Oct 14, 2016

Teacher Masak tak Sedap!

Assalamualaikum...


Baru ni aku wassap teacher Zafirah, selidik pasal perangai dia kat skool....sampai bab makan aku agak kecewa...


FYI, aisya tu besfren dia T_____T


Zafirah memang sejenis manusia yang susah gila nak makan....susahhhhh sangat! aku yang stress duk paksa² dia makan....pastu nanti sakit perut lah (masuk angin), sembelit lah...bertambah stress! T___T


Memang setiap hari aku bekal kan dia makanan...tapi tu untuk breakfast! aku ada buat entry pasal bento-bento Zafirah ๐Ÿ‘ˆ klik


Bila teacher bagitau selama ni Zafirah cuma makan bekal sahaja which is yang hanya kenyang untuk waktu pagi sahaja, kau tak ghase nak nangis ke?? T__T


No wonder tiap malam dia ngadu lapar....tapi bila tanya nak makan apa, dia mintak roti + cheese atau roti + nutella atau coco crunch sahaja! T__T


Aku pernah tanya dia makan tak kat school...?? dia cakap makan...bila tanya makan apa, dia jawab nasi dengan ayam...


Tapi bila aku tau dia sebenarnya tak makan, aku takde la marah dia....bebudak kan....tak reti nak bagitau agaknya selera macam mana...haihh


oke part ni aku tak pasti nak gelak ke nak sedih....adoii bertabahlahh teacher...anak dara saya tu bukan jenis pemakan....selera tak besar...menu kena spesifik...huhu


Bila dah jadi camni, aku decide untuk masak kan jugak lauk for lunch...favorite dia tomyam...mujur lah senang gila masak tomyam oiii!



gigih la mak kau bersilat kat dapur pepagi buta masak bekal breakfast + lunch untuk anak²...Zafran pun ku bagi bekal tomyam jugak....sebelum ni bekal Zafran aku buat sup²....sup ayam, sup ikan etc....tapi dah kaklong nak tomyam, terpaksa la Zafran pun bawak bekal tomyam jugak!


HARI-HARI oke! hahaha~


bezanya untuk Zafran, aku tak letak laa kiub maggie tomyam and garam...lepas ayam dah masak, aku asingkan kuah tomyam tu dalam bekas lain, then campur ikan bilis sangai sebagai perasa....ingat ye, baby below 1 year tak boleh makan garam dan gula!! ayam tu pulak aku cincang halus...tak blend pun sebab dia dah reti mengunyah...just cincang halus supaya dia mudah mengunyah dan tak tercekik...


Semalam, aku wassap lagi teacher tanya perkembangan Zafirah...


Alhamdulillah....mama is happy!! memang beza lah sekarang takde dah dia ngadu lapar memalam....tapi hari² dia mintak nak tomyam, nak tomyam....eh jemu lah! bila tanya nak lauk lain tak? dia takmo! nak tomyammmmm jugak! grrr foineee!


video
gini lah rutin harian iols...mula² letih jugak lah...tapi bila dapat tau anak makan banyak hasil penat lelah kita, terus teruja bangun awal pagi untuk masak...


Bekal Zafran:
Breakfast dan minum petang: 
๐Ÿ’•pisang / roti / biskut

Lunch:
๐Ÿ’• nasi lembik + carrot cincang
๐Ÿ’• tomyam ayam (cincang)


Bekal Zafirah:
Breakfast: 
๐Ÿ’•roti + nutella + coco crunch
(kalau rajin goreng nugget, sosej etc)

Lunch:
๐Ÿ’• tomyam ayam 
(nasi putih teacher masak)




Semoga anak² mama membesar dengan sihat hasil mama yang mengambil berat....aminnnn~


Anak korang makan apa kat school?? ๐Ÿ˜













IKLAN:



Rahsia suami makin sayang ๐Ÿ˜

kulit berseri BEBAS JERAWAT! ๐Ÿ˜

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM, RM68

Kelebihan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ~
๐Ÿ’• Pudarkan jeragat degil
๐Ÿ’• Kecutkan jerawat
๐Ÿ’• Hilangkan parut
๐Ÿ’• Anjalkan & tegangkan kulit wajah kendur
๐Ÿ’• Hilangkan bintik hitam
๐Ÿ’• Cerahkan kulit kusam
๐Ÿ’• Baiki tona tak sekata

๐Ÿค” Hanya sekali sapuan pada wajah ~> nampak terus kesan kulit jadi tegang & fresh + GLOWING!! .
๐Ÿค” CEPAT MERESAP + TIDAK BERMINYAK dengan teknologi Nano yang dipatentkan dari Swiss
๐Ÿค” Gabungan Arbutin + Glutathione + Vitamin C + Pure Vitamin E + Willowbark yang sememangnya memberi kuasa maksimum pencerahan kulit secara selamat dan berkesan seawal 7-14 hari.



READY STOCK YE KORANG!

More, ada FREE GIFT menarik sementara stok masih ada! ๐Ÿ˜˜




Terima kasih sudi membaca! 

9 comments:

Chekgu Azrine said...

pandai zafirahg..dia nak makan yg mama dia masak..
tapi tomyam dia suka sangat ek..tanpa jemu tuh
takpe sis..bnanyak pahala dapat tu anak mkn air tangan mak dia kan

safurara said...

bertabahlah mama yeee! hehe. Princess pon sama kak, tp kt school dia makan sbb ramai kawan kot. kt rumah je susah.

CikNaa said...

yeay! akhirnya makan jgak.. tapi betul, afiq sama mcm zafirah..dia makan bekal dia je tapi waktu pagi.tengahari ticer cakap tak makan.. agaknya ciknaa pun kena masak jgak mcm yana..

mOoN IzzaN said...

haaaa.. dia nak air tangan mama juga tu... hehe..

Mila Ahmad said...

janji anak nak makan mak gigih pepagi buta masakkan pengorbanan mak kan.

Shark Kay said...

hehehe..
kecik kecik daha pandai memeilih yer..

Allene typicalmommy said...

adoi mama.. letih la gitu... tp, demi anak tercinta kan.... nampknya Aydna bakal ikut pe`el zafira je ni... uhuhuh

mrs kayrul said...

Bertabah la mama..anak sulung memilih kot makan...haikal makan pun nak sedP je...klu teacher masak x sedap pun dia rela berlapar tau....adik plak bantai je makan semua..hihihi

Yanty Lee said...

alahai ... cianmama nk bersilat pepagi demi anak... tp cute dia terus admit xsedap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015