Jul 25, 2017

Raya #Day 4, Terima Kunjungan Tetamu

Assalamualaikum...


Ada orang dah start kerja masa ni, tapi kami masih bercuti. kihkih~  Ada tetamu nak datang beraya kat rumah. Kawan adik aku and partner ayah dari Singapore.


Pagi tu semua bangun lambat! Penat sangat travel dari Perak. Dah la rumah tak kemas hape lagi, mak aku nak kena prepare menu untuk dihidang lagi. Eh mujur lah 2 orang je nak datang. hahaha~  Last² mak cakap masak je apa yang ada kat rumah. Kebetulan ada macaroni, daging yang beli sebelum raya hari tu, sayur sikit. hah cukup lah bahan² tu buat macaroni goreng.


Aku dengan dak encem kemas rumah. Sediakan apa² yang patut termasuk lah hidang kuih² raya.


 Masa ni lah kau keluarkan segala maknek balang kuih raya, pinggan² antik arwah uwo, sudu garfu yang berlambak tersimpan dalam gobok. Bila lagi nak guna ye dak? ni lah masanya! 😁  haa kami tak guna pinggan pakai buang sebab tak ramai pun tetamunya. Kalau lebih 10 orang yang datang baru guna pinggan, cawan pakai buang. gituuu


Ngam² lepas Zuhur sampai lah tetamu² kami. Kawan adik aku yang first sampai. Kawan ayah pulak meeting dari pagi dengan ayah. Habis meeting baru ayah bawak kawan dia datang rumah.


 Muka terpaksa ditutup sebab tak dapat permission untuk tayang kat public. Harap maklum ✌  oh by the way, kerusi L-Shape tu nak dijual. Dalam rm200 kot. Condition oke. eh nak datang tengok boleh wassap 👉 http://api.whatsapp.com/send?phone=60133618800 ...area Bangi tau


 Terima kasih sudi datang. Licin macaroni mak aku masak. Bertambah² dorang makan. Lapar ler tew 😝


Bila dorang dah balik, kitorang keluar pi IOI City Mall pulak. Saja jalan² buang masa. Sebab lepas Maghrib nanti ada tetamu dari Sabah pulak nak datang. Kawan ayah jugak. Tapi aku kenal je kawan ayah tu. Pernah jumpa masa aku kerja kat Sabah dulu. And keep in touch sampai sekarang.


Mother & son outfit of the day (OOTD)


Boleh tahan ramai orang kat IOI City musim raya. Motif utama datang sini sebab nak lunch kat sini. Sesambil jalan². Tapi kedai makan pun FULL house wehh wallaweyyy! Ramai team raya KL kot tahun ni.🤔


Nak masuk ciken rice shop kena beraturrrr. pfft!


Lepas makan masuk Tesco. Mak kirim sayur dengan telur kot. Tak ingat dah. Pastu beli lah jugak benda² lain yang rasa nak dibeli.


Pastu jumpa kawan lama. Kawan dari darjah 1 + jiran masa aku duk Serdang dulu. ya ampun lama gila tak jumpa kau Fana! Kali terakhir aku jumpa Fana masa form 5 (year 2003). Tapi kitorang tetap keep in touch thru FB and IG tau. Aku tau dia datang IOI pun sebab tengok IG dia post gambar tengok wayang. Terus aku komen nak jumpa. Pastu deal kat IG je, mampu?


Terima kasih la Mark and siapa tah creator IG, sebab wujudkan medium online yang best untuk connect dengan sahabat² lama. Ramai sangat kawan² lama yang tak pernah jumpa since habis sekolah tapi masih keep in touch melalui FB dan IG. Rindu korang!😘


Balik rumah prepare apa² yang patut untuk tetamu dari Sabah, uncle Zul and family. Mak aku masak spaghetti goreng pulak. Satu kuali besar mak masak. Sebab aku cakap anak² Uncle Zul semua lelaki, remaja, kompem makan banyak. hahahaha~  ayah aku siap beli lemang kat Teras Jernang sebab anak kedua uncle Zul peminat lemang.


Betul² lepas Maghrib uncle Zul datang. Actually uncle Zul and wife dia memang orang Sabah. Tahun ni dorang saja beraya di Semenanjung. Sewa homestay kat Mid Valley. Dorang stay KL seminggu. So boleh kata hari² ada je jemputan open house dari kawan² Semenanjung. Termasuk lah aku. haha~  Siang tu dorang dah beraya ke Ampang - Klang. Malam datang Bangi pulak. Raya sakan ye uncle 😝


Licin jugak weiii spaghetti mak!! wohoaa! eh takde la licin sangat. Ada balance sikit. Mak aku tapaukan balance spaghetti and lemang bagi dorang bawak balik homestay. Sebab tengok anak² uncle Zul macam nak makan lagi tapi malu. hahahaha~  maka tapaukan je lah. Makan lah korang kat homestay nanti.


Entah apa² je kerja dua beradik ni.


Banyak cerita uncle Zul. Cerita kes buli zaman dia sekolah (baru tau dari zaman ayah kita lagi dah ada kes buli. hmm), sampai lah cerita hantu Kundasang. Dia ada mention satu chalet kat Kundasang ni berhantu. Sebab dia pernah kena kacau masa stay sana dulu, masa anak² dia kecik. Aku tak ingat nama chalet tu. Sorry! 😝


Actually uncle Zul ni dulu satu Uni dengan ayah aku kat Liverpool. Dorang satu geng dulu. Sekarang aku pulak dah jadi geng dengan wife uncle Zul. Dia rajin wassap aku. huhu


Seronok ye ada orang melayan 😏


Group photo! dah macam wajib pulak bergambar dengan tetamu. Setahun sekali je jumpa kannn. hehe~  Actually anak² uncle Zul ada 4 orang. Semua hero. Tapi yang sulung tak ikut sebab kena kerja kat Desa Dairy Farm, Kundasang. Baru je start kerja so takde cuti untuk raya. Sian kena tinggal beraya sorang² kat Sabah.


Lama jugak dorang lepak rumah aku. Dalam pukul 10pm gitu kot baru dorang balik.


Setel kemas² rumah, basuh pinggan segala, zass aktiviti paling aku suka 👇


Kira duit raya anak! bahahaha~  ni dari hari raya pertama sampai lah raya ke-4. Aku ni sejenis bangsa pelupa. Jadi setiap kali dapat duit raya, waktu malam memang aku spend masa untuk kira dan save amount untuk hari tu dalam fon. Kalau nak tunggu lepas raya baru kira, hurm takut nangis tepi bucu katil je kang.


Semua duit raya anak² aku transfer je masuk TH thru CIMBclick. Senang!


oke tu je kisah raya ke-4. Bertabah lah korang aku ni beraya memang genap SEBULAN. Maka akan banyak lah entry raya. Jangan jemu kayyy ✌


tata!





Terima kasih sudi membaca!

3 comments:

Anonymous said...

sakan ye raya..dh abis dh syawalnya hihi

cahayahidupku.blogspot.my said...

Raya sakan tu Yana..
Hari ni pun dah 1 zulkaedah..

Tapi ok lah utk kenangan abadikan di blog..

Mummy Audya said...

part kire duit raye tu cam best hehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015