Aku ingat dah update entry lawatan ni. Tapi bila search dalam blog nan hado. Adess~ Jadi lah entry throwback.
Alkisah bulan April lepas, hari Sabtu, tadika Zafirah ada buat lawatan. Every year memang tadika dia ada buat lawatan, tapi budak umur 5 dan 6 tahun sahaja yang dibenarkan join. Budak 4 tahun boleh join SEKIRANYA ada kakak atau abang dorang yang berumur 5-6 tahun yang follow lawatan. Gitu lah yang aku faham. Last year Zafirah 4 tahun memang tak ikut pun lawatan. So tahun ni eksaited lah dia. Mama pun eksaited yeyy!
Ikut tentatif yang pihak tadika bagi, pukul 8.00am kena berkumpul depan tadika. Mujur lah jarak tadika sekentut je dari rumah. Zafirah pun senang sangat bangun pagi tu, eksaited katakan. Sempat la breakfast roti nutella kat rumah, bagi dia kenyang dulu kang tah pukul berapa dorang bagi breakfast tu kang. Sian lapar anak aku.
Masa kitorang sampai, bas memang dah tersedia depan tadika and dorang dah mula beratur untuk naik bas.
Actually, parents pun boleh jugak nak join lawatan ni tau. Bayar je lah, RM90 per head. Tapi aku fikir, kalau aku join kang, Zafirah asyik nak berkepit dengan aku je, taknak lepak dengan kawan² dia, or mood dia jadi lain bila nampak muka aku. haha~ Maka, gagahkan hati untuk lepaskan anak dara sulung ni have fun dengan kawan² and bagi pengalaman baru kat dia.
Masa ni hati aku dah gelisah dah. kahkah~
Tak faham kenapa nak duduk sampai 3 orang kat situ mujur la semua kekecik. Memang muat duk 3 orang.
Bas dah nak gerak, lagi sekali mama jadi sedih. lol~ Mana pernah berpisah oii dengan anak² aku. Pi kedai runcit depan rumah pun hangkut anak². TAK PERNAH tinggal dengan orang walaupun mak sendiri. Overly-attached mama kekdahnya. haha~
Lepas bas dah gerak, nak je aku follow belakang bas dengan kereta. Tapi si Azfar tu cakap nak balik tido! choii! padahal nak chatting dengan gelfren kan? nyampah!
Ada la few gambar Zafirah yang teacher amek masa lawatan. Thank you teacher!

Ada 3 lokasi yang dorang pi. Dah lewat petang baru balik. Rasanya pukul 6.30pm gitu kot baru dorang sampai tadika balik. Sebab petang tu hujan and jalan jem teacher cakap. Weekend kan, masuk KL pulak tu, memey lerr jem.
Tentatif lawatan. Pack gila. Aku tanya Zafirah ada tidur tak dalam bas? dia kata tak tidur, borak dengan kawan. ceh! Mujur balik petang tu dia tak merengek. Banyak betul tenaga awak ye
Zafran boring kaklong takde seharian. Mama pun boring jugak sebenarnya. Pelik lain macam bila seharian tak marah anak. bahahaha~
Zafirah memang enjoy gila pi lawatan ni. Macam mana aku tau? Sampai sekarang mulut dia duk bercerita pasal lawatan. Punya banyak tempat lain yang best aku bawak dia, lawatan jugak yang dia seronok nak ulang² cerita! Sampai aku dah hafal semua cerita² lawatan dia
Next year kalau lokasi lawatan lain dari tahun ni, memang nak bagi Zafirah join lagi. Nak harap mama yang bawak entah bila lah kan. Lagipun feel pi dengan kawan² tak sama dengan feel pi dengan family, ye dak? Aku dulu tak pernah join lawatan sekolah. Mak aku tak bagi. Gigih dia angkut kitorang pi semua tempat² lawatan yang dia tak bagi pi tu. haha~
Tapi untuk anak aku, aku bagi je dia join. Depends pada umur dan lokasi lawatan lah kan. Kat rumah, doa dan terus berdoa semoga Allah lindungi anak aku dari sebarang perkara yang tak elok. InsyaAllah.
k tu je nak cerita. tata!

Terima kasih sudi membaca!
3 comments:
alhamdullilah
bsanya mcm tu la...ank2 happy nk pegi dgn kengkwn..kita as a parent ni mmg risau sgt takut ank x boleh jga diri..pdhal ada cikgu yg jga kan...hihi
Budak2 kalau join aktiviti gini memang dia suka la. Tahun ni Khair masuk kali kedua dah dia join rombongan. Sebelum pergi tu, berhari-hari tanya bila nak pergi. Tak sabar-sabar. hahaha
Post a Comment