Dec 24, 2018

Ada apa di Terminal 21, Bangkok?

Assalamualaikum...


Mall ni wajib singgah kalau korang sampai Bangkok. Sebab ID kat dalam mall ni sangat superb! Setiap level ada tema tersendiri. Percayalah, aku datang sini sebab nak tengok TOILET sahaja! kahkah~  Yaa toilet kat setiap level teramat unik. Ikut tema level tu. haihh baca lah entry aku ni sampai habis baru faham apa yang aku cuba sampaikan 😁


Dari MBK Mall, kitorang naik train je (BTS- Bangkok mass Transit System). Nama station, National Stadium BTS. Beli tiket ke Station Asok. Tak ingat berapa baht tapi total 3 orang dalam RM10 kot. Lebih kurang lahh.


Kitorang siap tukar duit lagi kat station Stadium ni sebab habis pulak duit nyoping kat MBK Mall. Dasar orang perempuan, mulut cakap takde beli apa, tapi habis jugak duit. Parents aku pun sama habis licin duit baht. LOL~  Rate tukar duit kat sini oke so kalau korang nak tukar duit kat sana aku rekomen pi kat station Stadium ni lahh.


Lepastu tak reti pulak nak naik train yang mana. KAHKAHKAH! Aku cakap dah kat ayah kita naik je train mana² nanti kena tukar line kat station lain. Dia takk percayaaaa. Last² aku suruh dia tanya driver train. Sebab pak guard nan hado wakk. Information kaunter pun tah kat mana. Memang tiap kali train berhenti, driver akan keluar untuk pastikan takde orang terkejar² untuk masuk sebelum pintu ditutup. Driver cakap berhenti kat next station and tukar line. Setel masalah! hahahaha~  Nampak sangat tak biasa naik train. Noob sangat memasing haa~


Penuh orang dalam train. Bersesak². Mungkin peak hour, orang balik kerja agaknya. Pasrah lahh aku berdiri sambil dukung baby. Bayang seat pun tak nampak oii. Sandar je lah kat badan ayah. haha~  Adik baby siap main tarik² rambut orang dalam tu. 😑  Dalam 15 minit kot baru sampai Terminal 21. 


Entrance dah macam masuk airport. Nice sangat! Eh mall kat sini memang kena lalu check-point gini. Setiap mall ada check-point macam ni. Kadang dia siap scan beg² yang kita bawak. Bangkok kawasan panas kan. Pernah kena bom bagai tu dorang jadi strict.


Kitorang terus naik tingkat paling atas. Senang dari atas, jalan turun ke bawah lepastu balik. hahaha~  Sempat membuang 'tanda' kat toilet sini. Jamban canggih gila! Sejenis takde paip, tapi guna bidder. Tapiiiiii kena tekan² macam jamban kat Jepun/Tokyo sana ya tuhann canggih sangat. Masalahnya aku tekan² tak keluar air pun!! T___T  Nasib lahh mak aku bawak botol kosong, aku isi siap² kat sinki, haa cebok guna air tu je. Sadis betul membuang dalam ni T___T



BTW: Terminal 21 TIADA SURAU!


 Level 5 ke 6 tah. Konpius pulak aku. Tema New York.


 Toilet tema New York. 


Toilet San Francisco


Toilet London


Toilet Istanbul


 Deko toilet Paris paling boring. Eh negara dorang pun boring. kahh! 😝


 Toilet Rome paling aku suka!! Design sinki dia buat ala ala fountain. Lurfff sangat!❤


Toilet Tokyo


Toilet Carribean


SEMUA toilet dalam ni memang takde paip. Guna bidder je and kena tekan² grrr! Korang membuang siap² lah kat tempat lain. MBK Mall punya toilet oke ada paip. huhu~  More, sinki² dia ada censor. Letak tangan baru air keluar. Sampai aku cakap kat mak, "kita buat sinki rumah kita macam ni lah mak. Takde la masalah membazir air." 😁


Ye aku tau kat Malaysia pun ada sinki jenis gitu. Biar la aku nak tulis sini. 🙄


Kawan aku cakap H&M sini lagi murah dari Malaysia. Tak sempat lah aku nak survey kedai dalam tu. Besar sangat tau mall dia. Tengok toilet je pun dah makan masa sejam. Baby tidur pulak tu. Nasib boleh gilir² dukung dengan ayah. Carrier ada je bawak tapi tak pakai sebab panas. Berpeluh² baby duk dalam tu.





Setel round toilet setiap level, kitorang pi dinner. Again ada masalah lagi nak booking Grabcar. Malam tu dah start pesta Loy Kratong. Aku difahamkan, bila pesta tu berlangsung, semua yang menyambut tu wajib keluar rumah. Tak boleh duduk rumah. Pergi la mana kau nak pergi asalkan kau keluar rumah. Gitu konsepnya. Tu yang jem hazabedah merata². Sampai tengah malam oke jem tu. pfft! 2 kali kot booking-cancel-booking-cancel. Last² ayah aku suruh naik teksi biasa je. Perjalanan dalam 2-3 KM je pun tapi dia cas sampai 250baht! (RM32.10)! ohoii ambil kesempatan sangat. Parents aku willing nak bayar je sebab penat dah tunggu lama². adehh~


Oke sambung next entry. tata!






Terima kasih sudi membaca!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015