Aug 16, 2017

Pengalaman Pertama Naik MRT

Assalamualaikum...


Weekend lepas tercapai lah impian nak naik MRT. haha~  Dah lama plan nak naik MRT. Tapi selalu ada je halangan. Sampai Zafirah duk berzikir hari² kat aku bila boleh naik train, bila mama free, bila nak naik MRT. haihh maka Ahad hari tu aku gagahkan jugak bawak dorang naik MRT. Sementara harga tiket tengah half price ni, rugi la tak mencuba. 


Company aku salah satu consultant yang terlibat dengan projek MRT, sebelum puasa boleh kata hari² turun site untuk bomba inspection. Tapi aku cover stesen je, underground, bukan train. Tak sempat buat entry pasal tu lagi. haha nanti ehhh. Entry throwback as usual 😝


So bila dah siap and open to public, mesti la nak angkut satu family merasa naik MRT. gituu


Park kat stesen Kajang, stesen paling hujung. Dah situ je stesen terdekat dari rumah aku. Boleh tahan ramai orang masa ni.


Tapi masih dapat duduk. Tak lama pun menunggu train. Max 11 minit kalau tengok pada signboard.


Bila train dah jalan baru aku teringat, train MRT mana ada driver, so better duk depan or belakang sekali. View lagi best! Bebudak mesti suka. Maka berjalan lah kami ke gerabak paling depan.


Ramai orang! haha~  tapi memang best lah view depan sekali. Macam tengok simulator. pheww~  Kalau taknak bersesak macam ni better naik waktu pagi. Time ni dah petang, memang lerr ramai orang. Semua nak merasa pengalaman naik MRT #proudMalaysian


Sepanjang perjalanan kitorang berdiri je tengok view. Zafran tu taknak letak, nak berdukung. Papa yang dukung. Orang laki dukung anak memang orang taknak bangun offer seat eh? hahaha  bertabahlahh jadi orang laki. Aku memang takmo duduk. Syok pulak tengok view gitu. hihi~


Kitorang stop kat stesen Maluri. Ingat nak pi IKEA, tapi sekarang IKEA tengah sale confirm ramai gila manusia dalam tu. Aku tak suka pi tempat yang sesak. Kat stesen Maluri ni korang boleh pi AEON Maluri atau Sunway Velocity. Dekat gila jalan kaki dari stesen. Tak perlu melintas² highway sebab memang ada laluan pejalan kaki khas bawah tanah (untuk AEON) and link bridge (untuk Sunway Velocity). Next time lah pi Sunway Velocity naik MRT. Banyak masa lagi boleh pi sana.


30 minit duk dalam train dari Kajang ke Maluri pun tak puas lagi ke nak? tu sibuk nak naik train lagi 😑  Kita pi makan dulu lahh. Lapar sangat time ni. Belum lunch lagi sebab si Zafran mentido tengah hari, tunggu dia bangun tidur baru kitorang keluar.


Dalam AEON kitorang lunch kat Nando's. Sedap dan mengenyangkan. haha~  Lepas tu singgah mekdi beli eskrim strawberry yang baru tu.


Sejenis yang tak suka share makanan dengan orang 😑  Mujur beli sorang satu, takyah berebut.


Lepas makan, patah balik pi stesen untuk balik. yaa naik MRT untuk pi makan je. Lepas tu balik lerr. Takde plan nak shopping apa² pun. Jimat sikit duit. huhu~  Sampai Kajang, Zafirah mintak nak naik bas pulakkkk. adoii~  dia tengok bas Rapid "Jom naik MRT" tuu. alaa lain kali la pulak naik bas! Dah la mama tak tau kat mana bas stop area rumah kita tu. hishh


Ouh jangan tanya harga tambang MRT sebab aku guna kad Touch & Go. Swipe je tak tengok pun skrin berapa harga. kahkah~  Rasanya dalam RM1 lebih gitu je. Harga asal RM3+ (Kajang-Maluri). Murah la tu kan banding ko naik kereta, minyak, tol, parking lagi. heee


Korang dah naik MRT?



Terima kasih sudi membaca! 

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

x dan nk naik lg hihi

Liyana said...

x kompiden lagi nak bawak budak2 ni naik public. mau haru berkejar hahaha

Delimasari said...

hari minggu tu nak naik tp tempat parking kete full - hussein Onn

Hafiz Rahim said...

Aku pun naik MRT sebab nak cari tempat makan je hahaha

mawar_berduri said...

sampai ke hari ni ...tak pernah naik lagi ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015