Jul 28, 2017

Raya #Day 7, Wedding Mohsin

Assalamualaikum...


Sambung cerita raya lagi. ๐Ÿ˜


Raya ke-7 ni dah hari Sabtu. Cousin aku buat wedding dia hari tu. Lokasi kat One City Mall. Ada dewan dalam tu. Actually ada banyak gila dewan dalam One City. Dia bukan dalam mall, tapi building sebelah mall tu. Boleh kata setiap tingkat ada dewan. Pandai developer buat duit ๐Ÿ˜


Cousin aku punya wedding kat Bizmilla Wedding Hall, level 3 tak silap. Kenduri ni buat serentak untuk dua belah pihak. Nikah pukul 9am, reception pukul 12pm gitu. Kitorang tak sempat tengok dia nikah sebab bangun lambat. huhu sori Mohsin! Tapi kitorang datang dewan awal laa. Dalam pukul 10am gitu dah sampai dewan. Pengantin tengah bergambar and salam² tetamu and sesi berkenalan sesama sedara kedua belah pihak gitu.


Kitorang the families ni sampai je dewan terus cari makanan. Lapar weii. Eh time akad nikah memang families je yang datang. So lepas makan, sesi bergambar, ootd segala bagai. Sementara menunggu tengah hari, takkan nak duduk melanguk je?


ootd pertama. Ulang tayang baju raya pertama je. Main reason beli baju raya kaler maroon sebab kenduri ni lahh. Mak pengantin dah pesan awal family kena pakai kaler maroon. Ada je baju maroon lain tapi design old school sangat. Bagi can sis nak melawaaaaa ๐Ÿ˜


Dia pun sibuk nak ootd jugak. Anak dara sangat heh! Rambut tu tak sempat nak sikat dah sibuk nak ootd. Layan je lah.


Mother & daughter ootd. Baju aku tu beli kat Gene Martino. Korang google je lah mana cawangan Gene Martino berhampiran korang. Banyak jual baju sedondon anak beranak kat situ. Cantik² semua. Yang penting harga mampu milik. Baju Zafirah pulak beli kat butik Penmerah. Baju Wawa Zainal.


ootd lagi. Kali ni pinjam handbag sepupu pulak. Awal² tadi beg makcik. LOL~


Sepupu sepapat dan anak² menakan ๐Ÿ˜˜


Pastu pi photobooth pulak. Lepas bergambar, lekat gambar yang diprint kat buku ucapan. Wakilkan aje sorang kazen tulis ucapan, yang lain tepek gambar je. lol~  Zaman aku kawen dulu takde servis² photo-booth gini. Mungkin kena kawen lagi sekali. ehhhh! ๐Ÿ™Š


Bebudak bantai main props photobooth


๐Ÿ˜‘


Lepastu bergambar lagi. Eh kitorang memang habiskan masa dengan amek gambar je. Dah tak tau nak buat apa dalam dewan tu kan. Lain la kenduri kat rumah, mungkin la ada kerja nak ditolong². Kat dewan ni semua benda dah ready awal². Kitorang datang makan and memeriahkan majlis je. huhu~


oke last ootd ๐Ÿ˜


Dalam pukul 12pm+ gitu baru lah pengantin datang untuk sesi reception pulak.


Subhanallah, sama cantik, sama padan ๐Ÿ˜


Cantikkkkk sangat pelamin!


Family dari jauh nunnn dari Pekanbaru, Indonesia. Sedara belah mak semua ni.


Lepas makan lunch, aku gerak balik. Tapi mak, ayah, makcik² lain ramai je yang stay sana lagi. Ada yang stay sampai habis majlis kot. Dah aku tak tahu nak buat apa, dengan Zafran pun dah mula merengek nak tidur, balik je lah. Takde pi beraya tempat lain pun sebab orang lain semua kat kampung lagi hoii lamanya korang duk kampung! hahaha


k tu je cerita raya ke-7. tata!




Terima kasih sudi membaca! 

2 comments:

Bahrain Ramlan said...

wow,, perasan juga sebelah tu ada bangunan.. ingat ada hotel je.. sekali ada dewan juga.. mesti gempak tu..

idzwa kamaruddin said...

cantik ehhh baju!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015