Mar 23, 2012

Berapa Lama Tempoh Paling Panjang Bagi Darah Nifas?

percubaan memakai jumper dan tights...nampak besar pulak baju tu..hihi~


Hari ni dah masuk hari ke 39 aku berpantang...tapi darah nifas aku masih belum kering...tiba-tiba rasa cuak lepas tu baru terhegeh-hegeh cari info pasal darah nifas *duhhh!*....menurut pembacaan aku melalui carian pakcik gugel, biasanya orang bersalin secara czer memang lama tempoh nifasnya...sebab darah tu keluar sikit-sikit...erm erm...cuma aku nak tahu tempoh maksima tu berapa lama...yelah...macam period tempoh maksima 14 hari...lepas 14 hari dikira darah istihadha (darah penyakit)...kan??  =)


So berikut ialah hasil carian ku di blog "Laman Fiqh Anda"


1. Jumhur ulamak –merangkumi ulamak-ulamak sahabat, mazhab Imam Ahmad, Abu Hanifah, as-Sauri dan sebagainya- berpandangan; tempoh nifas yang paling panjang ialah 40 hari. Pandangan ini berdalilkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita bersalin pada zaman Nabi s.a.w. menunggu (selepas bersalin) hingga 40 hari” (HR Imam at-Tirmizi).

Berdasarkan pandangan jumhur ini; wanita bersalin jika ia mendapati darah masih keluar dari kemaluannya walaupun selepas 40 hari, maka darah yang keluar selepas 40 hari itu bukan lagi darah nifas, akan tetapi darah penyakit (istihadhah). Oleh itu, selepas 40 hari itu hendaklah ia mandi wajib dan menunaikan solat walaupun darah masih keluar. Keadaannya sama seperti wanita yang istihadhah dan tertakluk dengan hukum-hakamnya sebagaimana yang akan diterangkan nanti.


2. Imam Syafi’ie dan mazhabnya mempunyai pandangan berbeza dari pandangan jumhur di atas di mana menurut beliau; tempoh maksima nifas ialah 60 hari. Jadi, jika seorang wanita darah bersalinnya berlarutan selepas 40 hari, mengikut pandangan ini; darah itu masih dianggap darah nifas sehinggalah 60 hari. Dalam tempoh 60 hari itu jika darah masih keluar, tidak harus ia mengerjakan solat, puasa dan sebagainya lagi dari ibadah-ibadah yang mensyaratkan bersuci. Jika selepas 60 hari darah masih lagi keluar, maka ketika itu barulah ia dianggap darah penyakit dan tertakluk dengan hukum-hakam istihadhah dan sulasul-baul sebagaimana di atas. Imam Syafi’ie berhujjah berdasarkan pengalaman, yakni menurut pengalaman dan pemerhatian beliau; terdapat wanita yang pernah mencapai tempoh nifas hingga 60 hari. Adapun tempoh 40 hari yang disebut oleh Ummu Salamah dalam hadis di atas, itu adalah tempoh kebiasaan nifas bagi kebanyakan wanita, bukan bermaksud tempoh maksimanya.



Ustazah adik aku pun ada cakap, tempoh maksima memang 60 hari...kalau lepas 60 hari masih ada darah keluar dari faraj kena segera jumpa doktor...takut ada medical condition...


oke noted! sekarang sudah faham...huhuhu~  adoi lama kot 2 bulan tak boleh solat, tak boleh mengaji...datang bulan yang 10 hari pun dah rasa lamaaaaaaa ni kan pulak 2 bulan...hehh..harap-harap nifas aku takde la sampai 60 hari...amin~  (^^,)



p/s::  boleh baca lebih lanjut pasal darah nifas di blog Laman Fiqh...macam-macam info pasal nifas ada  =)




Iklan:


Emel me at ctliyanadmib@gmail.com
atau
sms/whatsapp: 0133618800

Harga kasih sayang uols! (^^,)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

21 comments:

::CIK LYNN:: said...

debabnya...gram kt ppi tu...hehe

aTy _faRed~ said...

lame gak ek..mak saye cerite dulu beranak 7..nifas setakat keluar 3-4 minggu..tu pon ekor2 jer...adik ipau saye lagi ar..2 minggu dah kering..pelik gar saye..hurrmm...

POSH76 said...

bagus info ni...ramai yg tak faham...shuker tengok baby pakai jumper + tights

Lya Colours said...

kenapa pipi anak ko embam2. macam nak gigit. gerammm

:: Mrs.Eady :: said...

kesian ujang..eh eh...hahaahahha...

nabilah_2908 said...

esok lusa dah x beso dah baju dia tu nanti...hehe.. :)

ye la...mesti rasa kosong je kan...dekat 2 bulan tak solat...moga cepat la habis nifas Yana tu.. :)

Eera Shera said...

oh baru tau :)

PUAN SUE said...

su baru je terpikir pasal ni..sebab rindu nak solat..

LittleGurl said...

hehehe ok take noted! prepare nanti dah kawen hahaha!

btw, wish you always in healthy condition kak yana. biar semua berjalan dgn lancar amin...baby montel ikot mama ke papa ne? kihkihkih :P

cha said...

lama kan 60 hari. eh kejap je u dh 39 hari. rs macam baru je lagi hee

Mrs Fauzi said...

Aku 2-3 mgu dh kering dh beb..die ikut org jgk..kalau yg bersalin normal cepat sikit sbb diorg berurut so daraf nifas tu banyak sikit kuar..sbb kau x berurut lg kan tu yg lambat sikit tu..ke kau dh berurut?

Mrs Fauzi said...

Aku 2-3 mgu dh kering dh beb..die ikut org jgk..kalau yg bersalin normal cepat sikit sbb diorg berurut so daraf nifas tu banyak sikit kuar..sbb kau x berurut lg kan tu yg lambat sikit tu..ke kau dh berurut?

YanaMIB said...

Aku da berurut dah..ms minggu ke 2 aku berurut...next week dh nk abes pantang urut lg...tp aku bc yg czer ni mmg lama sket kuar...tp depends gak sbb ada member aku czer sebln da kering...huhu

cerita mama said...

salam yana..tahniah selamat deliver bb girl yg comel..

sy pon baru je deliver normal bb girl 9/3 lps..ank 1st n 2nd sy disambut oleh doc yg sama..yg sy pasti doc ni lps deliver je dia akn tekan2 perut utk keluarkan darah selambak..so darah nifas sy xbyk.. skrg mcm dh nk kering (baru 2wks)..pakai pantyliner je..hehe

sy pon follow tempoh 60hr tu..btw thank share gud info..

Salmia said...

tQ kongsi info pasal ni..
mia pun ingat smpai 40 hari je.. :)

mas saari said...

kalau kita pantang betul2, cepat kering darahnya... akak dua2 anak lepas 44 hari dah kering darah nifas!

Hazman said...

whoaaa....dalam diam tak diam ko dah abis pantang dah yea.... mesti maintain slim kan...ekekeke

Huda said...

akak tak sampai 60 hari pun, rasanya 50 hari pun tak sampai kot..

kayrul-shah said...

kayrul dulu sampai 50 hari..cuak gak la mula-mula..terus google macam yana gak..baru la faham..

lepas tue stop sebulan tak datang period langsung....cukup anak umur 3 bln datang period. sekarang pening kepala balik coz 2 minggu sekali mesti datang period..aduh la

Mrs. Abi said...

oooooooo gituuuu... paham dah hahahaa... ni pun gugel gak sbb sejak semalam sikit aje yg kuar... gugel jumpa blog kak yana... maceh!!

drNajmi anuar said...

haha post kamu ni buat sy teringat ms deliver 1 st baby dulu..ms tu kena smp smp 44 hari..memang masuk 39 hari tu dah kelam kabut call emak kat kampung plus google2 psl tempoh max darah nifas c;

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers



Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers