Dec 28, 2018

Bye Bangkok

Assalamualaikum...


Ehh macam kejap pulak aku habis karang cerita pasal Bangkok. Nampak sangat boring, tak banyak benda boleh cerita. HAHAHAHA!


Hari terakhir, kami lepak hotel je. Flight balik pukul 2.30pm tak silap. Pukul 11am dah kena gerak dari hotel. Company dah arrange transport siap². Turun breakfast pun lambat² je. haha~  Lepas breakfast, round pool area. Hari terakhir tu lah baru nak tengok kawasan pool tu. LOL~  Round area lobby jugak amek² gambar. Kill time gituu.


 Hari kitorang check-out ni hari Sabtu. Ramai orang pagi tu. Penuh cafe. Yang duk bersantai kat luar pun ramai. Boleh baca review pasal hotel ni kat >> SINI (klik)


Dah habis round area lobby, naik balik bilik untuk sambung packing.


 Seperti yang dijangka, luggage 'beranak pinak'. Parents aku pun sama. Dorang memang bawak luggage kosong jugak hari tu. 😝


 Beratur untuk check-in. Alhamdulillah tak ramai sangat orang and cepat je urusan.


Sementara tunggu kaunter check-in bukak (sebab kitorang sampai epot awal sangat), memasing duk perabih duit baht especially duit syilling tuuu. Nak buat apa simpan duit syiling bukan ada value pun kalau nak tukar RM. haha~  Mujur kat epot pun ada 7-11, borong air susu, pulut mangga bagai, frozen burger punn beli. hahaha~  Air susu tu simpan ler dalam luggage siap² sebelum check-in. Pulut mangga makan sementara tunggu boarding.


Parents aku macam biasa, wrap luggage siap². Harga wrap tak silap 100baht. Lupa snap gambar.


 Bagusnya kat sana, dorang siap selit pisau lagi dalam plastik wrap so senang laa nak bukak bila sampai destinasi. Tak payah melilau cari pisau/gunting. 😍  KLIA patut buat gini jugak. Simple je and yet convenience!


 Kat area boarding gate Don Mueng Airport ni ada playground gini. Boleh la bebudak main sementara tunggu masuk flight.


Area sini takde surau. Sebelum kastam ada la kot surau. Korang prepare je lah telekung and alas apa² untuk jadikan sejadah atau bawak je siap² sejadah kecik tu. Bentang je area boarding ni untuk solat. Kawasan ni luas so kalau solat kat sudut² tak ganggu orang pun.


Toilet, water dispenser ada disediakan kat area sini. Boleh refill air masak dalam botol.


 Adik baby awal² dah surrender. Penat betul yee dikk jalan² dengan mama. haa baru tau! hahaha~


Time balik aku tak beli hot seat pun. Sebab dah full. Parents aku je beli hot seat. Tu pun row pintu KELUAR. Kalau bawak baby tak boleh duduk kat row KELUAR tu. Mana² airlines aku naik pun gitu. Yang bawak baby, elderly and kids tak boleh duduk row pintu KELUAR.


Tapi seat aku 10 row yang pertama. Bila dorang dah bukak pintu flight, tak payah beratur pun. Ada lane khas untuk hot seat, seat nombor 1-10 and those yang bawak baby/kids. Anak² opismet aku pun dah mentido memasing. Penat lah nak dukung. So bila ada lane khas ni laju je masuk, tak payah tunggu².


Late lunch atas flight. Baby still mentido so aku boleh makan dengan aman. hihi~


Elok je nak landing, baby bangun. Nasib la tak lama sangat tunggu untuk landing. Adik baby tu bukan boleh duduk lama² kang dia gelisah. Dah la susu habisss time ni! Boleh pulak bawak stok NGAM²! Last susu dia minum masa take-off. Nervous jugak dia meraung cari susu. Syukur lah dia behave je. Bagi air masak pun oke. huhu~


See, happy je dia. Tak sabar nak gomol² kaklong dengan bang ngah. hihi~


Sampai KLIA2, kena menapak jauh gilaaa untuk keluar. Berpeluh aku dukung Zafri. adehh~  Patutnya sepanjang perjalanan ke pintu keluar tu KLIA2 kena sediakan jugak lah surau. Ni kat conveyor belt untuk collect luggage tu baru ada surau. Masalahnya nak berjalan ke sana dah makan masa lebih 15 minit! Buatnya orang kejar waktu, tak sempat nak solat sebelum berlepas, haru je. haihh~


Maghrib jugak baru aku sampai rumah. Salah satu luggage kitorang kena tahan pulak dengan kastam masa on the way keluar tu. Punca nya mak aku sekali kan semua susu² tube and pes² dalam satu luggage. Tu pun jadi isu ke? Kitorang explain je lahh benda ni takde jual kat Malaysia and semua tu kiriman orang. Sedara ramai tau. Kawan² lagi. Sorang kirim sampai 3-4 botol. Yang kirim pulak bukan sorang dua. RAMAI~  Untuk suspect kitorang meniaga memang tak logik lah dengan kuantiti tak seberapa tu.


Syukur lah dia tak cas apa². Barang murah agaknya. Berapa lah sangat untung kalau aku menjual semua tu. So dia bagi lepas je. haha~  Mekaseh ye encik.


Oke habis dah entry Bangkok. Semoga boleh jadikan rujukan untuk korang yang nak bercuti ke sana. InsyaAllah~





Terima kasih sudi membaca!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015