Oct 11, 2017

ELAKKAN Bermalam di Promenade Service Apartment!

Assalamualaikum...


Dah lama tak buat entry BAD review. pfft! Harap korang baca dengan teliti supaya tak terkena macam kitorang. haha gituu mukadimah dah bagi warning😁


Alkisah masa kitorang pi Sabah bulan Mei lepas, 2 malam kitorang stay di Kundasang, 1 malam stay di KK. Untuk setiap penginapan di Sabah, aku booking melalui Traveloka, ada yang dari MiTA Fair. Tapi untuk penginapan di KK aku booking thru Air Asia. Maksudnya masa nak beli tiket flight tu, klik sekali dengan hotel.


Aku pilih Promenade Service Apartment, sebab harga nya JAUH lebih MURAH banding hotel² lain dengan saiz bilik yang agak besar, katil besar dan lokasinya agak strategik.



KESILAPAN aku ialah, tak baca review orang dulu! Mohon jangan contohi sikap ni oke! Setiap kali sebelum booking hotel, mohon baca segala mak nenek review² orang lain! Lagipun aku fikir, takkan Air Asia nak promote hotel yang ada rekod tak baik??πŸ˜’


Perjalanan dari Kundasang ke KK makan masa 2 jam lebih (driving). Jauh oke! Dah la jalan nak masuk KK tu jem. Badan dah letih, mintak tilam je nak baring, nak rehat. Tu belum campur sesat barat, tersilap hotel. Rupanya ada dua bangunan nama Promenade, satu Promenade Hotel, satu lagi Service Apartment. Promenade Hotel tu cantikkkkkk! Gah sangat! Tapi yang aku booking tu service apartment, rumah kedai je, sadis gila tengok keadaan bangunan diaπŸ˜‘


Masa nak check-in, kitorang diminta tunggu sebab bilik belum tersedia. Masa ni dah lebih pukul 2pm! Alasan; MASALAH air, so cleaner kena angkut air dari tempat lain untuk cuci bilik. Cara staff tu explain masalah air tu sangat meragukan, seolah² nak tutup situasi sebenar. Kitorang tengah letih sangat masa ni, tak larat laa nak argue, nak tanya selidik lebih². Lagipun cara dia explain macam tak kritikal je masalah air tu, macam air dalam toilet cuma slow je, bukan takde langsung air, tapi slow, so kami teruskan tunggu dengan sabar. Eh takde la sabar mana, tak senang duduk jugak la kat lobi tu kejap² pi kaunter tanya bilik dah siap belum. Lantak lah dorang nak annoying ke hape. Kau ingat kitorang naik helikopter dari Kundasang??πŸ˜‘


SELEPAS SEJAM! Dan selepas banyak kali kitorang duk tanya bila bilik nak siap, baru dorang bagi kitorang kunci. Dari lobi nak ke bilik ya ampun jauhnyaaaa!!!! Rupanya hotel ni bercampur dengan residents tetap yang menyewa/beli unit dalam apartment ni. Sebab tu namanya Service Apartment! Aku tengok keadaan corridor, lift lobi, sedih gila! Tapi aku cuba positif, tempat murah, memang gini lah kot.


Then bila masuk bilik, hurmm TAK SAMA LANGSUNG  dengan yang ditunjuk dalam gambar! Bak kata pepatah, indah khabar dari rupa. Karpet kotor macam tak pernah bercuci, cadar berkarat, kabinet berhabuk. Toilet oke laa bersih. Cuma nampak uzur sangat. Tapi ada water heater.


Aku cuba husnuzon lagi. 1 malam je pun nak duk sini. Lagipun malam terakhir di Sabah, esok nak balik KL dah. Atas meja solek memang ada tulis notis gangguan air. Tapi TARIKH DAH LEPAS! Maksudnya hari yang aku sampai tu sepatutnya takde lagi dah masalah air! Lega lah aku baca notis tu. Mungkin ada sikit² je lagi kot masalah air tu sampai cleaner susah nak mencuci bilik (lupa snap gambar notis hehh).


Aku terus mandi manda bagi segar sikit, solat, then baring. Nikmat nyaa dapat baring masa ni. huhu~  Halaju air shower bagi aku memuaskan. Water heater pun berfungsi dengan sangat baik.πŸ‘


Tak lama lepas tu Zafirah ngadu sakit perut, nak berak. So papa bawak dia pi toilet, sebab aku dah lena. haha~  Sekali dengar papa jerit, "KENAPA TAKDE AIR??!!!"


Terus aku terjaga. Aik aku mandi tadi elok je ada air, laju lagi. Baru setengah jam lepas aku mandi. Bila aku masuk toilet, yaa memang takde air. Kat sinki, paip tepi toilet, shower, semua TAKDE AIR!!! omg malapetaka apa ni?? Mujur Zafirah tak berak lagi. Dia kencing je. So basuh dengan air mineral. Dalam bilik memang disediakan 4 botol air mineral. Guna air botol mineral la nak cebok Zafirah. Mujur kencing je weiii adeyy.


Laju² dak encem call receptionist, dorang kata nanti akan hantar staff dorang untuk tengok. Ingat kan dorang hantar plumber ke untuk repair paip ke hape. Ko tau staff tu hantar apa??


πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡



Tong air! And dengan tak rasa bersalahnya staff tu cakap, satu building takde air, semua bilik dapat tong gitu untuk mandi segala. 


KAMI: %$^&*&


Apa kau ingat cukup air banyak tu nak mandi untuk 4 beranak?!!! Darah dah sampai kepala masa ni. Duk call receptionist dia kata tak tahu sampai bila takde air. Oke fine pastu bila mintak refund sebab nak tukar hotel, dia kata kena refund dari mana aku beli. Means kalau beli thru booking.com, kau kena contact booking.com untuk refund. Aku beli thru Air Asia so kena call Air Asia untuk refund! Leceh oke lecehhh!


Dan dan tu jugak kitorang search hotel lain yang available area KK. Akhirnya kitorang booking La Viva Hotel. Rate pun oke, below RM200, dan kebetulan ada 1 je kot lagi bilik yang available. Alhamdulillah rezeki kami anak beranak. Walaupun hotel tu bangunan kedai 3 tingkat and takde lif, tapi bilik and toilet selesa sangat! Hotel baru, tu cantik jee. Ahhh janji selesa sudah!


Masa nak pulang kunci ke lobi tu, dak encem ada la bertekak dengan staff, yelahh kau tak explain bebetul masa check-in tadi tu kenapa??!! Tapi staff tu argue dia kata dah bagitau. Kau bagitau macam mana??! kalau kau explain dengan details "masalah air" kau tu kan senang kitorang decide untuk proceed stay situ atau cari hotel lain. Buang masa tau tak?!! Dah la aku dah berjanji nak dinner dengan kawan ayah aku malam tu. Mujur la senang nak cari hotel lain. Pejam mata je lah bayar janji SELESA!


Rupanya BUKAN aku sorang je yang bagi bad review kat hotel ni.


See. Aku rasa yang review positif tu mesti staff yang kerja situ jugak, atau memang jenis pengotorπŸ™„


Aku pun taknak lepaskan peluang tulis review aku kat situ. kahkah~  Dalam blog pun tulis jugak, wajib! Taknak orang lain pun terkena pastu spoiled mood percutian korang. Eh memang spoiled mood holiday aku tau. Mujur lah dah hujung² holiday. Boleh la nak releks lagi.


Bila balik KL, kitorang teruskan follow up dengan Air Asia untuk refund duit. Masa call kat sana, AA cakap nak check dulu dengan management hotel. Lepas tu krik krik je. Call kali kedua, bebel² sikit, baru betul ada tindakan. Dalam masa 14 hari bekerja gitu dorang pulangkan balik duit kitorang. Alhamdulillah.


Kitorang call nombor yang dorang bagi dalam emel ni haa. Bukan orang Malaysia pulak tu yang jawab. Nak refund punya pasal, tiba² je terer speaking. hahahaha


k tu je nak cerita. Harap membantu lah ye korang pilih hotel untuk menginap di Sabah nanti. Jangan lupa baca guests REVIEW dulu sebelum booking tau!


Till next entry, tata!





Terima kasih sudi membaca!

14 comments:

Juls Julie80 said...

ya Allah sadisnya kalau hotel air xde..mmg malapetaka la jawabnya..dengan penat lagi..dengan nak hadap benda camtu..mmg rosak moodd... huhuhu

Cici said...

ala spoilnya holiday mood nasib lah dah last day kan

mrs kayrul said...

melampau sgt tu...nie nak mandi pun x puas klu dpt setong tu..gggrrr

mrkdvsn said...

Your blog is very informative. Eating mindfully has been very hard for people these days. It's all because of their busy schedules, work or lack of focus on themselves. As a student I must admit that I have not been eating mindfully but because of this I will start now. It could help me enjoy my food and time alone. Eating mindfully may help me be aware of healthy food and appreciating food.
ΰΈ•ิΰΈ§ igcse

athirahassin said...

Next week nk g kk.. moga tak silap pilih lah...

Delimasari said...

tq yr info, ada cadang nak menginap di sini ooooo - cancel terus ler

Hana Jaffar said...

ada lagi satu, apartment handled by promenade hotel. Right opposite waterfront. Condition is still ok, a bit dated but Alhamdulillah we didnt counter any unwanted,bad experience staying there thrice with our big family troop.

Memang yang promenade service apartment ni guna nama promenade je kot?the green shophouses at the back kan. Tak pernah pula check that one out.

Yanty Lee said...

Superb gila keji la apartment ni punya service. memang patut review teruk camni.

ameris said...

ok. blacklist terus.

ida said...

salam yana. tq info pasal refund tu, xtau pulak klu kita xjadi cancel last minit mcm tu boleh refund.ada kena support dgn apa2 dokumen x masa minta refund tu. tq ya infonya

yanamib said...

:ida: takde..semua urusan by call je..dorg akn check dgn management hotel psl report kita..tu je

Fnd Rocka said...

air takde kena mintak diskaun le

yanamib said...

diskaun pn tak baloi..kena mandi guna air tong tu jugak..eww lgpun booking under AA bkn direct hotel..nk refund pn kena mtk AA bkn hotel yg bg refund..

Ez-Solat (13 Rukun Solat) said...

Hi, kena bayar deposit ka kat sini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015