Hari ke-3 di Bangkok, shopping time!! Walaupun shopping dalam mall je tapi banyak benda nak diceritakan. So aku asingkan lah entry untuk setiap tempat yang aku pi. hihi~
Alala lenanya tidur. Penat sangat ye ikut mama jalan²? Sebab plan hari tu pergi mall je, so kitorang keluar dari hotel agak lambat. Almost 11am kot baru keluar. Adik baby sempat take a nap dulu lepas breakfast.
Angkut lugagge siap untuk shopping. kahh! Sehari sebelum tu kazen aku ada bagitau dalam group wasap suruh bawak luggage untuk shopping. Senang sumbat je plastik² dalam tu. Takde la sakit jari kendong plastik banyak². Mak aku pun insist jugak bawak luggage. Senang tarikkk je. Brilliant idea ai tell you!
See? Mudah bukan? hahaha~ BTW since ada yang bertanya, beg tu mak beli kat London. Tak ingat kedai mana and harga berapa. Beli time sale krismas tahun lepas tak silap. Lightweight luggage dengan 2 saiz (medium and small).
Mula² kitorang pergi MBK Mall. Dari hotel naik Grabcar dalam 20 minit gitu. Slow lah grab kat sana. Kitorang kena tunggu lebih 30 minit untuk grabcar sampai hotel. haihh~
Sampai MBK mall, jalan² kejap pastu lapar. LOL~ Ayah aku pergi solat Jumaat kat masjid dekat² situ. Dia jalan kaki je pergi masjid. Aku dengan mak tunggu kedai makan.
Kitorang lunch kat Yana Restaurant sebab banyak review aku baca rekomen kedai ni. Halal dan sedap! Toke orang arab. Pekerja² orang tempatan tapi semua fasih berbahasa melayu. Datang sini macam makan kat restoren dalam Sogo je wakk. Mostly orang Malaysia dan Indonesia je datang sini.
Oke jom tengok apa yang aku order.
Coconut Shrimp Tom Yum, 299 baht = RM38.20. Isi² kelapa pun dia campur sekali. Mula² seram jugak nak makan, isi kelapa + tomyam macam pelik je. Tapi bila dah makan ehh ngam lahh combination tu!! Memang sedap! Mak aku tak suka tomyam dia sebab banyak sangat letak daun ketumbar. Mak tak suka makanan yang letak daun ketumbar. So aku share berdua dengan ayah. Kenyang oihh! |
Balance kuah tomyam. Dalam tempurung kelapa tu penuh dia sumbat shrimp, so lebihan kuah dia letak dalam mangkuk lain. |
Fish with sweet & sour sauce, 199 baht = RM25.50. Ikan keras kejung wakk ya tuhan sakit mulut kunyah. Apesal lah tak mintak tukar hari tu? Sekarang baru terfikir. duhh! |
Fried Cayote Leaves, 199 baht = RM25.50. |
Blue Lemon Soda, 60 baht = RM8. Rasa air ubat kahkah~ |
Antara menu lain yang sempat snap. Banyak oi menu dia. Tak gigih pulak nak snap setiap page. huhu~ |
Agak pricey jugak lah food kat Yana Restaurant ni. Patut dia bagi diskaun untuk orang yang bernama Yana. LOL~ #siscuba~ Foodcourt kat depan restoren Yana ni pun ada gerai jual Halal food. Maybe price cheaper lah sikit. Cuma aku rasa kedai Yana ni special sebab menu tomyam kelapa tu. Maveles sangat rasa dia.
Lepas makan kitorang pi solat. Surau ada disediakan kat Level 5, surau laki kat Level 6. Telekung dan sejadah lengkap dorang sediakan. Selesa sangat! Kemas dan sangat bersih. Nak tukar pampers anak kat surau je lah selesa. Toilet dorang tak sediakan tempat baby macam kat mall sini.
Then sambung shopping lagi. Mall ni ada jual baju² macam Platinum Mall jugak and also souvenirs. Tapi tak banyak benda pun kitorang beli kat MBK Mall. Pekerja² mostly sombong lah. Kekwat semacam. Tak seronok aku nak membeli. Mana yang oke, ramah haa baru aku membeli kat kedai dia. Diskaun?? Jangan harap lah dapat! kahkah~ Dorang pun nak komisyen lebihhh!
Ada sekali tu kitorang beria mintak diskaun, dia taknak bagi. Then kitorang taknak la beli barang kat kedai dia. Terus dia nganjing, "haa no money to buy..no money, no money" ~ Dia tak tahu dalam luggage tu dah berapa plastik kitorang beli barang
Jalan dalam MBK mall sampai pukul 5.30pm gitu, pastu gerak pergi mall lain pulak. hihi~
Stay tune!
Terima kasih sudi membaca!
1 comment:
best tengok Travelog Yana. Kalau ke Bangkok boleh refer sini
Post a Comment