Oct 3, 2018

Family Day GBSB 2018 di Cyberview Resort & Spa, Day 1

Assalamualaikum...


Tahun kedua aku join family day Gojes Blogger Supermom & Baby (GBSB). Lokasi pilihan tahun ni, Cyberview Resort & Spa. Saja pilih tengah bandar, sebab majoriti ahli kelab memang duk Lembah Klang. More, nak elakkan masuk hutan² sebab ramai babies. Last year buat kat Janda Baik, ada kes anak ngigau, kena gangguan etc. Tahun ni nak play safe, buat kat bandar terus. bahaha  yess I know hantu² ni kat mana² pun ada. Tapi takde lah seteruk dalam hutan sana. Begitulahh


Eh baru perasan, 1 entry jeee aku hapdet untuk family day tahun lepas???? huk alohh 😑  nahhh pi baca > Family Day GBSB Day 1. (boringnya tajuk)


Pastuuu kebetulan juga aku kenal dengan orang marketing Cyberview, so boleh kawteam pakej baikkk punya. aww! Selepas survey macam² tempat, compare harga, compare facilities semua, last² semua sepakat pilih Cyberview Resort & Spa. yahoo! Aku suka lahh sebab dekat gilaaaa dengan rumah. bahaha~


Tahun ni palingggg ramai ahli yang join. 33 ahli. Maksudnya ada 33 KELUARGA!! Anak² average 2 orang per family. You do the math lah.


Kebetulan tarikh kitorang pilih tu long weekend. Cuti hari Sabtu - Selasa. wohoa! Makanya resort pun full house! yaa full house, kalau bilik tiba² ada problem memang jangan harap lah dapat tukar sebab nan hado bilik spare. Gitu sekali. Syukur lah dah booking 2 bulan awal!! Bayar deposit siap² oke! Almost 30 bilik kitorang booking, risau lah jugak tiba² dia jual kat orang lain. huhu~  Tapi Alhamdulillah dari process booking sampai lah check-out semua smooth je. Terbaikkk service! 👍


Macam biasaaa aktiviti wajib bila gathering mahupun family day, hari pertama tu adalah POT LUCK. Yaa wanita dan makanan memang tak dapat dipisahkan. Lepastu meroyan kenapa tak slim slim. kahkah~  Lantak situ.


Walaupun full house, resort ni tak nampak crowded ke apa. Tenang je tau. Untuk hari pertama tu, pot luck start selepas check-in, dalam pukul 4pm gitu. Port tepi pool. Sebab bebudak nak mandi manda. Mak mak nak melantak. hahaha~


Kerusi meja ni memang ada kat tepi pool. Ada bar sekali area ni. So kitorang guna je kerusi meja ni. Tak mintak izin pun. kahkah~  Eh bukan ada sesepah makanan pun. Kemas balik okayy 😏


Meriah dengan anak² gojes.💕💕  Aku tak mandi, baby tak sihat sangat time ni. Batuk selsema. Abang kakak dia je berendam sampai kecut.


Makpak makan - menjemah - makan -menjemah. Siapa suruh dorang masak sedap²!! grrr~  Aku macam biasa lahh asal ada pot luck, aku tukang bawak air je. Sedar diri tak reti masak. Alahh bukan air fancy² pun. Air masak 10L + ais batu. Laku kerasssss! Lagipun memang takde orang lain yang bawak air.  Kang tercekik takkan nak sedut air swimming pool? 🙄


Bahagian swimming pool kids ni tutup pukul 7pm. By 6pm gitu staff situ dah jeling² suruh kemas. Alohh bukan selalu pun guests korang buat perangai pot luck tepi pool gini kan?? kasi can laaa 😝


Actually bila pihak resort nampak kitorang berkelah tepi pool tu, terus dorang hantar staff cleaning sediakan plastik² sampah untuk kitorang kemas. Padahal aku pun ada bawak jugak plastik sampah. Kitorang dah prepare lahh. Dah biasa buat pot luck merata². hahaha~  Tapi dah dorang sediakan jugak plastik sampah kan, gunakan je lahh khidmat dorang. Thank you Cyberview 😘


Setel pot luck, balik bilik untuk mandi manda and solat. Pukul 8pm semua gerak pi Tennis Court untuk birthday celebration, tukar² hadiah and lucky draw. Acara paling dinanti² semua ahli. Siapa lah yang tak suka dapat hadiah kannn. 🤗


Tennis court ni kitorang guna by request ye. Bukan boleh main terjah je. Sebab staff situ kena on spotlight dalam court tu. Kang gelap gelita pulak. Again, aku berurusan dengan Ms Marketing. Aku just cakap nak 1 kawasan lapang untuk buat aktiviti, zasss terus dia suggest guna tennis court. Very helpful lah dia tu. Memang dia makesure event kitorang ni smooth je. Meja² + alas meja tu semua pihak resort sediakan. Tong sampah pun sama. Semuanya by REQUEST. One of ahli gojes siap bawak PA system. Takde la sunyi sepi je. Ada lagu², ada mic so memudahkan kerja MC untuk buat announcement etc. Happening gila family day tahun ni.


Mula² celebrate birthday Septemberians. Ada almost 10 anak² yang lahir bulan September. Celebrate lah sekali harung semuanya. Meriahhh!


Antara kek² birthday. Cantik² semuanya 😍


Nyanyi ramai². Happy kiddos!! yeyy~


Untuk dinner malam tu, Nana and Ciknaa sponsor nasi goreng, mihun goreng and air teh tarik. Katerer tu pack sesiap dalam bekas (individual pack), senang semua amek sorang satu. Dah habis makan buang bekas.


Then, ada game puzzle untuk anak² umur 6 tahun ke atas. Sesambil dorang buat game, buat sekali event tukar² hadiah + lucky draw. Alhamdulillah tahun ni banyakkkk sangat dapat sponsor. Murah rezeki gojes tahun ni. Boleh kata SEMUA yang hadir dapat hadiah. Semua lucky lah senang cerita. hahaha~  Siap ada yang dapat sampai 2 lucky draw. Memang bebetul lucky tu. Tahniahh korang!👏👏


Aku pun tak ketinggalan lah mencari sponsor untuk hadiah² lucky draw. Tak banyak pun, ada lahh 6 hadiah je. Kawan² aku ramai meniaga, so mintak dorang sponsor produk dorang. hahaha~  In return, kami akan buat blast post di media sosial (IG & FB) and also blogspost (sesiapa yang menang). Tapi part blogpost tu tak wajib. Siapa rajin update lah blog. 😘


So kat sini aku tepek mereka yang bertuah dapat hadiah dari aku. Nak tepek semua ramai oii. Ada lebih 30 hadiah. Malas nak edit gambar pun ye jugak. hahaha~



1. Free hi-tea for 2 person di Cyberview Resort & Spa

Aku request Ms Marketing sponsor jugak lucky draw. Banyak bilik kitorang amek, takat free gift sikit² tu apa lahhh sangatttt 😜


2 orang yang bertuah, Lala and Lin!! Dua² duk Putrajaya. Senang lah nak double date pi hi-tea ye korang. Pandai hadiah pilih tuan dia. kiki~  Tahniahh korang!





2. D'Leqa Blouse

Ni butik kawan sekolah tok laki. 2 lai baju gak dia sponsor. 😍  klik gambar untuk tengok baju² yang dia jual. Lelawaaaaa.


Dilah and Mommylin yang bertuah dapat blouse dari Dleqa. yeyy!





3. Bokittahijabista

Ni pun bisnes kawan sekolah tok laki. Klik gambar untuk tengok koleksi bokitta.


Owner sama dengan Dleqa atas tu. Tak sangka jugak dia nak sponsor sampai 2 jenis produk dia. wohoaa! Thank you Umi!! Semoga makin murah rezeki Umi sekeluarga dan semoga makin meletop² bisnes 😘


2 orang yang bertuah terima Bokitta ialah Diana and Eira. Huk alohh geng mak minyak jugak dapat. bahaha~  Tahniah korang! Jangan tak pakaiii tudung tuuuu. Cubit kangg!




Gambar Eira takde sebab dia balik bilik awal. Migrain katanya.


Aku pulak dapat lucky draw meringue cookies. Sponsored by @era_clara...

Thank you dear. Sedap cookies tu. First time rasa.


Untuk hadiah tukar², aku dapat hadiah dari Eira (essential oil YL Lavender and loket untuk letak oil), Safura dapat hadiah aku (bantal).


Selain hadiah tukar² dan lucky draw, ada jugak goodies untuk setiap ahli (mak-mak only, dah nama group pun mak gojes. Bukan group apak gojes. kahh!).


 Beg tu sponsored by @letsfunbag_ & @letsfunbox ...Isi dalam je sponsor dari ahli² GBSB sendiri. Sponsor sikit sorang. Ada sponsor roti golok, popcorn, mini towel, fridge magnet, pes nasi kerabu. Eh banyakkk lahhh!



See, penuh padat beg. Mujur bag kualiti, isi penuh², berat² pun tak mudah koyak 👍


Dalam pukul 10.30pm jugak baru setel aktiviti malam tu. Banyak sangat hadiah tu jadi lambat. Tahun depan kena kurangkan sikit hadiah lucky draw. Eh bukan kekwat tau. Tapi sebab nak kejar masa. Bila lewat sangat semua dah boring especially anak². Semua dah penat, dah ngantuk. Padahal semua suka dapat hadiah. kikiki~  Takpe next year kita discuss balik. Harap nya misi untuk buat family 3 hari 2 malam tercapaiiii. Aminnn


oke tu je nak cerita. Doakan aku rajin untuk update Day 2 pulak. bahahaha




Terima kasih sudi membaca! 

1 comment:

Hafizah said...

dah bace...wei meja kerusi potluck tu aku tanye gak org yg nak bukak bar tu. boleh ke kitorang dok sini? die cakap boleh tapi clearkan kaunter tu. haha..nasib bahik....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015