Showing posts with label Theme Park. Show all posts
Showing posts with label Theme Park. Show all posts

Jan 9, 2021

Legoland Malaysia Bertukar Menjadi Candyland!!



Assalamualaikum... 


Legoland buat hal lagi gaisss! Kali ni sempena bulan Krismas yang bertemakan Candyland!!
Macam aku pernah cakap sebelum ni, tak pernah jemu datang Legoland sebab stiap kali datang ada je tarikan/aktiviti terbaru yang dorang buat untuk guests.


Sampai je hotel terus collect tiket. Tak boleh check in lagi sebab baru pukul 10am. hahaha! Gigih ye datang awal pagi sebab taknak bazir masa. Nak enjoy puas² dalam Legoland. yay!


Kids dah ready with their swim suit. Maknanya apa???


yaaa kita serbu waterpark dulu! Gelapkan kulit. bahaha~



Berani adik baby naik gelongsor. Ini kawasan Joaker Soaker. Mula² je dia takut² nak naik. Aku paksa jugak. Sekali dah dapat rentak duk ulang² naik tu je. 🙄


For the first time, aku merasa naik slide tinggi²!! yahuuu! Best bila ada anak dah besar, boleh naik slide extreme sama². Adik², apak dorang lah jaga.


Ni pun best! Build A Raft River. Duduk je atas pelampung tu relek² nanti arus air tu yang bawak korang keliling pool. Kadang rasa nak terlelap duk atas pelampung tu. hahaha~


Pukul 2.30pm, ada Surfer's Retro Show betul² depan Waze Pool. Dapat la rehat jap few minutes sebelum berendam lagi dalam pool.


Tengok, terbakar dah muka anak² aku! haha~  Eh maskot Lego tu pun jejoget sama ye. Habis jejoget berebut bebudak nak bergambar dengan maskot Lego.


Habis show, dalam pukul 3pm, aku ajak bebudak check in hotel. Weii dari pukul 10.30am tau kitorang berendam dalam waterpark tu. Anak² aku tu selagi tak suruh balik, memang dorang nak stay lagi dalam tu sampai tempat tu tutup. grrr~


This time, kami dapat bilik tema Adventure!


Lego and kids is unseparatable (wujud ke word ni? lulz). Masuk je bilik terus punggah Lego. Ada orang tanya, kenapa macam banyakkkk je Lego dalam bilik aku?


Sebab aku request extra Lego kat kaunter masa check in. wkwkwk~ Yaa ramai tak tahu. So aku bagitau lagi sekali, korang boleh request extra Lego masa check in ye. Tapi, kena return balik ke kaunter masa check out. Tidak kalu, cc korang kena charge nanti. huhu~


Nak main Lego kat lobi pun boleh. Upon request ye.


Next, kitorang masuk Theme Park. During Weekend, theme park tutup pukul 7pm. Weekdays, tutup pukul 5pm. Lepas aku check in hotel, tukar baju semua, baru pukul 5pm gitu. Eh banyakkk masa lagi!! Mana boleh tak masuk theme park. Dapat masuk kejap even 30 minit pun aku tak kisahhh. Sebab theme park tu luas ye. At least dapat cover ride sikit pun oke. Esok main lagi. Gituu plan aku.


Masuk je entrance terus bergambar dengan kereta salji- versi musim panas Khatulistiwa..lulz~😝


Sebelum masuk sini, all parents kena kuatkan mental ye. Coz candy's everywhereee!!!


2x anak² aku paw apak dorang candy floss. Seketul RM5!


Then ada aktiviti juga area entrance ni. Korang cari booth untuk buat LEGO cupcakes ni. Ajak anak² untuk sama² cipta Lego cupcakes - menggunakan LEGO bricks!!


Hasil nya nanti akan dipamerkan kat sini. Semua orang boleh tengok Lego cupcake korang. Best ke best sangat??


Macam biasa, akan ada show kat pentas - area main entrance juga. Baru duk entrance dah macam² aktiviti pihak Legoland sediakan. haha! Untuk timetable show, korang boleh request pada staff yang jaga kat pintu masuk, atau ambil je pamphlet yang disediakan area entrance tu. Jangan lepaskan peluang untuk tengok semua show yang ada tau! Rugi kalau terlepas sebab show semua besttttt!!


Bab SOP aku pernah cerita kat entry sebelum ni (KLIK). Legoland memang amalkan SOP yang agak ketat ye. Jadi tak perlu risau untuk having fun dengan anak² and untuk tengok show!


Next, ajak anak² untuk join Gingerbread Hunt! Permainan dia ialah, korang kena cari 10 huruf tersembunyi dalam kawasan Miniland! Lepastu gabungkan 10 huruf tadi jadikan 1 perkataan. Upload gambar di Instagram dan tunjuk pada kaunter (entrance) and korang akan dapat hadiah misteri! yayy! Dengar macam banyak je 10 huruf tu kan? Aku amek masa tak sampai 30 minit pun cari semua huruf² tu *tiupkuku*


During weekdays, kawasan theme park mula beroperasi dari pukul 10am - 5pm. So lepas theme park dah tutup, aku ajak anak² aku masuk Sealife pulak. Nak tengok FISH!!


ye tau korang tak sabar. Bagi mama snap gambar dulu k 😁


Leka betul bebudak tengok fish. Mungkin aku kekecik dulu pun minat tengok haiwan sampai leka macam tu sekali. haha~


Pastu anak² aku pulak bertukar jadi fish!! Korang buat apa dalam akuarium tu hah!!!


"MAMA!! SHARK!!"  - dorang ngata aku ke, dorang memang nampak shark? hurmm


Cukup la sejam spend masa dalam Sealife. Sebab Sealife memang tutup pukul 6pm. haha~


Waktu malam pula, anak² aku berpeluang join event story telling show di lobi hotel. Memang tak sempat rehat tau duk sini. Ada je aktiviti menarik nak dibuat. Tak join kang rasa rugi pulak. haha


Full house uolss! Happening sangat show nya siap ada jejoget. Dalam theme park pun jejoget tengok show. Aku rasa sepanjang hari tu anak² banyak jejoget je. Tapi dorang tak penat pun!! 🙄


The actors and actress. Well done gaiss! Great performance!


Habis show dalam pukul 9pm, baru pergi dinner kat Bricks Restaurant. Dinner start from 6pm - 10pm. Kalau pukul 9pm baru dinner, memang kitorang duk je lah kat restoren tu sampai tutup! hahaha~

Makin lawa ye alas meja dia. Colorful. Now dah ada buffet, but staff yang tolong cedokkan the food. So kita just request je nak makan apa.


Banyak jugak lah memasing makan walaupun dah tengah malam. Lapar ye lepas jejoget? hahaha~


Ok tu je kisah kitorang ke Legoland baru² ni. 


Sekarang tengah banyak promo tau. Kita pun kena tolong support local tourism kan? Jom reward anak² pergi Legoland! 

Check out their website https://www.legoland.com.my/ 





Terima kasih sudi membaca! 

Aug 17, 2020

Masuk Theme Park Legoland Selepas PKP!

Entry berkaitan:
SOP Baru di Hotel Legoland
Melihat Hidupan Laut di Sealife Legoland
Gelapkan Kulit di Legoland Waterpark
Legoland Hotel (Premium Adventure)
Legoland Hotel (Premium Pirate)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 1)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 2)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 3) | Star Wars Miniland
Legoland Malaysia Water Park
Harga Tiket Legoland
Lego Ninjago di Legoland
Built a Boat di Water Park Legoland!
The Lego Movie 4D, New Adventure!
Program Pendidikan English Mania di Legoland Malaysia


Assalamualaikum...


Belum habis lagi entry Legoland. haha~  Aku rasa tiap kali datang sini memang tak cukup tulis 1 entry je. Banyak benda nak share. Jangan jemu ye. Setiap entry, memang lain kandungannya. InsyaAllah semua bermanfaat untuk korang.


 Ni kali terakhir aku datang. Tahun 2018. Tengah sarat pregnant adik baby 36 weeks! Memang tunggu hari je tu. Mujur lah tak beranak dalam Legoland. kahh! Takde 1 entry pun aku tulis masa tu sebab mala*

Untuk pengetahuan korang, Theme Park Legoland dah mula beroperasi semula awal Julai 2020. Of course dengan SOP yang baru. Musim pandemik ni kan, langkah berjaga² tu perlu. Tapi takde la sampai tahap menyusahkan. Korang masih boleh enjoy macam biasa dan dalam masa sama, rasa selamat bawa anak² masuk sini. Tak percaya? Kena baca entry aku sampai habis ok!


Hats off untuk semua staff Legoland yang memang patuh dengan SOP. Bukan tu je, attitude dorang, cara layanan dengan bebudak pun very friendly. Buat kita rasa lebih welcomed gitu. Sebab tu tak jemu² datang sini walaupun dah banyak kali. ❤

Nak masuk dalam ni WAJIB pakai mask ye. Kalau tak pakai memang dorang tak bagi masuk. Tapi bukan lah kena pakai mask sepanjang korang jalan dalam ni. Pandai² ejas kalau rasa lemas, duduk la mana² bukak mask bernafas elok². Tak pun rehat kat cafe/restoren, haa situ boleh bukak mask ok. Ada setengah ride dorang wajibkan pakai mask, ada yang tak perlu.

Nak rehat kat surau pun boleh. Ada 2 surau dalam ni. Satu nearby entrance, satu lagi sebelah nursing room. Tapi telekung, sejadah semua takde. Kena bawa sendiri. Mana² public surau pun macam tu kan sekarang?


The entrance. Kalau korang refer entry² Legoland aku yang lepas (refer link kat atas sekali), ada beberapa perubahan yang Legoland buat. Dulu kat entrance ni mana ada stage. Sekarang dorang ada buat show kat sini (waktu² tertentu). Meriah woo.



Bergambar dulu. Kebetulan maskot Lego ada so laju² suruh bebudak posing. Adik baby takuttttt! Sebab tu dia takde dalam gambar. haha~


Mula² kitorang masuk Boating School. Berdepan dengan Driving School. Driving school open pukul 12pm tu yang kitorang masuk sini dulu. Ni antara ride yang baby boleh naik. Baby seawal 1 tahun dah boleh naik tau. yayy!


 Kalau umur anak dah 6 tahun ke atas boleh bagi dia naik sendiri², takyah parent teman pun takpe. NEW NORM, time beratur kena jarak at least 1 meter per family ye. Dorang dah lukis kotak merah siap² atas lantai tu. Follow je ok!


 Sebelum naik bot, WAJIB sanitize tangan dulu. Setiap ride pun macam tu. Kalau naik 10 ride, 10 kali lah kena sanitize tangan. haa~   Tak rugi apa aihh. Dorang yang provide sanitizer tu, bukan guna kita punya pun. hihi~


Setiap kali orang turun ride, staff akan lap bot (disinfectant), especially tempat duduk dan stering bot tu. Renyah jugak la kerja staff. Public holiday mesti extra letih. Tapi demi mengurangkan risiko penyakit pandemik sekarang ni, dorang kena jugak buat kerja extra tu 💪


 Naik dengan baby kena berebut stering. Dia sibuk nak bawa bot sendiri. Habis berpusing² bot. Dah macam naik bumper car. Rasanya 3 kali jugak kitorang round naik bot ni. Dah la panas letinggg. Terbakar kulit 🤕


Zafran dah pandai control bot sendiri. Tapi sebab dia belum cukup umur so kena ada adult teman. Zafirah naik dengan abang Akiff. Dua² dah bosau haa naik la sendiri. haha~


 Next, kitorang naik train Lego. Zafri minattttt sangat dengan train. Aku memang aim nak bagi dia naik train je bila datang sini. Baby lepas habis pantang pun boleh naik tau. 😁


Untuk ride ni, dorang asing kan setiap gerabak per family. If 1 family tu ada 2 orang ahli je, tetap tak boleh campur duk satu gerabak dengan family lain. Train ni akan bawa korang round kawasan Theme Park. So sesambil tu boleh la tengok nak naik ride apa lepasni. Baby teruja sampai tahap terkedu bila naik train. hahaha~ Cute!


Next, kitorang masuk City Stage. Kebetulan lepas habis naik train, show baru nak start. Rezeki! Terus ajak bebudak masuk dalam tengok show.


Alahai tok laki snap gambar. Blur dah kenapaaaa?? 😑

Only limited pax boleh masuk dalam ni sebab seat kena jarak². Syukur lah datang time tak ramai orang. Hall pun tak penuh walaupun seat dah jarak².

Show Lego Friends ni jejoget, nyanyi² je wakk. Aku pun baru tau ada watak Lego Friends. lol~


Aku dengar suara apak² budak kuat bersorak dalam ni. Anak² melopong je tengok. Adik baby lagi best. Mengantuk terus! Menguap tanpa rasa bersalah. Siap landing kat bahu aku. Tak sempat tunggu habis show dia dah bangun tarik tangan aku ajak keluar. HAHAHAHA~  Terkejut staff yang jaga pintu tengok aku nak keluar tiba². Sorry sisturrr. Anak ai tak minat jejoget ni. 😝


Next, kitorang masuk kawasan "Land of Adventure". Tema Mesir, mumia gitu. Actually sebelum sampai sini ada 2-3 rides jugak korang jumpa. Tapi baby tak lepas naik semua tu. Lepastu dia taknak tunggu duk setempat. Jenis tak boleh diam, kena bergerak jugak. urgh! So aku proceed jalan dulu dengan dia sementara tunggu abang kakak main ride lain.


Zafri lepas naik ride Lost Kingdom. yay!! Dia dah start tantrum time ni. Dah mengantuk. Memang waktu tidur dia pun sepatutnya. Jenuh pujuk. Bila tengok dia lepas naik ride ni happy lah aku. Ada la benda nak bagi dia leka.


Ride ni kena main tembak². Kena tembak Lego mummy. haha~  Dalam ni agak gelap and agak scary untuk kids sebenarnya. Anak aku tiga² penakut naik ride ni. LOL~  Zafirah tu dah besar baru tak rasa takut. Masa kekecik dulu penakut jugak. Sampai menangis la dalam tu. Mujur adik² tak nangis. Dorang peluk je aku pastu badan keras tak bergerak. HAHAHAHA!


Dalam pada takut² tu, 2x jugak lah dia naik ride ni. hahaha!


Macam biasa, staff akan lap seat and semua tempat yang kita dah pegang sebelum orang lain naik ride ni.


Next, kitorang masuk Ninjago. Sebelum Ninjago ni ada 2-3 ride lain lagi. Tapi anak² aku tak berminat pulak nak naik. Dorang terus terjah sini je. Layan je lah. haha~


Ride ni pun main tembak². Siap kena pakai 3D glasses. Awesome sangat! Lenguh tangan sebab macam main Xbox. Tembak guna tangan. Kalau tak faham kena datang sini la try main sendiri! 😜


Then, singgah nursing room. 'Recharge' baby. Orang laki tak boleh masuk tau dalam ni. Mak² dan anak² je boleh masuk. Kawasan luas dan selesa. Ada fridge, sinki, mesin air panas dan sejuk, toilet for kids, ruang untuk breastfeeding (dalam bilik khas, siap ada langsir lagi dalam bilik tu - gambar ke-3). Lengkap lah facilities dalam ni. 


Kerusi tu siap boleh dibuai². Tempat letak kaki tu berbuai jugak. Dengan sejuk air cond lagi dalam ni. Alahaii mama pun lena sekali kalau duk sini.


 Next, kitorang pergi lunch. Sebelah je dengan nursery room tadi. Toilet dan surau pun deret sini je. Boleh lepak lama kat kawasan ni. Sambil main ride, sambil lelepak.


First time aku makan kat sini. Biasa kitorang lunch kat cafe dekat dengan Boating School. Situ ada menu nasi. Kat sini menu western. Lagipun dah memang ada kat kawasan ni. Jauh tau nak menapak pergi Boating School tu. Makan je lah kat sini, senang.


Ni la menu yang ada kat sini. BTW botol air tu awesome gila! Kitorang pernah beli masa datang Legoland tahun² sudah. So bila repeat datang sini bawa je botol yang ada, then boleh refill air dalam tu. RM2 SAHAJA!!! Kalau tak, harga air je dah rm5-6 gitu. So bagi aku baloi lah 'invest' beli botol tu sebenarnya. Boleh refill air dengan harga yang sangat murah next time korang datang Legoland.


Ni yang kitorang order. Overall food ok. Ada kata sedap, ada kata biasa je. Tapi semua secukup rasa lah (ikut tekak aku).


 Next, kitorang naik bendalah ni. Tak tau apa nama dia. Ala ala solero shot. Tapi kau kena tarik tali dan angkat diri kau sendiri ke atas. haa faham? Kalau tak faham boleh tengok Youtube Channel aku (yanamib channel). Semua video kat Legoland aku ada letak dalam tu. Sebab tu korang kena Subscribe channel aku. Macam² aku cerita tau. Takde spesifik genre. 😁


Macam biasa lah kids 6 tahun ke atas boleh naik sendiri. Zafirah dengan Akiff pun boleh tarik tali tu. Power! Tapi sekali je lah aku mampu tarik sampai atas. Lepastu lenguh gila lengan aku. lulz!


Next, kitorang masuk sini.



SOP baru, nak masuk sini kena booking dulu. Pilih time slot yang dorang sediakan tu (refer gambar 1). Sebab dorang kena limit kan berapa orang je boleh duk dalam tu. Setiap orang diberi masa selama 25 minit sahaja, pastu kena keluar.


Staff akan assign kan kita ke satu station untuk bina race car. Tak boleh tukar² station lain. Duduk je lah situ sampai habis 25 minit. Faham?! Biarkan anak² berkreativiti, cipta kereta lumba menggunakan Lego. Makpak nak tolong pun boleh. Takde hal. Asah motor skill memasing. haha~


Kalau korang refer entry yang lepas, dulu tak macam ni tau interior dalam ni. Sekarang almost 100% bertukar! Canggih² racing track dorang! Ada yang mencabar sampai hancur kereta. hahaha~  Tapi bebudak enjoyyy! Memang best sangat main dalam ni.


Dalam kawasan yang sama, ada playground dan train kecik ni. Tapi masa aku sampai nak bawa Zafri naik, staff tu cakap nak tutup untuk cleaning session. Dia suruh tunggu 15 minit. Alahaii kitorang nak kejar masa, banyak lagi tempat belum explore. Luas ye theme park ni. Dah la sekarang dorang siap ada cleaning session bagai. Tak cukup la spend sehari je dalam ni. grrr~


Next, masuk kawasan Kingdom (tak silap). Main train pusing². Adik baby tak lepas naik. Zafran pulak kena ada adult teman. Pening juga main ride ni. Make sure korang tak makan terlalu kenyang or baru lepas minum susu. Mau terjeluak balik kang. 😜


Next, main horse riding. Sebab takde orang masa ni, bebudak ni duk ulang² main. Baby tak lepas ketinggian. Kaklong dengan bang ngah je naik. Masa dah habis 1 round tu inform je staff, cakap nak main lagi. So bebudak tak payah turun pun, terus je main sebanyak pusingan yang mampu. Sebab SOP baru dorang, kalau kids dah turun, dorang kena lap (disinfectant) seat ride tu. Sebab tu seronok datang time tak ramai orang. Boleh naik ride berkali² tanpa perlu turun dan beratur semula. 😁


 Kawasan ni ada cafe juga untuk korang makan or minum². Tapi food light² je macam sausage bun, ice cream ke gitu lah. Tak ingat sangat. Sorry 🙏


Ada show juga kat sini. Masa kitorang sampai ni show dah habis. Tak sempat tengok. sobss~


Roller coaster pun ada. Agak extreme bagi aku. Kids 6 tahun ke atas dah boleh masuk. Tapi anak aku penggayat, dia takmo naik. Apak dia pun seram nak naik so tengok je lah. hahaha~


 Ada few playground dan attraction yang ditutup. Tak pasti sebab maintenance atau tengah cuci. Star Wars Miniland pun tutup masa ni. Tapi macam aku ada tulis atas tu, tak sempat pun nak naik semua ride dalam masa sehari. Banyak tau ride dalam ni.


Seat macam ni ada disediakan sepanjang jalan.


Ni pun roller coaster juga. Tapi tak extreme. Zafran (5 tahun) boleh naik, aku bawa dia. Takde orang langsung masa ni. Kitorang berdua je dalam tu. hahaha~  1 ride, dia pusing 2 round. Sebab takde orang, aku ajak Zafran naik 2 kali. So total 4 round. Pening hoi! Recommended korang bawa anak korang naik ride ni tau! Memang best! Bagi dorang rasa keseronokan naik roller coaster. 😁


Lego Miniland! Tak round sangat kawasan ni sebab dah nak balik plus panas terik masa ni. Kawasan ni memang takde pokok ke, roof apa². Aku jalan untuk ambil gambar je. Jalan laju². Tak tahan panas. hahahaha~


 Last sekali, main kat Driving School. Zafran first time main ride ni. Banyak ride yang Zafran first time main. Seronok sangat dia. Masa ni dah pukul 4.30pm gitu. Pukul 5pm nak tutup dah theme park ni. Takde orang langsung kat sini. Aku suruh je Zafran main ulang² sampai aku ajak balik. gituu~


Sini pun, staff akan lap kereta setiap kali lepas digunakan.


 Farewell show. Masa ni dah almost 5pm. Happening sangat show nya!


Kemain anak aku joget ye. Tapi step dia memang best! Boleh tiru untuk zumba jugak. lol~  Adik baby macam biasa lah terkedu tengok maskot Lego berjoget. haha~


Nak tengok show pun kena follow SOP ye. Tak boleh sesak². Kena jaga jarak sosial per family. Ikut je petak merah yang disediakan tu.


Lepas tengok show, boleh shopping dalam souvenir shop. Kitorang window shopping je. Tak larat dah tengok Lego bersepah kat rumah. Mujur lah anak² aku bukan jenis meminta². Dorang ok bila aku cakap "kita tengok je, takmo beli" 😘


Sebelum balik, posed lagi dengan Lego car. Anak² sangattttt happy! Sebulan tak habis dorang bercerita keseronokan Legoland tau. Siap cakap nak simpan duit, nak datang lagi. Sebak pulak aku dengar. huhu~  InsyaAllah ada rezeki kita datang lagi. Tunggu adik baby besar sikit, baru seronok dia pun join main sama.


Great experience! Till we meet again Legoland! 💕


Operating Hours:
10am - 5pm

Closed EVERY Wednesday for disinfectant process.


Tengok youtube channel aku jugak untuk lebih feel suasana di Theme Park. Gituuhh!




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015