Showing posts with label Bangi Golf Resort. Show all posts
Showing posts with label Bangi Golf Resort. Show all posts

Apr 19, 2019

Buffet Ramadhan 2019 @ Bangi Golf Resort

Assalamualaikum...


Sumber

Macam dah jadi kemestian pulak setiap tahun buka puasa kat Bangi Golf Resort (BGR). Kenapa aku suka berbuka kat sini??
🎈 Lokasi dekat gila dengan rumah.
🎈 Pelbagai menu disediakan
🎈 Harga TERLAJAK MURAH!


Mana nak dapat berbuka kat hotel bawah RM100?? Food banyak pulak tu.


Tahun lepas aku tak dapat iftar kat sini sebab dalam pantang. Tahun ni insyaAllah boleh datang. Lagipun Zafirah dah start belajar puasa. Boleh la reward dia makan sedap² πŸ˜‰


So apa menu yang BGR sediakan tahun ni?? Jom cekidaut!


Menu paling larisss! Kambing golek πŸ˜  Aku tak sempat rasa sebab tengah migrain malam tu. Tak berani nak makan kambing. sobss~

Lembut tau daging dia. Aku tau sebab aku pernah rasa. Dah kata tiap tahun datang berbuka kat sini πŸ˜œ

Lauk² ni boleh digandingkan dengan nasi kukus. nyumm~


Amacam? Banyak tak menu? Korang pilih je nak makan tradisional Melayu, Barat, Timur atau India. Lengkap semuanya. Ni pun tak semua menu aku dapat snap. 200 menu bhai, tak muat entry! haha~ Puas lah korang makan satu family.


Untuk juadah minuman, ada pilihan:
🎈Kordial Mangga
🎈Kordial Anggur
🎈Air Tebu
🎈Soya Ros
🎈Teh Bunga
🎈Teh Tarik
🎈Kopi
🎈Teh O


Selain dessert kuih² and buah² biashe biashe tu, ada lagi satu dessert yang akan buatkan korang rasa, RUGI lah kalau tak berbuka kat BGR πŸ˜


DURIAN gaisss! Raja buah! Yang ni tak include dalam pakej buffet ye. Korang kena beli. Tapi bukan durian biashe biashe tuan puan. Musang King dia bagi. wohoaa!

Gemok² isi durian haa πŸ˜  Baloi lahh kalau bayar pun. Puas makan! Aku tak makan durian, so aku perati je laki aku makan berdua dengan Zafran. Dia bantai amek sampai 3 pinggan, lepastu belasah dua beranak. lolz~ *dasar*  Zafirah? ouh dia dah jumpa geng memang tak heran dah benda lain. πŸ™„

Tahun ni BGR sediakan play area besar gedabak ni. Betul² kat tengah² buffet tu dia letak. Boleh la makpak melantak dengan aman tenteram. Anak² pun tak bosan. Tidak kalu, kau baru jamah satu menu dorang dah ajak balikkk. hahaha~  Thank you BGR! πŸ‘


Mommy bloggers be like πŸ’•  Lain kali anak duk tepi lah. Semua buat hal sendiri tau T__T


Oke berapa harga buffet yang aku duk cakap murah sangat tu??

πŸ‘‡

πŸ‘‡




Berkongsi Pahala
Sebenarnya, selain daripada korang berbuka kat sini, secara tak langsung korang dapat berkongsi pahala, kerana restoren BGR akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya sepanjang Ramadhan 2019 ini kepala Islamic Relief Malaysia (IRM).

Selain itu, restoren BGR juga akan berkerjasama dengan Food Aid Foundation, menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan daripada buffet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Biasa kita tengok hotel² yang buat hidangan buffet ni confirm membazir teruk! InsyaAllah dengan collaboration ni, tiada makanan yang dibazirkan. Well done BGR!πŸ‘



Jom buka puasa di BGR!


Details:
Alamat: Bangi Golf Resort Restaurant
No. 1 Persiaran Bandar,
Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor
Tempahan & Pertanyaan: 1700 81 8557





Terima kasih sudi membaca!

May 2, 2017

Buffet Ramadhan 2017: Bangi Golf Resort

Assalamualaikum...


Ramadhan dah dekat sangat ni...err puasa dah habis ganti ke belum?? hihi~  Semoga dipermudahkan lah ye urusan korang untuk ganti puasa...amin~  


oke meh aku nak share sikit lokasi buffet Ramadhan yang menarik...tengok² dulu menu, kot berkenan boleh terus buat tempahan...gituu


 Bangi Golf Resort (BGR)....boleh kata every year aku berbuka kat sini....sebab utama, lokasi dekat gila dengan rumah....5 minit je perjalanan naik kereta...hehe~  food dia pun kena dengan selera aku...dan paling penting, harga buffet kat sini antara yang TERMURAH tau!


Tahun ni, ada kelainan sikit...ada menu special! wahh~  nak tau, sila teruskan membaca....😝


 Dewan makan....luas + berhawa dingin = SELESA!


Jom cekidaut antara menu² berbuka puasa yang disediakan di BGRπŸ‘‡


 Pelbagai jenis desserts...tradisional ada, western pun ada...



 lauk pauk...untuk dimakan bersama nasi putih....atau ratah gitu je (untuk orang diet)😜


 Pelbagai jenis MEE


 Nasi lemak pun adaaaa...balik rumah terus tidur lena...kehkeh


 Antara menu western yang ada ialah Lasagna dan Spaghetti Carbonara...lupa snap gambar spaghetti...hehe


 Khas untuk pencinta kambing bakar...BGR memang sediakan menu ni untuk korang! setakat aku pergi sana daging kambing tu dimasak lembut je, kuah black pepper pun πŸ‘


oke setel hidangan untuk dalam dewan....jom tengok buffet luar dewan pulak...


ye korang tak salah baca...bahagian luar dewan pun ada makanan jugak wehh!! makan la kau sampai jadi ular sawa....bahaha~


 Live band


 yaaa ni lahhh specialties yang dimaksudkan tadi...PESTA DURIAN! memang tengah musim durian sekarang kan?? ni durian Musang King tau! haa bukan calang² durian...ahahaha~   bukan takat durian je ada, buah² an tempatan lain pun ada jugak!


TAPI, pakej buffet ramadhan di BGR tidak termasuk sekali untuk fruit stall ni ye...kiranya kalau nak makan durian atau buah² lain di fruit stall ni kena bayar! ngeee~


Bila bloggers bertemuuuu...meriah!


Amacam?? agak² kena tak dengan selera korang menu² yang dihidangkan?? πŸ˜



Harga Buffet Ramdhan BGR 2017:
RM58 nett Dewasa
RM28 nett Kanak-kanak


Alamat:
BANGI GOLF RESORT
No 1 Persiaran Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi Selangor


Telefon: +603 89253728 / 603 8210 2288
Email: sales@bgrrest.com
Website: www.bgrrest.com
Facebook: Bangi Golf Resort 
Instagram: @bangigolfresortofficial




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015