Dec 27, 2018

Cara Bawa Baby Food Semasa Travel

Assalamualaikum...


Seperti yang dijanjikan *ecece*, aku nak share cara aku bawak food untuk adik baby masa travel ke Bangkok. Mungkin lain orang lain cara nak handle and prepare baby food. Aku share ni pun sekadar memberi idea kat korang yang nak travel dengan baby, InsyaAllah.


 Aku bawak food yang dah siap frozen. Memang kat rumah pun aku biasa buat frozen food untuk baby. Masak bubur, sayur, lauk², then letak dalam ice cube and frozen kan. Bila² nak guna just ambil 2-3 cube and panas kan. Bagi aku cara ni memudahkan kerja² harian aku. Lagipun baby makan dalam kuantiti yang sangat sikit! Dalam 2oz gitu jee. Bazir pulak masa aku nak masak takat 2oz bubur + lauk setiap hari. Bukan hilang zat pun kalau makanan tu masuk freezer.


Well, depends masing². Ini cara aku.✌


Untuk bawa food ke Bangkok hari tu, aku prepare ngam² portion untuk 4 hari. Waktu lunch je aku bagi adik baby makan bubur. Breakfast aku bagi roti or buah² kat cafe hotel, dinner pulak susu je. Zafri tu baru 7 bulan wakk. Main food dia masih lagi SUSU. Bubur, puree semua ni just tambahan je. So takde la aku strict sangat bagi makan bubur sampai 3x sehari. Asal dia kenyang sudah.


 Simpan stok frozen bubur dalam cooler bag. Letak ice pack sekali bagi tahan. Perjalanan dari KL-Bangkok dalam 2 jam gitu je. Aku letak 1 ice pack ni pun dah cukup tahan.


Sampai hotel, terus masuk dalam fridge. Setengah hotel ada bahagian freezer, setengah takde. Macam Centara Watergate hotel ni, takde freezer. Pasrah je lahh letak dalam chiller.


To my surprise, tahan oke! Bubur cube aku tak cair langsung!! yahoo! 😍


 Aku panaskan cube bubur dalam warmer Autumnz ni. Beli dari zaman Zafirah baby lagi. Dah 6 tahun umur warmer ni. Tulisan pun dah hilang² haa. Penutup bekas tu memang hilang. kahh! Lepas panaskan bubur aku transfer ler dalam bekas lain.


Zafran dulu tak pernah guna pulak warmer ni. Sebab tak berjalan sangat. hahaha~  Syukur lah aku tak buang lagi. Elok simpan dalam KC mak aku. Mujur jugak aku ingat benda ni masih wujud and bila selongkar KC terus jumpa! Kalau tak, haru jugak nak mencari satu rumah sebab asalnya tak ingat aku simpan mana. LOL~


Plan B, kalau aku tak jumpa warmer ni, memang aku tak bawak apa pun food untuk adik baby. kahkah~ *jangan contohi aku*


Ni gambar masa hari terakhir di Bangkok. Elok lagi cube bubur tu kan? Walaupun tak beku, tapi sebab simpan dalam fridge memang tahan wakk. Tak basi pun. huhu~


Atau cara lain korang boleh buat, beli porridge cooker saiz 1L ke bawah, masak panas bubur tu kat hotel. Tapi kena bawak bahan mentah siap² lah (beras, ikan bilis, sayur etc). Simpan dalam zip lock plastic siap² untuk portion sekali masak. Korang boleh Google je cara packaging bahan mentah while travel. Ramai dah share. Kalau travel more than 3 jam and nak duduk lama (lebih seminggu) memang aku prefer cara ni. Takat duduk 3-4 hari, perjalanan pun tak jauh mana, aku lagi suka bawak yang frozen, tinggal panaskan aje. gituu~


Ni salah satu contoh porridge cooker. Aku beli kat Shopee RM50 gitu. Saiz 0.7L. Kecik comel memang senang nak angkut masuk luggage. Sekali masak boleh la simpan stok untuk 3-4 hari. Boleh masak bubur, sup and panaskan makanan. Cuma gunakan air je untuk masak macam steamer la konsep dia. Ada timer, so tak perlu risau hangit ke apa. Eh try lah beli baru tau baloi ke idak. hahaha~


K sekian sharing tak seberapa dari aku, mak anak tiga. Masih belajar lagi untuk jadi yang terbaik. InsyaAllah.


Semoga bermanfaat!





Terima kasih sudi membaca!

1 comment:

Semut Senyum said...

i is very kagum dengan you.... terfikir, mmg mak-mak mcm ni kan.. mesti lebihkan keperluan anak melebihi segalanya kan... doakan i pun cepat dpt baby.... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015