Oct 10, 2018

Lunch di Restoren Mangkuk Ayam, Cyberjaya

Assalamualaikum...


 Unik sangat nama kedai kan? Sebab nama dia yang unik sampai tersasul² sebut mangkuk ayun lah punca aku nak try makan kat sini. Marketing berjaya. hahaha~


Menu kat sini berkonsepkan ala Kopitiam. Banyak jugak pilihan. Kebetulan masa datang ni perut tengah kebulur, rambang mata nak order. Last² order je semua. kahh! Eh jangan salah faham, bukan aku hadap sorang semua ni. Share² dengan kawan² lain. Aje gila nak makan semua menu sorang² ๐Ÿ˜œ


Oke jom cekidaut menu² yang sempat aku snap.๐Ÿ‘‡


Isi penuh padat! ๐Ÿ‘

HIGHLY RECOMMENDED!! Rendang dia sedap namateyyy. Bila makan tu terus feeling² pagi raya. Sebijik rasa rendang mak mak kita masak tau. Kemain review aku. Tapi serius la sedap. Takleh move on lagi dengan keenakan rendang dia. Daging pun lembut je. haihh  Nak repeat please!

Mee rojak ni ada 2 jenis, WITH and WITHOUT ayam. Untuk peminat ayam boleh la order mee rojak ayam. Tambahan ayam goreng je atas tu.

Yang ni pun HIGHLY RECOMMENDED! Pure mangga dia bagi. Berebut² minum dengan anak² aku

Menu² lain. Jus Kedondong Asam Boi tu pun kawan² aku cakap sedap. Aku tak minat air asam² ni so takleh nak review. haha

Portion bagi setiap menu tu BANYAKKKK. Siapa yang on diet tu mohon makan share². haha  Memang baloi lah dengan harga. Hari tu kawan aku, Ida order mee kari, terkulat² dia nak habiskan semangkuk tu. Aku dah tolong makan sikit pun dia tak habis jugak. haa boleh bayang lah portion dia banyak mana kan ๐Ÿ˜


More, food kat sini KURANG pedas. Rendang daging, asam laksa and mee rojak tu tak pedas langsung! hahaha~  Mungkin the owner target semua generasi boleh makan kat kedai dia. Dari budak kecik sampai orang tua dan semua bangsa pun boleh try makan kat sini. Walaupun tak pedas, tapi semua cukup rasa. Alhamdulillah.๐Ÿ‘


Korang yang kerja area Cyberjaya, Putrajaya dan yang berhampiran boleh try makan kat sini. InsyaAllah tak menyesal!



Alamat: Restoran Mangkuk Ayam
P10 Dpulze Shopping Centre,
63000 Kuala Lumpur.
(Level parking, P1)
Open Daily: 11am - 10pm





Terima kasih sudi membaca!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015