Sep 19, 2017

Lunch at Eat & Repeat, Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum...


Kisah throwback beberapa minggu lepas. lol~  Siapa duk Bangi pernah la kot dengar nama kedai ni. Tapi aku pun baru tau. haha~  Ada kawan share dalam group wassap. Lepas dah tau tu saja la nak try. Eh mesti try! Aku kan suka makan 😝


Lokasi kat Seksyen 15. Masuk simpang sebelum Petronas tu. Nanti nampak belah kanan korang kedai ni. Seksyen 15 ni agak jauh jugak dari rumah aku. Jarang sangat nak datang sini kecuali memang ada hal macam pi Bangi Gateway tu ke or makan².


Actually, deret kedai Eat & Repeat ni pun ada satu kedai makan murah jugak. Putra Permai Chicken Chop tak silap nama kedai dia. Ada dua menu je kat kedai tu, nasi ayam RM2.90 and chicken chop RM5. Sedap jugak nasi ayam and chicken chop kat situ. Portion pun puas hati sangat!


 Eat & Repeat ni follow konsep macam Boat Noodle. Setiap makanan dihidangkan dalam mangkuk dan 1 mangkuk berharga RM1.90


Bezanya kat Eat & Repeat, menu² yang disajikan semua berkonsepkan Malaysian food. Ada jugak menu western and mamak. Macam macaroni goreng and ayam tandoori. Tapi semua makanan dihidang dalam mangkuk.


Deko dalam kedai sangat simple, tapi cozy.


 Ni hah menu. Gambar first tu untuk mudahkan korang kira based on berapa mangkuk yang korang order. Takyah pening² nak bukak kalkulator untuk darab. Tengok je list dorang dah sediakan tu dan wang yang mencukupi 😁



 Cawan air pun unik. Tapi saiz kocik (bagi aku). Air panas tu standard lah cawan tu. Yang air sejuk tu.


 Food yang kitorang order. Makan untuk 2 orang. Ada lagi satu ayam tandoori. Lupa nak snap.


Bagi aku portion food kat sini agak banyak. Aku duk imagine portion sama macam Boat Noodle tu. Sekali sampai, eh larat ke nak habiskan ni?! Penuh la mangkuk dorang isi dengan makanan. Baloi RM1.90 tu sebenarnya (bagi aku).


Mampu makan 2 mangkuk je! bahaha~  Masuk mangkuk ketiga dah tak larat. Kalau kat Boat Noodle, 6 mangkuk aku boleh habiskan. Nampak tak beza portion dia macam mana??


Kalau bab rasa makanan pulak, erm bagi aku kureng sikit la. Food dia tak cukup ummph. Ada yang tawar, nasi lembik. Tapi ada kawan aku komen kat FB, katanya kepak ayam kat sini sedap gila. Aku perasan ada satu family ni order chicken wing banyak sangat. Ada dalam 10 ketul kot. Memang sedap betul tu. Lain kali boleh try chicken wing pulak. Chicken wing goreng kunyit je macam kat IKEA tu.


Aku oke je nak repeat lagi datang makan kat sini. Saja nak try menu lain pulak. Mana tau hari tu aku salah pilih menu. Tak kena dengan tekak pulak. aishh~


Tunggu rajin nak pi sana. Next time try bawak anak² sekali.


k tu je nak cerita. tata!




Terima kasih sudi membaca!

6 comments:

Petak Bunga said...

murah betul makanan dia..
nasi lemak telur pun sekrng dah rm2 lebih..

Chekgu Azrine said...

ok.blh cuba kalau dtg bangi ni..sllu dtg ukm tu mesti xjauh sgt ni

Hamelia Hamid said...

aritu teringin nak try lepas tengok ade orang post dekat FB, tup2 ter-try kat aroithai cyberjaya dlu...nanti nak g try sini jgk la skali..blh la banding mane lagi sedap..hehe

Sue Izza said...

okeh masuk list,nak pi try hehehehe dasar #ciksuesukamakan

Raihanah Ahmad said...

nampak sedap semua, mesti cuba ni

Yanty Lee said...

Ok ini kena pergi try ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015