Dec 12, 2018

Company Trip 2018: Bangkok! | Surau Dalam Platinum Mall

Assalamualaikum...


Macam biasa lah every year company akan buat satu trip belanja STAFF. Ye staff only. Boleh je bawak ahli keluarga lain, tapi kos sendirian berhad. kahh!


Selama ni memang angkut 1 family. Kali ni aku pergi berdua je dengan baby. Ouh parents aku sekali. Ayah aku dapat quota staff. Mak aku bayar sendiri duit flight and belanja semua. Kos flight mahal oke! RM600++ returns (sorang). Kalau angkut laki dengan semua anak², kopak jugak weh. Habis duit gaji sebulan nak tampung kos penerbangan jee. pfft! Jangan cerita la korang boleh dapat tiket lagi murah ke hape. Bos aku ni beli tiket last minute. Bila dia rasa tarikh yang sesuai nak pergi baru dia suruh beli tiket. Tak pernah lagi beli tiket awal or time promo.


Lagipun pi Bangkok jurr. Bukan ada apa sangat kat Bangkok tu. halahh bazir je bawak anak². Serupa macam bawak pi Sogo and Jalan Masjid India sana. kofkof~  Tapi tok laki suruh bawak baby. Dia takmo jaga. Fine! Tix baby RM100 jee return. InsyaAllah senang jaga baby kat sana πŸ˜


 Flight kitorang pukul 7.40 pagi. Pukul 4 pagi aku dah bangun, mandi manda semua. Tengah siap² tu baby bangun. Nak tukar pampers je asalnya. Alang² masuk toilet ehh mandi kan je lah terus. haha~  Baik je dia pagi tu. Eh dia memang baik punnn! Sebab tu tak kisah nak bawak jalan².


Kaklong and bang ngah sedap mentido lagi. Tarikh pi trip ni weekdays, Rabu - Sabtu. So bebudak pergi sekolah. Waktu malam je lah sunyi sebab mama takde. Sabtu pulak aku sampai KL petang pukul 6pm lebih gitu. Baru tau rindu suara mama memetir. bahaha! Alaa next year mama ganti holiday sama² kay. Kita pi LIMA. Tengok eroplen wohoaa!


Since aku pergi berdua je dengan baby, baju nak dibawak takde la banyak mana. Hand carry pun dah cukup. Tapi mak insist bawak 2 luggage. Confirm banyak barang nak shopping katanya. Maka jadi lah luggage 2 in 1. Parents aku pun luggage sorang satu okay! Memang serius nak shopping tuu. hahaha~ 


 Sampai KLIA 2 dalam pukul 5AM gitu. Kitorang pergi wrap luggage dulu baru check in. Mak aku sejenis paranoid, kalau naik international flight dengan dia wajib wrap luggage! Tambah negara² yang berisiko macam Bangkok tuuu. huhu~


Ramai jugak lah beratur nak check in luggage. Tapi aku bawak baby so staff AA suruh beratur kaunter yang tak panjang sangat. Tapi yang beratur tu mostly bawak oversize luggage, so lama jugak lah beratur. adehh~  Udahnya pukul 6AM gitu kot baru dapat masuk dalam.


Boarding gate pulak jauhh ya tuhan. Belum apa² dah berpeluh. Berat baby 7kg wakk dukung sambil jalan berkilo kilo meter memang berpeluhhh. huhu~  Aku ada je bawak carrier, tapi semua dah sumbat dalam luggage. Ingat dah sampai sana baru nak guna carrier tu. Lupa pulak KLIA 2 tu besarrrr.


Masa jalan tu nampak ada shuttle lalu. Ayah aku suruh aku naik. Pastu stewardess cakap shuttle tu untuk staff AA je. hak alaa~  Nasib baik kawan dia yang lain prihatin, dia kata kalau ada kosong naik lahh. Kapten pun okay je aku tumpang sekali. Siap borak dengan aku. Lagipun aku sorang je naik dengan baby. Mak ayah aku jalannn.


Kitorang kena pi Gate P kot. P-27 tak silap. Tak ingat pulak. Yang aku tau gate paling hujunggg. Kitorang solat subuh dulu kat area McDonald, dah solat baru pi boarding gate. Sampai boarding gate mak aku singgah toilet dulu, by the time dia setel, memang semua dah start masuk dalam eroplen pun. Kitorang takyah beratur apa, terus masuk je.


 Ayah aku nak seat yang luas untuk lunjur kaki, so beli lah hot seat depan sekali tuu. Mak belanja semua! bahahaha~  tenkiuu mak! πŸ˜˜  Eh memang selesa gila lah duk depan sekali. First time amek hot seat tau. Tiba² ayah tanya, "takde bassinet ke untuk baby?"


Err ye kan. Tak pernah terfikir nak tanya pasal bassinet for baby dalam AA. Dulu naik KLM pi London bawak Zafirah memang boleh request bassinet. Tapi kawan aku cakap flight yang more than 6 hours je yang boleh request bassinet. Kan?


Belum fly lagi baby dah selamat mentido. Aku pun ngantuk jugak, yelahh bangun pukul 4pagi. Pedih² mata ni haa. Tapi lapar. lol~


The femes nasi lemak Pak Nasser. Beli online sesiap murah sikit, RM10 je. Pastu boleh dapat cepat kalau beli online.


Lepas makan, tidur!! Perjalanan 2 jam gitu. Sempat la lelap kejap. Baby pun mentido je sepanjang flight. Senang kerja mama. hihi~


Pukul 9.55am (waktu Malaysia), sampai lah kami di bumi Bangkok. yeyy! Beza waktu dengan Malaysia sejam jee. Malaysia awal sejam.


Amek simkad kat kaunter DTAC, betul² kat gate keluar. Aku beli simkad thailand ni kat web KLOOK. RM20 untuk 8 hari (5GB and unlimitted data). Baloi wehh. Memang recommended sangat web KLOOK tu. Sampai sana tinggal collect je. Takyah print resit ke apa, just screenshot je online receipt tu nanti sampai kaunter tunjuk je gambar screenshot tu. Mudah weh! Setting semua staff situ yang buat kan. Walaupun dorang tak ramah and garangggg. Lantak situ janji aku boleh guna fon and online socmed πŸ˜


Settle amek sim, tunggu transport pulak. Company memang dah booking airport transfer pergi hotel.


Perjalanan dari airport ke hotel dalam 30 minit je. Company booked Centara Watergate Pavillion Hotel. Alhamdulillah trafik lancar. Mungkin sampai sana awal pagi, belum jem lagi.


Sampai hotel dalam pukul 11AM gitu. Dorang kata semua bilik dah ready. Yahoo boleh check-in awal! Tapi prosedur ketat kemain! Setiap orang kena bagi fotostat passport. Maksud aku wakil bagi setiap bilik yang di booked.


Arrival selfie. Bilik lawa hoii. Nanti aku buat entry lain lah pasal hotel ni.


Masuk bilik nak freshened up sikit and solat Zuhur. Tapi lambat pulak bell boy hantar luggage kitorang naik bilik. Rupanya dia sesat sebab group kitorang ramai. Mungkin dia baru kerja so dia tak jumpa bilik kat mana. adehh~  Lepas susun² barang semua, mandikan baby bagi dia selesa, pastu keluar balik. Mulakan misi perabih duit gaji πŸ™„


Kitorang pi Platinum Mall. Walking distance je dari hotel. Misi pertama cari makan! Lunch time dah time ni. Lapar!


Kitorang pergi food court kat Level 6. Ada 2 gerai HALAL kat situ. Macam mana tau halal? Tengok la signage tu je wakk. Aku biasa pergi negara² yang muslim minority, dorang takkan senang² guna logo halal tu. Kalau pergi indon mungkin la was was. ngee~


2 jenis gerai ni served menu yang berbeza. Ada Indian food and thai food. Of course la aku pilih gerai Thai food. Tekak aku kureng sikit Indian food.


More, kat food court ni all payments via kad, macam touch & go. Ada kaunter khas untuk korang beli kad and topap kat situ jugak. Alaa sama macam food court kat GPO. Kalau ada balance dalam kad tu, refund je balik kat kaunter tadi. Sekali je pun aku pergi makan kat sini. haha


Aku order spicy mee tomyam apa tah. Seram betul tengok kuah tomyam kaler merah. Pewarna ke apetu? Rasa? erm oke laa. Boleh dimakan. hahaha~  Tak sama langsung tomyam thai yang dijual kat Malaysia. Lain negeri lain ingredients barangkali.


Baby makan homemade bubur. Memang aku nekad usahakan bagi REAL FOOD untuk adik baby. Yelahh dia tu antibodi bukan kuat mana. Seram lah aku nak bagi instant food. Sekarang ni kemudahan dah banyak, tinggal rajin dengan tak je aku nak study macam mana nak handle makanan baby bila travel overseas. Aku bawak stok frozen bubur siap², sampai hotel panas kan ajeee. Nanti lah aku share macam mana aku handle stok bubur baby kayy.


Platinum Mall ni macam kau pergi Kenanga Whosesale City Mall kat KL nun. Penuh baju bajan. Beli 3 lai ada la diskaun sikit. Aku bukan into fashion so aku pandang sepi je segala kain baju yang dijual. bahaha! Lagipun aku tengok harga dia takde la murah mana. KL pun berlambak baju mur mur. Kita ada Times Square, Kenanga City, Sogo, Jalan Masjid India, Mitsui Outlet Park, eh bersepahh oke! Aku tak beli apa pun dalam Platinum Mall tu.


Kau tengok Men fashion ada 1 floor jeeee! Selebihnya WOMAN fashion! kahkah~  Padan la ramai bapok kat Thailand. Eh tapi kan aku tak jumpa lah bapok sepanjang duk Bangkok. Tak macam masa pergi Phuket dulu bersepah bapok. haha~  Mungkin ada kawasan² 'khas' je kot baru kau jumpa bapok dalam Bangkok. Mungkin~ πŸ˜


Kalau nak solat kat sini pun boleh. Surau disediakan kat level 5. Surau perempuan kat level 2. Telekung tak sure pulak ada disediakan ke idak. Korang bawak je lah siap².


Bila rasa dah boring jalan dalam Platinum Mall, kitorang jalan kat mall depan dia pulak. Mak aku pun kaki shopping kayy. Dia yang ngajak jalan pi mall lain. Explore katanya. Ayah aku tu tipikal orang laki kerja dia follow je and tolong angkat barang. bahaha~


Sebenarnya nak balik hotel dah sebab malam tu ada company dinner. Tapi on the way balik tu menyimpang la dulu cuci cuci mata. Duk keluar masuk mall tah mana². Sekali sesat kaoo. Google map bawak pi jalan mati. apooo! Sakit kaki hoii.


Mujur lah 7-11 bersepah sepanjang jalan. Kagum pulak aku tengok 7-11 punya banyak. Setiap blok kedai mesti ada at least satu 7-elevan. huhu~  Singgah la beli air jap. Ingat kan dah dekat nak sampai hotel. Sekali jauh lagiii rupanyaaa. Sian ayah kena angkut plastik air. Beli banyak lak tu. Dahaga oke! Stok dalam hotel some more. Air mineral yang ada dalam bilik tu tak cukup! πŸ˜


Sampai je hotel, ayah ajak pi massage kaki. Memang ada kedai massage bawah hotel tu. Urut kaki sejam 300 baht (RM38). Okay lahh harga tu. Lenguh sangat dah memasing. Bagus jugak servis kedai tu, dia tau kami muslim, bertudung, dia suruh staff laki duk luar. Kalau ada customer laki dia tak bawak duk sebelah kitorang, pi ruang lain.πŸ‘  Sadly aku lupa snap gambar kedai. Pampers adik baby bocor lagi masa ni. Nak cepat² naik bilik. Apesal tah banyak kencing pulak dia kat sana πŸ˜’


Masuk bilik siap², solat semua. Pukul 7pm dah kena gerak pi restoren Saneeya (HALAL), untuk company dinner. Staff dari Singapore pun dah sampai petang tu, so dinner sekali dengan dorang. Kitorang jalan kaki je dari hotel pergi restoren tu. Dalam 10 minit perjalanan gitu. Tengok google map je wakk. Dah kata unlimited data kan.


Tak amek pun gambar kedai. Korang google je keluar lah nanti Restoren Saneeya. Sedap² food dia. Rasa macam thai food kat Malaysia ni jugak. hihi~


Habis dinner, ada cabutan bertuah. Memang acara yang ditunggu² semua staff. Ada 3 hadiah je bos sediakan:
1) Iphone XR
2) Samsung Note 9
3) Huawei 3i


Tempat ke-2 and ke-3 both staff dari Singapore menang. Dah down jugak time ni. Aku memang teringin lah nak menang. Sebab memang nak tukar fon baruuuu. bahaha~


Untuk tempat pertama, mak aku yang cabut nombor.


 NOMBOR AKU MENANG!! kahkahkah! Tak sangka oke! Dah macam konspirasi sebab mak sendiri cabut undi. hahahahah~  Syukur Alhamdulillah. Jimat duit aku nak beli fon baru. Rezeki dapat hadiah. ngeee~


TAPI sampai hari ni tak dapat fon lagi. Bos belum beli. Kau rasa??! Nak troll aku ke apa? πŸ˜‘


Lepas dinner terus balik hotel. Kali ni ayah suruh naik tuk tuk. Sebab baby pun dah meragam, anak ofismet aku ada yang dah tidur. Letih lah nak berdukung sebab anak dia umur 5 tahun. So amek dua tuk tuk, naik lah ramai². 1 tuk tuk tu boleh naik 4 orang. Sumbat lah selagi bolehh. Tapi naik tuk tuk lepas makan rasa nak terkeluar balik makanan tadi. Siapa pernah naik faham la maksud aku. huhu~  Tuk tuk cas kitorang RM20 kot. Bapak mahal bukan jauh nau. Tapi sebab memang PERLU naik so pejam mata lah bayar. Opismet aku punya ayah yang bayar. kikiki~  Thank you pakcik!


Group photo dulu before tidur. yeah!


Malam tu ingat nak round² bawah hotel. Waktu malam meriah gerai² souvenir deret kaki lima hotel tu. Tapi kawan² aku nak pi massage kaki pulak kat kedai area situ. Lagi murah dari yang aku pergi petang tu, 200 baht untuk kaki and shoulder massage (1 hour). Tapi kan lepas pukul 12 malam rate jadi mahal, 300 baht untuk kaki je. kahkah~  Malas la aku follow sebab aku baru je massage kaki sebelum dinner tu. Makanya aku tidur je lah terus. Esok nak berjalan lagi.


Oke tu lah kisah hari pertama di Bangkok. Tunggu next update. bye!





Terima kasih sudi membaca!

1 comment:

Cik Puan Eka said...

hahaha lawak la kak. baby banyak kencing kat sana.

Akak yg banyak mnum air, dia yang banyak kencing.

Hihi dah dapat belom henpon bawuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015