Dec 26, 2018

Makan Malam di Usman Thai Muslim Food | Restoren Halal di Bangkok

Assalamualaikum...


Lagi tempat makan halal yang recommended di Bangkok. Banyak jugak bloggers review pasal restoren ni. Mostly blogger Indonesia lahh. haha~  Memang orang Indonesia dan Malaysia je ramai datang sini.


Jarak dalam 1km jee dari Terminal 21. Kalau larat better jalan kaki. Jimat banyakkk! Kitorang hari tu tak larat nak tunggu². Grab lembab, tuk tuk pun nan hado. Teksi je ada so terus tahan. 250baht dia cekik. Mak aku cakap bayar je lahh tak larat dah nak tunggu. Kesian baby katanya. huhuhu baiklahh~ 


 Allah blur pulak gambar. Snap guna aipong 5s jurr memang out gambar malam².🙄


 Wow recommended dalam Tripadvisor 👍


 Siap ada pakej delivery. Mungkin delivery ke hotel² berdekatan pun boleh kot. Tak tanya pulak. hihi~


Free wifi some more. Tapi data yang beli hari tu banyak lagi. Macam tak luak je. hahaha~


Pekerja² kat sini SEMUA FASIH berbahasa Melayu. Sama macam Yana Restaurant jugak. Rasa macam makan kat kedai Thai Sg Ramal sana. kahh!


Aku order teh ais, mak punya tembikai kot and ayah kopi panas. Ke mak yang order kopi? Tak ingat dahh. hahaha~


Menu lain lupa snap gambar. Zafri tak senang duduk dah masa ni. Penat sangat kot berjalan. Kena gilir² dukung dia dengan parents aku. Kitorang order nasi putih, tomyam and sayur.


Menu wajib selain tomyam, mango sticky rice. Sedap!! Actually takde beza pun rasa pulut sana dengan yang kau beli kat Malaysia. Tomyam je yang rasa lain sikit. Tapi still sedap lahh.


Grandfather love. ecehh~


Harga lebih kurang macam Yana Restaurant kot, pricey jugak. Lupa snap gambar menu. huhu~  Lagipun mak bayarkan. Mekaseh mak! 😘


K tu je nak cerita. Bye!




Terima kasih sudi membaca!

1 comment:

Cik Puan Eka said...

alaa excited i nkt gok gmbo fodd kihkihkih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015