Sep 15, 2017

Cubaan Pertama Buat Japanese Cotton Chessecake

Assalamualaikum...


Dah lama teringin nak makan cheesecake Jepun ni. Banyak kali la lalu lalang video cara² buat cheesecake kat timeline fb. Boleh kata hari² ada je kawan² share video buat Japanese Cotton Cheesecake. Ikutkan hati nak beli je. Sebab agak renyah nak buat. Dah la nak bakar makan masa sejam! yaa SEJAM! pfft! Tapi tak jumpa pulak baker yang jual cheesecake area Bangi-KL ni. Kalau beli kedai bakery biasa kang tak sedap meroyan pulak πŸ˜’


Makanya lepas raya haji hari tu aku kumpul segala kekuatan dan kerajinan, ku gagahkan jugak baking kek ni sendiri! Kebetulan cuti panjang kan? Study habis² bahan² yang kena beli (tak banyak mana pun), study step² semua. Zasss terus buat!


Paling susah part nak buat meringue. Ya ampun renyah yakmat!! Memang first time seumur hidup aku buat meringue. Nak asingkan kuning and putih telur tu, menggigil² tangan. Aku ada je alat untuk asingkan kuning telur. Tapi tah kenapa tak menjadi jugak. Kuning telur tu asyik la pecah bila masuk dalam benda tu lepastu bercampur laa dengan putih telur. grrr πŸ˜‘


Kali pertama, ofkos la tak jadi. Sebab tercampur sikit kuning telur. Cair je meringue aku. Habis bazir gitu je 6 biji telur masuk tong sampah T__T


Kali kedua, aku cuba sedaya upaya pastikan takde langsung kuning telur tersesat dalam mangkuk. Kali ni asingkan guna tangan je weh! Taknak dah guna alat apa². haha~  Oke la lebih senang asing, lebih teratur. Tapi tetap jugak tak jadiii!!! arghh! Gambar atas tu meringue yang dibuat kali kedua. Masih lagi cair T__T


Mujur mak aku pun terer baking. Dia cakap bancuh je lah. Kek tak kembang je kalau meringue tak jadi. hmm baiklah. Aku teruskan je bancuhan, dan bakar. Sambil bakar tu aku doa sungguh² jangan la tak jadi kek aku sampai kena buang. Sayang lahh.


Aku bakar dengan suhu 140 degrees, selama sejam (depends pada jenis oven masing²).


Lepas sejam πŸ‘‡


Dah siap! syukur kejadian yang sangat cantikkk! πŸ˜πŸ˜


Merekah tu tak pasti lah kenapa. Ada cakap sebab bekas terlalu kecik atau suhu terlalu panas. Tapi ramai pulak puji kejadian kek aku cantik sebab ada rekahan tu. lol~  *bangga pulak hinssf*😝


Aku tunggu sampai kek dah sejuk baru aku potong. Bila kek dah sejuk, dia jadi kecut tau. Tak sekembang macam baru lepas keluar oven. Puncanya meringue tu lah. Dah meringue aku kan tak jadi. Tu kek jadi kecut. Tapi takde lah teruk mana. Kecut sikit je. Kek tetap lembut macam biasa.


Rupa lepas dah dipotong. Lembuttttt sagat! gebu gebas lagi. Rasa?? dah tentu la sedap oii! Lagi sedap dari cheesecake yang dijual kat AEON sana. hahaha


Tapi aku rasa nak buat lagi tu hmm, tahun depan lah pulak kot. hahahah~  Stress weii sebab aku memang rasa susah sangat nak buat meringue. Stress oke πŸ€•


Feedback dari kawan² FB dan IG pasal tips buat meringue. Syukur ramai kawan² terer baking dalam fb and ig aku. Sayang korang! Thank you very much sudi kongsi tips dengan aku, budak baru belajar. Semoga bisnes korang makin kencangggg. aminn πŸ˜˜


Yang tanya pasal open order tu, tunggu la aku betul² terer dan BERJAYA buat kek ni baru berani nak open order bagai. haha~  Takat kek rekah² gitu alaa segannya nak open order bagai. πŸ˜   Doakan aku rajin so boleh la baking lagi kek ni. haha~


k tu je nak cerita.


Siapa terer buat kek ni share sikit tips korang πŸ˜




Terima kasih sudi membaca!

3 comments:

siti norizan said...

Wah sedapnya tengok..lembutje..suka kek ni tapi nak buatnya tu..hehe

umie shahidah said...

Update resepi nye plak weh

Norliza Nordin said...

woww konpem sedap ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015