Oct 6, 2017

Peminat Tegar Harry Potter

Assalamualaikum...


Ingat tak dulu aku pernah cerita adik aku buat seprais balik Malaysia tiba²? Kalau tak ingat boleh klik > SINI


Time tu adik aku balik memang selai sepinggang. Baju selai pun dia tak bawak. Kat rumah memang banyak je baju² dia yang tinggal. haha~  Tapi dia angkut mainan² bawak balik. Ada untuk anak² buah, ada yang dia punya. Dia punya kemain sorok dalam bilik, tunggu dia balik for good baru nak 'kerjakan' mainan² tu, nak buat display kat rak khas lah bagai. Layan. Alahh mainan train and puzzle 1000 pcs. Dia tak bagi anak² aku usik, risau cepat rosak. kahkah


So, ni lah satu² mainan yang dia bagi anak aku main 👇


 err benda ni actually main/great hall dalam Hogwards School. Eh siapa layan Harry Potter faham lah kan. Adik aku memang peminat setia Harry Potter. Kat London senang nak cari merchandise HP. Aku pun minat, tak pernah missed setiap movie HP and sentiasa jadi yang terawal untuk tengok setiap movie baru HP. Now aku ngajar Zafirah layan movie Harry Potter. And she likes it! siap addicted. kahkah  *misi berjaya*😝


Adik aku beli second hand je mainan ni. Katanya kalau beli baru harga mencekik. Beli kat amazon.com kot, ke ebay. Tak ingat. Malas ingat sebab tak penting. bahaha~


 Dia macam 3D puzzle. Kena pasang parts by parts. Renyah jugak la sebab takde manual book. Dah kata barang second! Mujur lah otak aku genius, agak² je nak sambung tang mana. pfft!


 Hampir siap! Masa ni mata dah agak mengantuk, tapi sebab aku pun eksaited nak tau rupa great hall ni macam mana lepas dipasang, gigih laa teruskan jugak install.


 Dah siap. yeyy!


 Gitu je rupa dia. haha~ 


 Zoom belah dalam. Meja tu sepatutnya ada kaki. Lepas tu belah atas tu boleh pusing². Kan dalam cerita Harry Potter, time dorang berkumpul kat dewan, bila time makan je ting! magic meja yang kosong tetibe penuh makanan penuh atas meja. haa gitu la konsep meja mainan ni. Tapi like I said, barang second, ada la tu parts yang hilang.


Gini lah rupa bila bumbung and sebelah wall dibukak. Mainan ni lebih pada untuk display je. Bukan untuk buat main sangat pun! hehe~


Tapi

Tapi

Tapi..


Baru ni dak Zafran dah jahanamkan great hall Hogwards tu 😑  Hero tu kan memang tau. Tangan dia ganas lain macam. Kaklong dia main sikit punya cermat, dapat ke dia, hancurrr berderaiii. grr~


See! Alkisahnya dia nak amek mainan lain dalam kotak hijau tu. Kebetulan time tu great hall ni duk atas kotak hijau. Dia main seret je benda tu ke tepi, habis jatuh, berderai! Mujur la memang jenis puzzle, boleh pasang balik.


Tapi sampai sekarang aku biar je berderai gitu. kahkah~  Tak sempat ahh nak ngadap benda tu. haihh~  Tunggu la aku rajin, aku pasang la balik. Pastu letak tinggi² atas almari. Semua orang tak boleh pegang. hahaha~  Sok maksu balik pandai la dia susun semua Harry Potter's merchandise yang dia dah kumpul letak dalam satu almari khas. Iyee ada banyak lagiii merchandise Harry Potter yang adik aku beli. Kipas susah mati kekdahnya. Great hall ni SALAH SATU nya. Kat rumah dia kat London sana bersepah lagi. 


Tak kisah dikk janji awak bahagia.😜


k tu je nak cerita. tata!




Terima kasih sudi membaca!

2 comments:

Siti Aminah Muhammad Imran said...

The whole room will be a HP room..nantikan...muahahaha

Siti Syakirah said...

Harry Potter ni bahaya gak tau. Sbb takut kita (terutamanya kanak2) scr tak langsung percaya dgn wujudnya 'sihir baik'. Walhal semua sihir adalah jahat. Takkan pernah wujud istilah good magic, white magic, dsbg. Yg ade cuma black magic, n definitely all magic is black.

Huhu sekadar mengingatkan. Tp plot cerita tu mmg best pon :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015