Jul 26, 2017

Raya #Day5 & #Day6, Santai² je

Assalamualaikum...


ye saya tau raya dah habis. Masih reti lagi tengok kalender ni haa. Musim raya saya sibuk tau. Sibuk beraya ✌


So, alkisahnya raya hari ke-5 dan ke-6 tak banyak cerita. Kasi lump sum 1 entry. Raya ke-5 duk rumah je. Takde plan nak pi memana. Nak beraya rumah kengkawan ramai duk kampung lagi. Semua orang kampung jauh². Mostly kampung mertua dorang lah yang jauh sebab kawan² aku ramai asal Selangor jugak. Aku je stuck dalam Bangi. Dah siapa suruh kahwin dengan orang Bangi jugak kan. Mereput lah kau dalam Bangi sampai tua.


 Since takde pi mana, ku settle kan laundry. Keringkan kat dobi sebab malas nak menjemur. Basuh banyak², pastu keringkan guna mesin paling besar dalam 14kg kot. Lepas kering terus boleh lipas masuk almari. Setel.


 budak ni rajin follow orang solat. Tapi dia suka duk depan orang pastu tertonggeng². Buat orang nak gelak je tau! haha


Lepas Maghrib ajak papa pi Berkat Madinah kat Sg Chua sana. Aku teringin nak makan Knafeh. Kalau korang tak tahu Knafeh tu apa boleh gugel. Sejenis manisan dari Arab tu. Tah kenapa aku teringin sangat nak makan. Padahal tak pernah makan pun selama ni. Terpengaruh tengok orang share kat FB. Time peknen pun tak pernah ngidam gini. haihh


 Sekali dah sampai orang tu cakap dah habisssss!!! huwaa kecewa nyaaa. Putus cinta pun tak kecewa macam ni lahh. T_T


Keesokan hari, raya hari ke-6, ayah ajak pi rumah sepupu dia kat Saujana Impian, Kajang. Lepas Zuhur kitorang keluar rumah. Tapi ayah punya lepas Zuhur tu dalam pukul 3pm gitu πŸ™„


Sampai rumah cik Ida, tengok ada adik beradik ayah yang lain jugak datang. Rezeki dapat jumpa sebab raya pertama hari tu tak jumpa dorang.


Kalau pi rumah chef wan ni dah kena kecam tau. πŸ˜  eh anak aku tak kacau orang pun. Dia buat hal dia je kat sofa tu. huhu~


 my beutipul makciks. Aku nampak gems pulak pakai baju tu πŸ€”


Lepas pi rumah cik Ida kitorang balik. Malam tu pulak beraya rumah blogger kak LM. First time pi rumah kak LM. Tapi kak LM pernah je datang rumah aku. haha~


 kak LM tengah pantang lagi, so asben dia masakkan mee goreng. Padahal dah pesan awal takyah hidang apa². Hidang air masak pun oke sebab kitorang dah kenyang makan kat rumah. Tapi sedap jugak asben kak LM masak. Tu Zafran tu asalnya dia tidur. Lepas tu dia terjaga sebab bising agaknya dengar orang berborak. Dia bangun je aku suap mee. Banyak dia makan, bertambah². Dalam kenyang tu licin jugak kitorang makan. lol πŸ˜


pipi tuuuu dah tembun!! πŸ˜±


Thank you for having us kak! Kemain panjang borak tak sedar jam dah pukul 11pm. Tu pun si Azfar dah hint² ajak balik. kahkah~  orang perempuan kalau dah start borak memang susah nak cari noktah! Jangan serik ye kak. πŸ˜‚


k tu je nak cerita. tata!





Terima kasih sudi membaca!

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

macam2 ragam anak ya
hehe
anyway meriahnya raya

Norliza Nordin said...

selalu gak pergi beli kat berkat madinah ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015