Jun 4, 2017

Sabah Trip 2017

Assalamualaikum...


Aku pi Sabah awal bulan 5 hari tu. Dah lama plan nak bawak anak² aku pi holiday ke Sabah. Lagipun Zafran tak pernah lagi merasa naik aeroplane. Kaklong dia dulu umur 8 bulan dah naik aeroplane. Kesian Zafran. hahaha~  Bukan diskriminasi tau! Ate anak bertambah, komitmen pun bertambah oii. Bajet yang ada mampu pi holiday dalam Semenanjung je...ngee~


Makanya setelah pulun merancang kewangan segala, berjaya jugak lah beli tiket flight to KK pada 10 Mei yang lepas. Naik Air Asia sebab ingatkan dah cukup murah. Beli bulan Januari. Sekali bulan Mac tak silap ada Matta Fair, flight MAS murah gila! nangis tepi bucu katil tengok harga MAS. 


Tapi sebab dah beli nak buat macam mana kan? proceed je lah. Mama kerja keras siang malam nak cukupkan peruntukan. kahkah~  yelahh aku bercuti bawak anak² takkan nak suruh backpacking lak kan. Biasa kalau bercuti dengan anak² memang aku akan pastikan dorang selesa yang tahap taknak balik rumah. Seronok bercuti aje. hihi~


Pada hari kejadian, sampai je airport terus cari eyeliner baru. Sebab malam sebelum tu baru perasan eye liner dah kering. Gigih sangat! haha~


Flight pukul 10.20am. Saja tak beli pepagi buta sebab risau susah bangun. huhu~  Family mertua tolong hantarkan pi airport. Sampai airport pukul 8am gitu. Memang saja sampai awal malas nak rushing memandangkan kena hangkut askar 2 orang ni. Nak santai² je. In case teringat ada barang tertinggal senang nak mencari dalam KLIA2. Tu yang sempat je lagi beli eye liner bagai.


Line untuk check-in luggage panjang, tapi laju bergerak. Tak sampai setengah jam beratur. Sempat breakfast mekdi bagai. Alhamdulillah


 Hero kecik tu memang suka nyibuk. Kalau boleh dia nak selongkar barang² atas rak tu πŸ˜‘


ouh aku tersalah beli eye liner. Aku nak yang thin line, tapi terbeli yang jenis tebal nak arwah. Aku nak calit kat mana?? grrr~  memang spoil tau shopping sambil diperhatikan pasangan kau kat belakang pastu duk bising² "cepat lahh, cepat lahh". Eh awal lagi kot nak cepat pi mana??! πŸ˜‘   Jangan tanya kenapa tak tukar, aku dah sampai Sabah baru bukak plastik eye liner, baru perasan. Redho je lah mak!


Setel beli eye liner terus ke boarding gate. Tak ramai pun beratur kat kastam, smooth sangat perjalanan walaupun hari tu hari cuti. Cuti Wesak tak silap, hari Rabu, tapi takde la penuh serabut airport. hehe~


Tunggu kat boarding area dalam 10 minit gitu je.


Asalnya trip ni nak sambut anniversary yang ke-6 kononnya. Tapi ada insiden sebelum tu yang buatkan aku HILANG MOOD untuk bercuti! bukan takat spoil sikit², tapi hilang lesap terus mood nak holiday! Ikut hati nak kensel je trip ni. Tapi terkenang anak² dah eksaited nak naik aeroplane, ku gagah kan jugak tahan emosi. Gila hebat aku berlakon happy. kahkah~


 ecece eksaited sangat dua beradik ni nak naik aeroplane. Amazing jugak tengok Zafran tak takut dengar bunyi enjin aeroplane. Zafirah dulu masuk jalan ni mintak dukung. Takut dia dengar bunyi enjin kapal terbang tu. huhu~ 


Syukur dapat seat sebelah² 4 beranak. Selfie dulu sebelum take-off. Nampak tak anak teruna tak reti duk diam? πŸ˜‘


Tapi sebelum take-off dia dah selamat mentido. Memang waktu tidur dia pun time tu. Kaklong tu je taknak tidur, sibuk nak tengok macam mana aeroplane terbang.


Sekali............


Nangis pulakkkk dia! Bukan sebab telinga tersumbat, tapi sebab gayat tengok aeroplane tu naik tinggi. Aku suruh dia tengok je tingkap masa take-off. Terus gayat. Genetik siapa tah πŸ™„


Tepat 2 jam 30 minit, sampai lah kami di bumi Sabah. Cantik gilaaaaaaaaaaa laut Sabah πŸ˜ tapi trip kali ni tak plan pun nak terjah pulau, mandi laut. Next trip kot eh? πŸ˜


 Lepas amek luggage semua terus pi amek kereta sewa. Dalam kawasan airport KK jugak. Kitorang booking kereta sewa masa pi MITA Fair kat Mines bulan 1 hari tu. Dapat dalam RM70 tak silap per day untuk kereta Axia, auto. Deposit RM200 (refundable). Kitorang sewa untuk 4 hari.


Sebab tak jumpa signage Kinabalu International Airport, maka posing bawah signage gini je pun jadilahh πŸ˜


Setel urusan sewa kereta, kitorang terus ke destinasi pilihan ramai tahun ni. Eh korang boleh agak dah kot aku pi mana? hihi~


Till next entry, InsyaAllah.


Tata~




Terima kasih sudi membaca!

8 comments:

Chekgu Azrine said...

bestnya sabah!!!next trip.inshaAllah tgh gigih kumpul duit ni..hahaha

Eca Dwinky Asha said...

yeaahhh da up entry.trtunggu2 entry kak yana.

haritu ingat nak jumpa.tpi segannn.hahahaha

Eca Dwinky Asha said...

yeaahhh da up entry.trtunggu2 entry kak yana.

haritu ingat nak jumpa.tpi segannn.hahahaha

Precious Cla said...

YEAH ! bestkan Sabah... hehe

Mama Kembar 3 said...

Alalala siannya Zafirah meraung dia ehh hehehehe. Hmm apakah insiden yang menghilangkan mood tu??

Julia Johari said...

hahahhaha kelakar tgk zafirah gayat naik kapal terbang hahaha adoiii comel je anak beranak ni ok...geram tgk zafran ada je nak kaco mama dia beli makeup ye. Best sabah!

YB Shehan said...

syoknya sabah. nak pi bila taktau la..

Zie Azi said...

klu ikutkan sy pun gayat naik kpl tebang, klu bolh nak bercuti kat oversea tapi taknak naik k.tebang..hahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015