Showing posts with label MRT. Show all posts
Showing posts with label MRT. Show all posts

Sep 28, 2017

Pengalaman Kena Kerja Malam

Assalamualaikum...



Alkisah bulan Mei lepas. kahkah~  Kemain jauh throwback πŸ˜


Company yang aku kerja sekarang merupakan salah satu consultant dalam pembinaan MRT Line 1. Sebelum dibuka to public, akan ada inspection ke setiap setesen. Company aku handle stesen² underground sahaja. Stesen elevated consultant lain handle. Lepas dah setel inspection semua stesen, akan ada satu hari untuk inspect tunnel pulak. Underground tunnel.


Untuk inspect underground tunnel ni MESTI buat tengah malam. Waktu train tak beroperasi iaitu dari pukul 12am - 4am. Masa ni train memang dah mula beroperasi setiap hari untuk make sure perjalanan smooth sebelum dibuka to public. Jadi kami kena la ikut schedule train. Banyak sangat pihak yang terlibat. Tak boleh main langgar je walaupun kita ada surat dari authority (bomba) bagai.


Jadi, manager aku ajak je semua engineer untuk join inspection ni. Saja amek pengalaman. Bukan senang wei kau nak masuk dalam tunnel keretapi. Tapi manager aku tak paksa kitorang join. Tambah yang dah ada anak kecik. Dia taknak nanti menyusahkan nak tinggal² anak. So dia just ajak je, siapa² free boleh datang. Inspection start dari pukul 12am


Peluang dah ada depan mata, harus lah nak join. Apa guna ada suami kalau tak boleh tolong jaga anak kan? hahaha~  Bukan selalu pun aku kena kerja malam. Ni baru kali kedua aku kena kerja malam. Tapi sebelum ni aku outstation sampai 2-3 hari. Masa inspection Bukit Berapit Tunnel dulu. Alahh takat tinggal 2-3 jam apa lahh sangat. πŸ˜


 Sebelum pukul 12am dah terpacak depan site. Kat Jalan Cochrane sana. Tepi roundabout besar nak ke IKEA tu. Ada satu escape staircase tepi tu. Aku datang dengan opismet aku. Dia duk Kajang, so aku suruh dia park kereta kat rumah aku, kitorang carpool je. Sebenarnya seram jugak nak drive sorang² tetengah malam tu. haha~


Sebelum mula, ada briefing bagai among consultants and bomba. Ada 3 orang pegawai yang datang malam tu. Siap dorang sediakan mee goreng. Aku tak lapar pun malam tu, yelahh tengah malam lapar amende. Mengantuk ada lahh. Tapi sebab menunggu lama sangat, ku makan la jugak mee goreng tu. Mujur sedap😁


Then kena tunggu pihak lain discharge electricity kat railway tu. Yang aku faham train MRT ni guna letrik untuk bergerak. Kat landasan dia tu dorang akan on power yang agak tinggi voltan nya. So sebelum beramai² masuk dalam tunnel, kena la matikan dulu letrik kat landasan dia tu.


 Siapa dah naik MRT mesti familiar tunnel ni kan? aku dah ada pengalaman berjalan tetengah tu. hihi~


 Geng office-mate yang masuk air. Manager dengan bos-bos pun kemain posing dalam tunnel tau. Priceless moment kekdahnya! haha~


 Kejap je inspection. Just nak tengok fan dalam tunnel tu berfungsi dengan baik bila berlaku kebakaran. Tapi kali ni tak pasang api betul² macam kat Bukit Berapit dulu. Sebab dorang takmo nanti dinding tunnel hitam. lol~


Dalam 30 minit dah setel. Bab menunggu tu yang lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaπŸ™„


Habis inspection terus balik. Mengantuk. Mujur esoknya tu hari Sabtu, cuti. Boleh bangun lambat. hihi~


OOTD tetengah tunnel MRT ✌


Boleh baca pengalaman aku bawak anak² naik MRT kat SINI


k tu je nak cerita. tata!



Terima kasih sudi membaca!

Aug 16, 2017

Pengalaman Pertama Naik MRT

Assalamualaikum...


Weekend lepas tercapai lah impian nak naik MRT. haha~  Dah lama plan nak naik MRT. Tapi selalu ada je halangan. Sampai Zafirah duk berzikir hari² kat aku bila boleh naik train, bila mama free, bila nak naik MRT. haihh maka Ahad hari tu aku gagahkan jugak bawak dorang naik MRT. Sementara harga tiket tengah half price ni, rugi la tak mencuba. 


Company aku salah satu consultant yang terlibat dengan projek MRT, sebelum puasa boleh kata hari² turun site untuk bomba inspection. Tapi aku cover stesen je, underground, bukan train. Tak sempat buat entry pasal tu lagi. haha nanti ehhh. Entry throwback as usual πŸ˜


So bila dah siap and open to public, mesti la nak angkut satu family merasa naik MRT. gituu


Park kat stesen Kajang, stesen paling hujung. Dah situ je stesen terdekat dari rumah aku. Boleh tahan ramai orang masa ni.


Tapi masih dapat duduk. Tak lama pun menunggu train. Max 11 minit kalau tengok pada signboard.


Bila train dah jalan baru aku teringat, train MRT mana ada driver, so better duk depan or belakang sekali. View lagi best! Bebudak mesti suka. Maka berjalan lah kami ke gerabak paling depan.


Ramai orang! haha~  tapi memang best lah view depan sekali. Macam tengok simulator. pheww~  Kalau taknak bersesak macam ni better naik waktu pagi. Time ni dah petang, memang lerr ramai orang. Semua nak merasa pengalaman naik MRT #proudMalaysian


Sepanjang perjalanan kitorang berdiri je tengok view. Zafran tu taknak letak, nak berdukung. Papa yang dukung. Orang laki dukung anak memang orang taknak bangun offer seat eh? hahaha  bertabahlahh jadi orang laki. Aku memang takmo duduk. Syok pulak tengok view gitu. hihi~


Kitorang stop kat stesen Maluri. Ingat nak pi IKEA, tapi sekarang IKEA tengah sale confirm ramai gila manusia dalam tu. Aku tak suka pi tempat yang sesak. Kat stesen Maluri ni korang boleh pi AEON Maluri atau Sunway Velocity. Dekat gila jalan kaki dari stesen. Tak perlu melintas² highway sebab memang ada laluan pejalan kaki khas bawah tanah (untuk AEON) and link bridge (untuk Sunway Velocity). Next time lah pi Sunway Velocity naik MRT. Banyak masa lagi boleh pi sana.


30 minit duk dalam train dari Kajang ke Maluri pun tak puas lagi ke nak? tu sibuk nak naik train lagi πŸ˜‘  Kita pi makan dulu lahh. Lapar sangat time ni. Belum lunch lagi sebab si Zafran mentido tengah hari, tunggu dia bangun tidur baru kitorang keluar.


Dalam AEON kitorang lunch kat Nando's. Sedap dan mengenyangkan. haha~  Lepas tu singgah mekdi beli eskrim strawberry yang baru tu.


Sejenis yang tak suka share makanan dengan orang πŸ˜‘  Mujur beli sorang satu, takyah berebut.


Lepas makan, patah balik pi stesen untuk balik. yaa naik MRT untuk pi makan je. Lepas tu balik lerr. Takde plan nak shopping apa² pun. Jimat sikit duit. huhu~  Sampai Kajang, Zafirah mintak nak naik bas pulakkkk. adoii~  dia tengok bas Rapid "Jom naik MRT" tuu. alaa lain kali la pulak naik bas! Dah la mama tak tau kat mana bas stop area rumah kita tu. hishh


Ouh jangan tanya harga tambang MRT sebab aku guna kad Touch & Go. Swipe je tak tengok pun skrin berapa harga. kahkah~  Rasanya dalam RM1 lebih gitu je. Harga asal RM3+ (Kajang-Maluri). Murah la tu kan banding ko naik kereta, minyak, tol, parking lagi. heee


Korang dah naik MRT?



Terima kasih sudi membaca! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015