol~  Perangai!


Ikutkan belum pukul 12pm lagi masa ni. Tapi laki aku dah bising ajak balik sebab baby duk batuk². Aku tengok baby tu dah tak teruk batuk macam waktu malam. Dia tu memang tengah malam je semput teruk, siang² ok. Tapi tu lah laki aku tu sejenis cepat menggelabah. Memang dari kecik gitu (dari apa yang aku dengar mak dia cerita lahh). So what to do? Aku malas nak gaduh spoil mood. Tengah happy² dia duk kerut² ajak aku balik cepat. Pangggg kang! πŸ˜‘


 Anak² KAMI! Berkawan sampai besar ok! Nanti baca blog onty πŸ˜


 Zafri & Addura!! Aku dah lama perati dak Addura, anak Aznor. Rambut dia tu sama sebijik kerinting macam Zafri. hahaha! Bila dah jumpa, aku cakap kat Az aku nak sangat snap gambar dorang sebelah². Sebbaik Az nak layan permintaan aku. Onty tepek sini jadi kenangan. Sok dah besar baca blog onty ye Dura *tiberrr* πŸ˜


Kiri: goodies anak², kanan: goodies mak mak + hadiah anak². Gambar siapa tah aku amek ni. Ada dalam group, aku copy je. Aku tak sempat nak susun leklok hadiah amek gambar gini. Tahun ni kalut lain machiam. Tapi aku rasa lebih pada M****. πŸ™ˆ


Hadiah tukar² aku dapat dari Mimi Sepang. Dalam gojes ada 3 orang nama Mimi. Udahnya kena bagi nama based on lokasi masing². Ada Mimi Sepang, Mimi JB, Mimi Klang. lol~


Thank you for the gift Mi! Sampai sekarang family aku minum air dengan mug ko ni. πŸ’•


Ok tu je update pasal family day gojes tahun ni. Tak ramai yang join, lokasi tak semewah tahun² lepas, tapi TETAP meriah! Hadiah, makan tetap the BEST ok! Yang penting dapat jumpa each other, dapat borak², lepak², bergelak ketawa. Sebab tu kitorang tak kisah sangat bertukar tempat last minute. Semoga kita kawan sampai tua tau korang! πŸ˜˜





Terima kasih sudi membaca!

4 comments:

Anum said...

meriahnyaaaaaaaaaaaaa

Rizziela said...

Bestnya ada geng yg sporting

Han Hanni said...

meriahnya family day. aktiviti pun fun

Umi Nazrah said...

waalaikumussalam. alhamdulillah bestnya, makin bertambah erat ukhwah ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015