Sep 28, 2017

Pengalaman Kena Kerja Malam

Assalamualaikum...



Alkisah bulan Mei lepas. kahkah~  Kemain jauh throwback 😝


Company yang aku kerja sekarang merupakan salah satu consultant dalam pembinaan MRT Line 1. Sebelum dibuka to public, akan ada inspection ke setiap setesen. Company aku handle stesen² underground sahaja. Stesen elevated consultant lain handle. Lepas dah setel inspection semua stesen, akan ada satu hari untuk inspect tunnel pulak. Underground tunnel.


Untuk inspect underground tunnel ni MESTI buat tengah malam. Waktu train tak beroperasi iaitu dari pukul 12am - 4am. Masa ni train memang dah mula beroperasi setiap hari untuk make sure perjalanan smooth sebelum dibuka to public. Jadi kami kena la ikut schedule train. Banyak sangat pihak yang terlibat. Tak boleh main langgar je walaupun kita ada surat dari authority (bomba) bagai.


Jadi, manager aku ajak je semua engineer untuk join inspection ni. Saja amek pengalaman. Bukan senang wei kau nak masuk dalam tunnel keretapi. Tapi manager aku tak paksa kitorang join. Tambah yang dah ada anak kecik. Dia taknak nanti menyusahkan nak tinggal² anak. So dia just ajak je, siapa² free boleh datang. Inspection start dari pukul 12am


Peluang dah ada depan mata, harus lah nak join. Apa guna ada suami kalau tak boleh tolong jaga anak kan? hahaha~  Bukan selalu pun aku kena kerja malam. Ni baru kali kedua aku kena kerja malam. Tapi sebelum ni aku outstation sampai 2-3 hari. Masa inspection Bukit Berapit Tunnel dulu. Alahh takat tinggal 2-3 jam apa lahh sangat. 😏


 Sebelum pukul 12am dah terpacak depan site. Kat Jalan Cochrane sana. Tepi roundabout besar nak ke IKEA tu. Ada satu escape staircase tepi tu. Aku datang dengan opismet aku. Dia duk Kajang, so aku suruh dia park kereta kat rumah aku, kitorang carpool je. Sebenarnya seram jugak nak drive sorang² tetengah malam tu. haha~


Sebelum mula, ada briefing bagai among consultants and bomba. Ada 3 orang pegawai yang datang malam tu. Siap dorang sediakan mee goreng. Aku tak lapar pun malam tu, yelahh tengah malam lapar amende. Mengantuk ada lahh. Tapi sebab menunggu lama sangat, ku makan la jugak mee goreng tu. Mujur sedap😁


Then kena tunggu pihak lain discharge electricity kat railway tu. Yang aku faham train MRT ni guna letrik untuk bergerak. Kat landasan dia tu dorang akan on power yang agak tinggi voltan nya. So sebelum beramai² masuk dalam tunnel, kena la matikan dulu letrik kat landasan dia tu.


 Siapa dah naik MRT mesti familiar tunnel ni kan? aku dah ada pengalaman berjalan tetengah tu. hihi~


 Geng office-mate yang masuk air. Manager dengan bos-bos pun kemain posing dalam tunnel tau. Priceless moment kekdahnya! haha~


 Kejap je inspection. Just nak tengok fan dalam tunnel tu berfungsi dengan baik bila berlaku kebakaran. Tapi kali ni tak pasang api betul² macam kat Bukit Berapit dulu. Sebab dorang takmo nanti dinding tunnel hitam. lol~


Dalam 30 minit dah setel. Bab menunggu tu yang lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa🙄


Habis inspection terus balik. Mengantuk. Mujur esoknya tu hari Sabtu, cuti. Boleh bangun lambat. hihi~


OOTD tetengah tunnel MRT ✌


Boleh baca pengalaman aku bawak anak² naik MRT kat SINI


k tu je nak cerita. tata!



Terima kasih sudi membaca!

2 comments:

Cik Puan Ena said...

Wahh haritu tgk kt tv cerita pasal tunnel ni .ena bangga sis salah seorang drpdanya.

Hafiz Rahim said...

Kalau tak off electric mau rentung nanti. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015