Oct 22, 2018

Melawat Mount Merapi, Yogyakarta

Assalamualaikum...


Sambung lagi entry Jogja ye. Doakan aku istiqamah update sampai habis. bahaha~  Entry lain pasal Jogja boleh klik > SINI ~


Masih lagi hari kedua di Jogja. Lepas pi Borobudur, terus driver bawak pi Mt. Merapi pulak. Sebelum tu singgah lunch dulu. Bab makan nanti lah aku buat entry lain. Berjela sangat dah ni. hihi~


ecece berani dah dia naik bas, duduk sendiri²

 Perjalanan dalam sejam gitu. Sampai kat 1 check point, kena sewa jeep. Bas or kereta biasa memang tak boleh naik langsung kawasan Merapi tu. Bukan lah naik sampai ke puncak ke apa. Nak kata kaki gunung pun bukan. Tapi kawasan ni perkampungan yang hancur dilanggar lava gunung Merapi. Tak silap ada je pakej untuk daki Mt. Merapi. Aku tak study pasal pakej tu sebab memang tak plan nak datang sini. Golf club pun ada kaoo area sini. huhu~


Sewa jeep aku tak ingat berapa RP, sebab bukan aku yang bayar. Bos bayar. bahaha! Satu jeep boleh muat 4 orang. Hari tu kitorang sewa 4 jeep kot. Aku tanya orang situ, orang peknen boleh masuk ke? Memang aku tengah preggy 5 bulan masa ni. Katanya bolehh ajaaa, takde hal. Saya bawak slow slow nanti. Hahh yelahh korang tu semua pun bolehhhh aja kan pak.


Gini lah rupa jalan nak masuk ke kawasan Merapi tu. Memang tak expect langsung wehh!! Terpelanting² dalam jeep. Ya tuhann 🤕

First stop, kitorang singgah ke "Omahku, Memoriku". It's a muzeum. Asalnya tempat ni merupakan salah satu rumah yang hancur dilanggar lava gunung Merapi yang meletus pada tahun 2010.


Banyak lah barang² yang hancur akibat terkena lava yang bersuhu 600 darjah celcius dipamerkan dalam ni. Aku malas amek gambar sangat. Seram. lol~

Well, bebudak memang tak faham apa pun 🙄

Antara staff yang join trip Borobudur - Merapi.

Next, kitorang ke Bunker Kaliadem.


Ada jugak the lost word dalam ni. Macam castle zaman dulu kot. Entah lah. Nak masuk kena bayar lain. Tak berminat pulak nak tengok apa ada dalam tu. kahkah~  Ada la few tempat lagi yang ada entrance fee. Tak silap Stonehenge lalu kawasan ni jugak. Kalau korang banyak masa, boleh la plan singgah semua tempat. Baloi tau. Bukan senang nak sampai. Dengan keadaan jalan berbatu². Sakit pinggang, sakit tengkuk! grr

Memang gila lah jalan nak masuk Mt. Merapi ni weii. Aku dengan peknen nya. Bergegar² baby dalam perut. Eh bukan bergegar, tahap terpelanting dah! "Saya bawak slow dah ni. Biasa lagi laju saya bawak, macam orang lain tu."- driver. Tapi memang slow dia bawak. Sebab aku tengok kawan² aku semua berdesup laju driver dorang bawak. Jeep tu gaya dah macam nak terpelanting sekali sebab langgar batu² gunung Merapi. Boleh bayang tak??

Antara satu stop, ke satu stop makan masa dalam 15 minit perjalanan. Atau mungkin kejap je. Tapi sebab perjalanan yang huru hara bak puting beliung dalam jeep tu yang rasa lama gila perjalanan. adehh


Hujan renyai² masa ni. Aku ada je bawak payung and baju hujan. Memang dah beli awal dari Malaysia lagi. Tapi malas lah nak keluarkan. Bila lagi nak merasa mandi hujan kan. Anak² aku pun ku biar kan aje mandi hujan. Tak demam pun dorang. Lain agaknya air hujan gunung berapi. lolzz!

Nak bergambar kat kawasan ni kena mendaki sikit. Takde lah curam mana pun. Alahh aku yang peknen 5 bulan pun boleh naik. Siap dukung anak lagi😜

Gini lah rupa pemandangan atas ni.


Bunker Kaliadem ni merupakan bilik kebal untuk lari dari lava gunung Merapi. Masalahnya, masa Mt. Merapi meletus tahun 2010, ada 2 orang sukarelawan yang terperangkap dalam bunker ni, lalu mati.

Oke sedikit kisah pasal Bunker Kaliadem. Aku pun ingat² lupa. Mujur ada pakcik google. mihmih~  Korang pun boleh je google, tapi dah alang² tengah baca blog aku ni, baik aku tulis je terus ye dak? 😁


Semasa Mt. Merapi meletus pada tahun 2010, bunker ni tertimbus dan tenggelam ke dalam lava sedalam 1.5-4 meter. 2 orang sukarelawan terperangkap dalam tu. Selama 3 tahun misi mencari bunker yang tertimbun. Pada 14 March 2013 baru dorang berjaya gali bunker yang tertimbus ni. 2 sukarelawan yang terperangkap tu dah tentu lah mati. Umpama duduk dalam oven. Kat luar dah penuh dengan lava bersuhu 600 degrees, dorang duk dalam bunker. Ko ghase? Oke seram nak bayangkan. hurmm~ 


Aku ada amek video jalan masuk dalam bunker tu. Seram ke seram?



Dah puas bergambar, jom balik!


Actually kat sini ada cafe untuk korang makan minum. Ada gerai² jual snacks, air kotak, air tin. Kitorang tak singgah pun. Memang datang amek gambar, pastu balik. Nak kejar masa untuk dinner pulak. Kalau nak solat, surau dan toilet ada disediakan kat tempat bas parking, tempat sewa jeep tu. Tapi macam biasa lah, telekung nan hado. So kalau datang Jogja, sila bawak telekung atau pakai aje lah pakaian patuh syariah. hihi~


Overall, memang puas hati datang Mt. Merapi. Cuma kalau cuaca tak hujan dan kami ada banyak masa, lagi puas lah tengok view Mt. Merapi yang cantik atas tu. Tengok la gambar aku semua malap malap je. Dah memang tengah mendung, hujan renyai² time tu. Actually bulan 12 memang musim hujan. So, takleh nak expect much lah. Tu yang kitorang memang dah siap beli payung and baju hujan dari Malaysia. Tiap kali keluar berjalan memang angkut baju hujan tu.


More, orang preggy aku tak suggest lah korang datang tempat ni. Walaupun aku takde masalah apa, tapi lain badan lain daya tahan wakk. Unless korang konfiden macam aku, then oke laa. haha~  Jangan lupa sediakan juga segala maknek minyak panas, minyak urut. Sebab memang sakit² segala urat saraf kau nanti. Especially pinggang dan tengkuk. Ke aku je sakit gitu? 😝


k bye!





Terima kasih sudi membaca!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015