Oct 25, 2018

Jurang Tembelan dan Rumah Hobbit, Yogyakarta

Assalamualaikum...


Selesai beraktivitas di Gumuk Pasir, terus kami bergerak ke Jurang Tembelan. Wahh pandai dah speaking Indon ๐Ÿ‘


Perjalanan dari Gumuk Pasir ke sini makan masa 40 minit gitu. Jalan kat sini macam jalan nak pi Cameron tu. Hutan kiri kanan. Cuaca masih lagi mendung, kadang gerimis. Tapi just nice sebenarnya. Kalau panas sangat pun tak best jugak. Bila mendung² ni selesa berjalan. Tiak tak basah. lol~


Jurang Tembelan ni takde apa pun. Just spot bergambar macam ni je. Ada banyak lagi spot lain tapi aku tak larat nak posing sebab Zafran tu tantrum apa tah. Penat barangkali. Kena berdukung je. Lenguh sangat pinggang aku. Nak berdiri pun malas. Laki aku and Zafirah je banyak bergambar kat sini. Aku lepak kat gerai² jual snek. Opismet aku bantai megi cup pulak kat situ dengan anak dia. hahaha~


Then, gerak ke Wisata Desa Mangunan. Dalam 5-10 minit je dari Jurang Tembelan. Dekat sangat.


Entrance. Toilet ada disediakan kat area sini. Parking kat sini kena bayar. Tapi dah include dalam pakej supir. Setengah supir charge murah, tapi bila masuk parking berbayar, dia mintak duit kat kita, makan pun suruh kita belanja and ada lah cas² lain. So pepandai lah pilih pakej supir macam mana yang kenan.

Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia
, pengertian wisata adalah bepergian secara bersama-sama dengan tujuan untuk bersenang-senang, menambah pengetahuan, dan lain-lain. Selain itu juga dapat diartikan sebagai bertamasya atau piknik.  
 Menurut pendapat saya sendiri, pengertian wisata adalah suatu kegiatan perjalanan atau aktifitas yang dapat menenangkan hati dan pikiran serta menyegarkan otak. - Sumber


Belah kanan tu kedai² jual souvenir dan makanan ringan.

Sini pun ada buaian! ๐Ÿ˜‚

Kawasan wisata ni besar sangat. Memang hutan semata. Since kitorang datang musim hujan, tanah lembab dan licin. Mujur pakai sport shoes. Anak² pun pakai kasut jugak. Takde la tergelincir, tambah nak naik turun tangga kayu tu. One off officemate aku tergelincir kat area jambatan kayu. Sian dia.

"Mama, jom kita buat² macam tengah berborak" - Zafirah

Tak pasti lah if ada kisah di sebalik rumah² ni.



Habis dah kawasan Seribu Batu. Next Rumah Hobbit. Tak payah pergi jauh sampai New Zealand, negara jiran pun ada Rumah Hobbit uols! Kos murah sikit datang sini. bahaha  Alahh satu kawasan je dengan Seribu Batu tu.


Jambatan ke Rumah Hobbit

Jemput masuk!

Dalam rumah tu takde apa pun. Aku membayangkan bila masuk dalam rumah tu macam masuk showroom. Boleh fefeeling ziarah the real rumah Hobbit. Sekali macam masuk abandoned stor daaa. Kat luar je deko kemain cantik. Cis!

 Estimate time dalam sejam jugak lah untuk spend masa kat Wisata ni. Kawasan ni luas tau. Nak stop stop amek gambar lagi. Dapat pulak partner amatur, nampak gemuk pulak kita dalam gambar, dah kena snap lagi sampai nampak kita kurus. ehhh! ๐Ÿ˜


Next stop kitorang pi Wisata apa tah nama dia. Dengan Hutan Pinus. Tunggu next entry eh. Nak sambung edit gambar jap. hihi~ 






Terima kasih sudi membaca!

3 comments:

Mat Ozil said...

Waaaaa... Bestnya.. Aku g yogja haritu xpergi pulak sini.. Rugii

bankami.blogspot.com

zarul farhana said...

Byk tempat menarik kt sana ya

Sue Izza said...

oooo konsep rumah hobbit ni dah banyak rupanya,hari tu kat bandung pun ada hehhehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015