Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Jan 9, 2021

Legoland Malaysia Bertukar Menjadi Candyland!!



Assalamualaikum... 


Legoland buat hal lagi gaisss! Kali ni sempena bulan Krismas yang bertemakan Candyland!!
Macam aku pernah cakap sebelum ni, tak pernah jemu datang Legoland sebab stiap kali datang ada je tarikan/aktiviti terbaru yang dorang buat untuk guests.


Sampai je hotel terus collect tiket. Tak boleh check in lagi sebab baru pukul 10am. hahaha! Gigih ye datang awal pagi sebab taknak bazir masa. Nak enjoy puas² dalam Legoland. yay!


Kids dah ready with their swim suit. Maknanya apa???


yaaa kita serbu waterpark dulu! Gelapkan kulit. bahaha~



Berani adik baby naik gelongsor. Ini kawasan Joaker Soaker. Mula² je dia takut² nak naik. Aku paksa jugak. Sekali dah dapat rentak duk ulang² naik tu je. 🙄


For the first time, aku merasa naik slide tinggi²!! yahuuu! Best bila ada anak dah besar, boleh naik slide extreme sama². Adik², apak dorang lah jaga.


Ni pun best! Build A Raft River. Duduk je atas pelampung tu relek² nanti arus air tu yang bawak korang keliling pool. Kadang rasa nak terlelap duk atas pelampung tu. hahaha~


Pukul 2.30pm, ada Surfer's Retro Show betul² depan Waze Pool. Dapat la rehat jap few minutes sebelum berendam lagi dalam pool.


Tengok, terbakar dah muka anak² aku! haha~  Eh maskot Lego tu pun jejoget sama ye. Habis jejoget berebut bebudak nak bergambar dengan maskot Lego.


Habis show, dalam pukul 3pm, aku ajak bebudak check in hotel. Weii dari pukul 10.30am tau kitorang berendam dalam waterpark tu. Anak² aku tu selagi tak suruh balik, memang dorang nak stay lagi dalam tu sampai tempat tu tutup. grrr~


This time, kami dapat bilik tema Adventure!


Lego and kids is unseparatable (wujud ke word ni? lulz). Masuk je bilik terus punggah Lego. Ada orang tanya, kenapa macam banyakkkk je Lego dalam bilik aku?


Sebab aku request extra Lego kat kaunter masa check in. wkwkwk~ Yaa ramai tak tahu. So aku bagitau lagi sekali, korang boleh request extra Lego masa check in ye. Tapi, kena return balik ke kaunter masa check out. Tidak kalu, cc korang kena charge nanti. huhu~


Nak main Lego kat lobi pun boleh. Upon request ye.


Next, kitorang masuk Theme Park. During Weekend, theme park tutup pukul 7pm. Weekdays, tutup pukul 5pm. Lepas aku check in hotel, tukar baju semua, baru pukul 5pm gitu. Eh banyakkk masa lagi!! Mana boleh tak masuk theme park. Dapat masuk kejap even 30 minit pun aku tak kisahhh. Sebab theme park tu luas ye. At least dapat cover ride sikit pun oke. Esok main lagi. Gituu plan aku.


Masuk je entrance terus bergambar dengan kereta salji- versi musim panas Khatulistiwa..lulz~😝


Sebelum masuk sini, all parents kena kuatkan mental ye. Coz candy's everywhereee!!!


2x anak² aku paw apak dorang candy floss. Seketul RM5!


Then ada aktiviti juga area entrance ni. Korang cari booth untuk buat LEGO cupcakes ni. Ajak anak² untuk sama² cipta Lego cupcakes - menggunakan LEGO bricks!!


Hasil nya nanti akan dipamerkan kat sini. Semua orang boleh tengok Lego cupcake korang. Best ke best sangat??


Macam biasa, akan ada show kat pentas - area main entrance juga. Baru duk entrance dah macam² aktiviti pihak Legoland sediakan. haha! Untuk timetable show, korang boleh request pada staff yang jaga kat pintu masuk, atau ambil je pamphlet yang disediakan area entrance tu. Jangan lepaskan peluang untuk tengok semua show yang ada tau! Rugi kalau terlepas sebab show semua besttttt!!


Bab SOP aku pernah cerita kat entry sebelum ni (KLIK). Legoland memang amalkan SOP yang agak ketat ye. Jadi tak perlu risau untuk having fun dengan anak² and untuk tengok show!


Next, ajak anak² untuk join Gingerbread Hunt! Permainan dia ialah, korang kena cari 10 huruf tersembunyi dalam kawasan Miniland! Lepastu gabungkan 10 huruf tadi jadikan 1 perkataan. Upload gambar di Instagram dan tunjuk pada kaunter (entrance) and korang akan dapat hadiah misteri! yayy! Dengar macam banyak je 10 huruf tu kan? Aku amek masa tak sampai 30 minit pun cari semua huruf² tu *tiupkuku*


During weekdays, kawasan theme park mula beroperasi dari pukul 10am - 5pm. So lepas theme park dah tutup, aku ajak anak² aku masuk Sealife pulak. Nak tengok FISH!!


ye tau korang tak sabar. Bagi mama snap gambar dulu k 😁


Leka betul bebudak tengok fish. Mungkin aku kekecik dulu pun minat tengok haiwan sampai leka macam tu sekali. haha~


Pastu anak² aku pulak bertukar jadi fish!! Korang buat apa dalam akuarium tu hah!!!


"MAMA!! SHARK!!"  - dorang ngata aku ke, dorang memang nampak shark? hurmm


Cukup la sejam spend masa dalam Sealife. Sebab Sealife memang tutup pukul 6pm. haha~


Waktu malam pula, anak² aku berpeluang join event story telling show di lobi hotel. Memang tak sempat rehat tau duk sini. Ada je aktiviti menarik nak dibuat. Tak join kang rasa rugi pulak. haha


Full house uolss! Happening sangat show nya siap ada jejoget. Dalam theme park pun jejoget tengok show. Aku rasa sepanjang hari tu anak² banyak jejoget je. Tapi dorang tak penat pun!! 🙄


The actors and actress. Well done gaiss! Great performance!


Habis show dalam pukul 9pm, baru pergi dinner kat Bricks Restaurant. Dinner start from 6pm - 10pm. Kalau pukul 9pm baru dinner, memang kitorang duk je lah kat restoren tu sampai tutup! hahaha~

Makin lawa ye alas meja dia. Colorful. Now dah ada buffet, but staff yang tolong cedokkan the food. So kita just request je nak makan apa.


Banyak jugak lah memasing makan walaupun dah tengah malam. Lapar ye lepas jejoget? hahaha~


Ok tu je kisah kitorang ke Legoland baru² ni. 


Sekarang tengah banyak promo tau. Kita pun kena tolong support local tourism kan? Jom reward anak² pergi Legoland! 

Check out their website https://www.legoland.com.my/ 





Terima kasih sudi membaca! 

Aug 3, 2020

Gelapkan Kulit di Legoland Waterpark Malaysia!

Entry berkaitan:
SOP Baru di Hotel Legoland
Melihat Hidupan Laut di Sealife Legoland
Legoland Hotel (Premium Adventure)
Legoland Hotel (Premium Pirate)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 1)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 2)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 3) | Star Wars Miniland
Legoland Malaysia Water Park
Harga Tiket Legoland
Lego Ninjago di Legoland
Built a Boat di Water Park Legoland!
The Lego Movie 4D, New Adventure!
Program Pendidikan English Mania di Legoland Malaysia



Assalamualaikum...


Hari ke-2 kami di Johor. Kali ni nak check in hotel lain. Tapi check in time pukul 4pm. So kitorang decide nak masuk waterpark dulu. Bagi bebudak main air puas², then boleh rehat kat hotel.

Aku dah 6 kali sampai Legoland. Kali terakhir datang bulan Mac 2018. Masa tu tengah sarat mengandungkan adik baby. Takde entry pun sebab malas nak menulis. Dah kata tengah sarat. Apa je yang orang 'muatan penuh' boleh buat kat Legoland? lol~


Tapi baru 2 kali aku masuk waterpark. Nak masuk dalam ni tak boleh rushing. Tambah bila bawa anak². Dorang mana puas main air kejap². Nak explore semua tempat pun dah makan masa. Tu yang 2x je aku dapat masuk waterpark. Waktu lain tak cukup masa nak singgah.

Kalau korang nak datang Legoland aku suggest korang stay 3 hari 2 malam. Ada banyak hotel area Legoland ni, pilih je ikut bajet korang. Baru puas explore semua ride dan badan pun tak letih sangat. Aku pernah stay 2 hari 1 malam, dia punya letih memang tak boleh bawak bincang! Kalau kena hari kerja, memang mintak MC lah jawabnya. 🤒


Since sekarang ni musim Covid-19, ada banyak SOP baru (New Norm) yang pihak Legoland amalkan bagi mengurangkan risiko jangkitan sekaligus mengikut arahan kerajaan (KKM). 

Mula² aku risau jugak nak bawak anak² datang sini. Aku ada anak yang antibodi tak kuat, senang sakit (pneumonia). Neb, inhaler tu dah jadi makanan harian dia. Tapi Alhamdulillah, sejak masuk tahun 2020 tak pernah bagi inhaler. Sejak PKP tak pernah sakit. Bagi air sejuk, ais krim, mandi pool semua ok. Mungkin peparu dia dah 'matang', antibodi dah mula kuat untuk lawan virus, wallahualam. Kitorang tetap berjaga² tiap kali nak bawa dia keluar rumah. Social distancing tu bukan new norm bagi family aku. Memang dah lama amalkan. hihi~

Then, bila aku tengok SOP yang Legoland amalkan, buat kan aku yakin untuk bawa anak² aku main air kat sini. Kitorang decide untuk datang pada hari bekerja. Boleh agak lah weekend mesti ramai orang. So nak selamat, nak selesa, ambil je cuti. Lagipun cuti tahunan banyak lagi. Kan lama PKP hari tu? 😁

Dalam entry ni aku akan cerita SOP kat sini untuk rujukan korang. So jangan skip lah entry ni ye kalau nak tau apa SOP SOP yang pihak Legoland amalkan musim Covid-19 ni.


SOP pertama, kena scan QR code dulu sebelum masuk. Ni semua orang tau kan? Pergi mana² pun kena scan QR code atau tulis nama dan details kita kat pintu masuk.


Boleh tengok map waterpark kat entrance. So korang takkan terlepas untuk explore semua tempat. Kawasan waterpark ni luas ye. Dari luar nampak macam tak banyak attractions je. Sebab tu kena refer map if korang first time sampai sini.


Sebelum masuk, staff akan check beg kita dulu. Kut kita ada bawa barang larangan ke. Outside food contohnyaaa. Ni bukan SOP baru ye. Memang dari dulu pun dorang akan check beg sebelum bagi kita masuk dalam. For security purposes pun ye jugak. Mana lah tau korang terbawak senjata berbahaya ke masuk dalam.

Towel kena bawa sendiri atau boleh sewa je kat dalam. Aku tak bawa towel pun. Tengah panas terik masa ni. Lepas mandi berjemur la kejap kat tengah panas nanti kering la baju tu. bahahaha~ 😝


Kitorang lepak kat Beach Grill cafe. Depan Wave Pool. Senang nak beli food and drinks. Bila dah main air tu confirm lapar. Harga food kat sini urm standard harga theme park lah ye. So masuk sini jangan lupa bawa duit secukupnya. Boleh kut nak guna kad. Tak pasti pulak. Alahh bawak je lah cash! 😁 


Kalau nak privacy sikit, boleh sewa khemah tu. RM100+ gitu. Ada banyak harga (semua RM100+), lupa nak snap hari tu. haha~  Dalam tu siap ada kipas, ada fridge, kerusi boleh baring bagai. Padan la dengan harga sewa tu kan.


Ni la wave pool. Siap ada ombak² ala ala mandi laut. Padahal air klorin. hahahaha! Panas cengggg masa ni sebab dah tengah hari. Tapi bebudak ni kisah apa. Janji dapat main air. Kemain lama dorang berendam ye. Aku pening duk dalam air tetengah panas terik tu. Nasib lah tak migrain.


Time aku sampai memang tak ramai orang. Puas bebudak mandi, tak payah risau social distancing, tak payah rushing kejar masa. Sebab kalau orang ramai dorang limit kan masa duk dalam ni.


 Zafirah dah rindu sangat nak swimming. Sebelum ni memang kitorang hantar dia pi kelas swimming setiap minggu. So dah 4 bulan kelas tutup since PKP. InsyaAllah bulan 8 start balik kelas swimming dia. yayy!


Setiap bahagian pool ada life jacket disediakan. So kalau dah habis mandi kat satu² bahagian tu, kena bukak balik life jacket tu. Faham ke faham?


SOP Wave Pool:
👉 1 entrance
👉 1 exit
👉 40 orang per entry
👉 20 minit per entry (if ramai orang)


Next, pergi bahagian ni pulak, Build-A-Raft River.

Korang duduk je atas pelampung macam tu, lepastu arus air tu akan bawak korang pusing satu pusingan. Kitorang round 2x kat sini. Sakit kaki sebab aku kena jaga adik baby. So tak boleh join duduk atas pelampung. Aku tolak je pelampung baby sambil jalan.


Sedap je dia baring sepanjang river tu. Panas terik wei. Kalau redup berangin mau dia tidur dah atas pelampung tu aku rasa. haha!


Lifeguards memang ramai kat sini. Boleh kata tiap penjuru ada lifeguards. Tapi jangan la kau tinggal je anak kau mandi sendiri². Perlu ada parental guidance jugak.

Dulu ada banyak giant lego dorang lambakkan dalam air so sambil duk atas pelampung tu, sambil main lego. Sekarang takde dah lego² tu. Pusing² atas pelampung je lah. Zafran asyik jerit je dalam ni. Gayat duk atas air agaknya. haha~


SOP Built-A-Raft River:
👉 1 entrance
👉 1 exit
👉 60 orang per entry
👉 kalau ramai orang, sorang boleh pusing 1 round je


Ni namanya Imagination Station. Anak² boleh berkreativiti dengan Lego yang disediakan. Nampak tak tanda² bulat atas lantai tu? Itu untuk memastikan setiap orang yang datang mengamalkan penjarakan sosial. Pesan kat anak² takmo duk rapat² sangat dengan orang lain. Duk dengan family sendiri je. ok?!


Disclaimer: Bekas air tu BUKAN kitorang punya!


Next, kitorang masuk DUPLO Splash Safari (berbelit lidah nak nyobut haa). Kids 5 tahun ke bawah sesuai mandi kat sini sebab air cetek je.


Paras punggung Zafri je (2 tahun).


Siap ada slides. Baby pun boleh main. Tapi naik sekali dengan kaklong dia lah. Orang dewasa tak boleh naik ye slides ni. Safety purposes. Bebudak ni duk ulang² main slides je. Adik baby paling happy! Dapat main slides dalam air, haihh siapa je tak suka?


SOP Duplo Splash Safari:
👉 20 orang per entry
👉 20 minit per entry (if ramai orang)


 Our lunch! Dah penat berendam, lapar. Beli kat Beach Grill tempat kitorang letak segala maknek beg & stroller tadi tu. Aku beli set beef burger (burger, fries bentuk lego, air & dessert) = RM38. Fries kat sini semua bentuk² lego. Comel! 😍


Lepas makan, budak ni tidur. haha~  Dia memang dah mengantuk masa sampai sini.


 Ini pulak namanya Joker Soaker. Sebab adik baby mentido masa ni, tak dapat la aku masuk. Rasanya tiap kali datang sini tak pernah merasa masuk bahagian ni. Cepat besar ye baby. Sian mak kau ngidam nak main gelongsor air 😝




SOP Joker Soaker:
👉 20 orang per entry
👉 20 minit per entry (if ramai orang)


Main lumba bot. Dulu ada banyak lego kekecik disediakan kat sini. Anak² boleh ber-creativity bina bot masing² pastu lawan bot siapa paling laju. Aku ada buat entry pasal Built a Boat ni. Semua entry Legoland aku dah letak atas tu. Klik je ok! Cuma sekarang ni dah takde lego-lego kecik disediakan kat situ. Bot kosong je ada. Tu pun bebudak dah cukup happy.


Slides for adults (Tidal Tubes). Tapi kids yang umur 7 tahun ke atas boleh naik. Tak sure dorang tengok umur atau ada had tinggi. Aku tak naik atas ni. Zafirah je naik dengan Akiff, anak Lan. 2-3 kali jugak kot dorang ulang² naik slides ni.

Red Racer & Brick Blaster.


SOP untuk adult slides:
Only same family members can load together in the rafts. Maksudnya satu pelampung besar tu, untuk 1 family. Tak boleh share² dengan family lain (orang asing). Aku tak pernah naik tubes ni. Dah tiap kali datang mesti ada anak kecik. Tunggu Zafri besar sikit lah baru boleh naik dengan anak pulak 😁


4 hours later....Tinted dah kulit anak² aku. hahaha~


Buat masa ni, waktu operasi waterpark adalah dari pukul 10am hingga 5pm.

Waterpark tutup SETIAP SELASA untuk sesi disinfectant.
(until further notice)


So macam mana? Rasa yakin tak bawa anak² main air kat sini?

Jom tengok video yang aku upload kat Youtube pulak.
Link: https://bit.ly/2Xl72E5





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015