Jul 13, 2017

Link Akaun Tabung Haji Anak² dengan Maybank2u

Assalamualaikum...


Sebelum ni aku ada cerita Cara Transfer Duit Dari CIMB click ke Tabung Haji < klik untuk baca lebih lanjut.


Kali ni aku nak kongsi cara untuk link kan akaun tabung haji ANAK² dengan Maybank so that korang boleh update balance dalam akaun anak² korang thru Maybank2u je. Tak payah bersesak² pi kaunter TH semata nak update buku heh~


Mungkin ramai dah tau cara ni, tapi aku yakin ramai juga yang belum tahu. Macam aku, baru tau Isnin hari tu yang kita boleh link kan akaun TH anak² dengan Maybank. Aku dah start link kan akaun TH aku tahun 2014. Lama dah. Tapi masa tu boleh link 1 akaun TH je ke Maybank. Ramai kawan² aku cakap dari tahun 2015 dah boleh link akaun TH anak² pulak dengan Maybank. duhh! mana nak tau tak pernah nampak orang share ๐Ÿ™„


Oke so lepas dah tau tu, laju² opismet ajak pi atm Maybank untuk register. Yaa untuk register memang kena melalui mana² ATM Maybank ye. Tak semestinya kena pi bangunan Maybank. Maksudnya korang nak pi Petronas pun boleh janji ATM tu Maybank punya. haa paham ke paham?


Lepas masukkan kad atm Maybank tu akan keluar paparan macam ni. Klik bahagian Tabung Haji (TH). 


 Then keluar paparan ni. Klik bahagian 'Daftar Akaun kanak² ke ATM kad'. Sekali lagi diingatkan ye, if korang jenis pantang nampak duit asyik nak belanja je better jangan link kan macam ni. Sebab memang senang je nak withdraw duit TH thru atm maybank. Senang sangat! klik kat Pengeluaran tunai tu je. Then withdraw macam biasa. pfft!


So niat asal tu penting! motif aku link kan macam ni sebab nak mudahkan untuk check balance dalam akaun TH anak². Bukan untuk keluarkan duit! gituuu ๐Ÿ˜œ


 Maksudnya korang (parent) atau pemegang akaun PRIMARY kena link kan dulu akaun korang dengan Maybank, baru boleh link akaun anak² pulak. Paham ke paham?


Setel. Kejap je kan? pheww~


Next, bukak Maybank2u pulak nak tengok dah link ke belum.


 Lepas log-in MB2U, akan keluar paparan ni. Scroll ke bawah sampai korang jumpa ๐Ÿ‘‡


 Then klik yang dalam bulatan merah tu..


 Akan keluar paparan macam ni. Klik bahagian kanan tu ada macam 3 titik tu, pilih 'View other Accounts'. Actually, lepas dah link kan akaun TH ke Maybank memang korang boleh keluar masuk duit kat TH by online je. Takyah pi kaunter TH pun. Mudah gila! Tapi hati² lah ye jangan asyik keluar duit je tak masuk². Korang yang rugi tau ๐Ÿ˜


Kalau ada number account anak² tu maknanya dah berjaya link lah tu. yay!


Boleh check balance setiap akaun dengan klik kat nombor akaun anak² kita tu je. Lepas transfer dari Maybank2u or CIMBclick, korang boleh terus check balance TH anak² korang. Yang penting semua dihujung jari. Mudah sangat kannnn! ๐Ÿ‘๐Ÿ‘


Sekarang TH sendiri dah ada online bankin. Boleh check transaction kat situ. Tapi kena pi kaunter TH untuk activate kan. Ke macam mana tah. Tak rajin lah nak pi kaunter TH. Walaupun dekat dengan rumah. Serius tak rajin. Setahun sekali je kot pi TH. Tapi lepas ni semua dah boleh buat online, memang tak jejak dah kot kaunter TH tu. ngee~


Jangan lupa masukkan semua duit raya anak² dalam TH ye korang! yang mana pilih untuk beli emas tu terpulang lah. Cara masing². Yang penting motif kita sama, demi masa depan anak². Tak gitu? ✌


kbai~





ENTRY UPDATED ON 6 MARCH 2020




Terima kasih sudi membaca!

23 comments:

Mummy Audya said...

good sharing

Hunnys Seraphine. said...

sy dh try wat..tp x bjaya..dia mntak hubungi TH..npe agakY?no akaun smua btul dh

yanamib said...

pemegang primary akaun anak awak tu nama siapa? awak atau husband? kalau nama husband mmg awk tak boleh link dgn acc anak²...check blk nama primary tu siapa :)

Unknown said...

Aku pun sama gak x bleh nk daftar...disuruhnya kol TH...primary atas nama aku...

Unknown said...

Maybank je ke?cimb ada x

yanamib said...

Ye maybank je ada link mcm ni

Unknown said...

dh berjaya link... tp bila nk bt pengeluaran dia tulis baki tidak mencukupi padahal duit ada rm1k++...

Greenlava said...

Terimakasih sharing cara link tabung haji anak dengan Maybank.

Unknown said...

Syukur berjaya daftar..tq sharing..sgt bermanfaat

Unknown said...

Ibu boleh kluarkan duit anak tak? Ibu primary

Unknown said...

X bleh ke keluarkan duit anak anak kt mesin je?

Unknown said...

X bleh ke keluarkan duit anak anak kt mesin je?

JimmyShariff said...

No siri buku acc TH.. Bru2 ni buat acc untuk anak2 dia bg slip je.. Cmne nk dptkan no siri buku acc TH tu ye?

yanamib said...

klu dh link acc mmg boleh keluarkn thru mesin atm je termasuk lah acc TH anak..so hati² manage kewangan jgn asyik 'bocor' je :)

Unknown said...

Sy x faham maksud kena Link account primary dulu.. Sebab sy buat tadi terus dia suruh masukan No account th.. Dah buat byk kali x bjaya

yanamib said...

Maksudnya akaun IBU/BAPA kena link dulu dgn maybank..baru boleh link akaun ank² pulak..

Unknown said...

Kalau dah register anak utk ke Haji. Min keluar duit x boleh kurang rm1300

Unknown said...

Lepas dah linkkan boleh terus keluar kr

Unknown said...

Bila dah selesai proses tu..brp tempoh no.akaun yg kita daftar tu akn muncul.di maybank2u kita?

Unknown said...

Bila dah selesai proses tu..brp tempoh no.akaun yg kita daftar tu akn muncul.di maybank2u kita?

Zailen said...

Ye skrg dh tak pkai buku

yanamib said...

tak pasti la tempoh berapa lama tuan/puan unknown...rasanya lps register kt atm, bila bukak mb2u terus ada dah acc TH tu..tak lama pun

suraya warisi said...

Kalau anak kita dah umur 19 bolehke masih link ke acc kita?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015