Sep 27, 2016

Legoland Lagi :p

Entry berkaitan:
Review Legoland Hotel
Legoland Malaysia Theme Park (Part 1)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 2)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 3) | Star Wars Miniland
Legoland Malaysia Water Park
Harga Tiket Legoland
Lego Ninjago di Legoland
Built a Boat di Water Park Legoland!
The Lego Movie 4D, New Adventure!
Program Pendidikan English Mania di Legoland Malaysia


Assalamualaikum...


 yaa kami ke Legoland lagi....untuk kali yang ke-4! ngee~   Takmo jeles jeles naa...rezeki anak² aku semua ni...Alhamdulillah πŸ˜


Kitorang bertolak dari rumah hari Jumaat pagi...sebelum pukul 9am dah keluar rumah....tapi duk singgah sana sini, udahnya pukul 9.30am gitu baru masuk highway....oke laa...still awal jugak...takde nak rushing pun....sebab waktu untuk check-in hotel pun pukul 3pm....event pulak start pukul 4pm gitu....so banyak masa lagi...


singgah breakfast kat R&R Seremban...banyak choice of food kat sini...sedap pun sedap....harga? erm oke kot....dak encem yang membayar so I tak sure...kehkeh~


Dipendekkan cerita, dalam pukul 2pm gitu kitorang sampai hotel Legoland!! yahooo!! bestnya trip kali ni sebab dapat bermalam kat hotel Legoland laaaa...kalau duk hotel lain papa cakap takmo pi...tak berbaloi! hahaha~  kemain demand....eh best gila kot hotel Legoland...memang berbaloi la kau travel for 3 jam++ tu, pastu dapat berehat² kat hotel canggih, selesa, ohsem macam ni....fuhh! syorga donia πŸ˜


sementara papa parking kereta, aku bawak bebudak ni main lego kat lobi...bahagia sungguh muka memasing!!


Kali terakhir kitorang datang hotel Legoland masa pertama kali kitorang sampai Legoland...kali ke-2 and ke-3 datang Legoland kitorang duk hotel luar....aku tak pernah review hotel² lain tu sebab biasa je...standard hotel ada katil queen, ada bilik air, ada cafe...hotel Legoland ni je lain machiam dia punya tarikan...datang 10 kali pun tak jemu ai tell yu!! sebab banyakkkkk sangat aktiviti boleh buat kat lobi area....dalam bilik pun sama! aku pernah review pasal hotel ni sebelum ni....ce baca Review Legoland Malaysia Hotel  πŸ˜


papa, lama sikit lepak parking lot tu please! sawan dah ni nak main lego!😝


lif untuk naik ke bilik....aku panggil lif disko...haha~  bila ada orang dalam lif automatik lagu and lampu disko akan ON! berjoget lah kau dalam lif! πŸ˜


Dulu kitorang dapat bilik tema Premium Adventure...kali ni dapat bilik tema Premium Pirate!! yeyy!


seketol baby pirate


Actually, layout plan untuk mana² bilik sama je aku rasa...bezanya decoration bilik tu je ikut tema...lain level lain tema gitu...kitorang punya bilik ni kat level 1...


cekidaut!


master bedroom...katil KING...wohoa!


bilik anak²....dulu Zafirah takut tidur bilik ni sorang²...dengan gambar sesepah kat dinding...aku pun seram...kahkah~   kali ni ada adik dia teman....oke la dia tidur lena kat situ...haa yeee anak² aku memang aku suruh tidur bilik sendiri...mama papa ada urusan peribadi...ehh!😝


Dalam bilik juga disediakan sekotak lego bricks...tu yang kotak hijau Zafran duk main tu....aku bagi je dorang terabur kan lego atas lantai...janji jangan kaki mama terpijak lego! hihi


Next, bathroom....walaupun dah pernah cerita kat entry Review Legoland Malaysia Hotel, tetap nak tunjuk lagi gambar bilik air kat entry ni...cantik angat angat! πŸ˜


details pasal bilik air korang baca je lah entry review aku yang lepas tu kayy...sama je...hehe~


Waktu malam, kitorang dinner kat Bricks cafe...dalam hotel jugak...first time dinner kat sini....meriah gila makanan....lupa nak snap gambar...haha ampun!


paling best setiap meja dialas dengan kertas lukisan kartun² lego dan 5 batang crayon...idak la anak² boring atau nak melompat² tengah makan tu kan....sambil makan, sambil mewarna gitu...makpak pun boleh makan dengan tenang...tak perlu risau anak hilang sebab berlari sana sini (anak aku ler tu) πŸ˜


Lepas makan, kitorang lepak area depan cafe...boleh main game X-box and main lego sampai lebam!!


x-box kat belah kiri tu...kadang dorang pasang Lego Movie...Zafirah and Akiff duk main lego...buat rumah la macam²....aku peratiii je sorang apak budak ni...dia lagi over main lego dari anak dia! buat rumah dari lego bricks kaooo....hahahaha~


serlahkan kreativitimu! pastu makpak tersengguk² la layan anak² main lego...dorang takmo naik bilik weiii!! seronok sangat main lego! pfft!


3 ketol baby lego πŸ˜


Zafran merengek je aku terus naik bilik...malas nak tunggu....Zafirah nak main lagi dengan abang Akiff dia tu...so kitorang mintak tolong Lan hantarkan Zafirah pi bilik once dia dah selesai main...aku tak pasti pukul berapa dorang ni naik bilik...awal² lagi aku dah nyenyak...ngee~


oke tu je nak cerita pasal hotel Legoland....till next entry... tata!




Terima kasih sudi membaca!

Sep 22, 2016

Seven Skies International Kuala Lumpur | Private Islamic International School in Malaysia

Assalamualaikum...


Seumur hidup aku, ni lah pertama kali aku masuk International School....dari luar tak nampak macam sekolah pun...tapi bila masuk dalam, MasyaAllah memang tak macam sekolah!! ehh!😝


Beza sangat lah dengan sekolah aku dulu kan...haha~   untung sangat anak² yang dapat belajar kat sini....sangat untung...dengan facilities yang menarik, sistem pendididikan bertaraf dunia, tenaga pengajar juga bukan calang²...mereka perlu ikuti kursus mengajar dari semasa ke semasa....


Parents mana lah yang taknak hantar anak ke sekolah² yang terbaik kan??


Seven Skies International (SSI), Kuala Lumpur merupakan satu projek sekolah yang dipelopori oleh sebuah organisasi yang memberikan pelbagai khidmat masyarakat, Mercy Mission.

Seven Skies International (SSI)
dipimpin oleh pasukan yang terdiri dari kalangan pakar pendidikan yang bersama mencorak, menghasilkan dan memberikan pengalaman pembelajaran yang unik.

PROGRAMME
Seven Skies International Programme is a unique concept that provides a holistic curriculum for the comprehensive development of a child. It is unlike other schools in that it is activity based and involves experiential learning. With us, the child learns not only about academics but also Islam, the most important aspect of a person's life.

An ideal 1:18 teacher to students' ratio in the classroom facilitates effective implementation of the action-based curriculum and ensures your child is able to absorb the material quickly and easily. We aspire to make your child a lifelong learner, a responsible individual and an independent entrepreneur.

KINDERGARTEN (3-5 years old)
The Early Years Foundation Stage curriculum focuses on providing a creative and caring environment fostering a 'play to learn' atmosphere. Through an infusion of games and play with a focus on developing Islamic awareness early in their childhood, the children develop a positive approach to their external environment.

PRIMARY (5-11 years old) 
The primary of middle school is the center of Seven Skies educational focus, in line with the statement of our pious predecessors: "For the next seven years, teach them." Education in the primary or middle school is broken up into class learning, focusing on core academic and Islamic modules, and house learning, focusing on character and moral development.

SECONDARY (11-16 years)
Teachers are essentially mentors and friends to our students, helping the students connect their skills and strengths to the curriculum and extracurricular pursuits of the school. This unique relationship fosters a stronger bond between teacher and pupil, providing them a friendly caring environment during the challenges of their teenage years.


******************************************************************************************************

So hari tu, dah alang² sampai sekolah ni, teruja lah nak tengok sendiri keadaan dalam sekolah...nak tengok rupa kelas² dia macam mana...since aku datang hari Rabu, weekdays, so boleh la jumpa pengetua, guru² and tengok sendiri anak² belajar dalam kelas....yeyy!


Pengetua sekolah, Dr. Tawfique Chowdhury...


Dr. Tawfique Chowdhury is the Chairman and CEO of the Mercy Mission movement. He started Mercy Mission in 2005. Since then, Mercy Mission has flowered into one of the world's fastest growing social service machines delivering innovative educational and social service programs to millions of people across the globe. Mercy Mission currently operates in Australia, Canada, United Kingdom, France, India, Bangladesh, Malaysia, Indonesia, Pakistan, Qatar, Sri Lanka and South Africa.

As a world renowned Islamic Scholar, Dr. Tawfique is also experienced in business professional having been a CEO of multinational IT company and an Emergency Specialist Doctor in Australia. He is also a corporate trainer, business coach and mentor to many successful people worldwide.

Being a prolific speaker, Dr Tawfique has travelled internationally sharing his knowledge in many countries worldwide. He is an acclaimed speaker, social entrepreneurship, business and corporate strategy, and organisational development.

In the Muslim world, he is well known for specialising in Islamic legal topics, particularly in Islamic finance, personal law and Islamic Medical Ethics and his opinions in this matters are eagerly sought. He is and continues to be a well known media contributor on various TV Channels worldwide and has recently been ranked amongst the top 500 most influential Muslims in the world by TheMuslim500.

He currently resides in Kuala Lumpur, Malaysia, with his wife and seven children.

Dr. Tawfique founded the Seven Skies International (SSI) back in September 2014, an international school located in Kota Damansara using the Cambridge syllabus and International Curricular. SSI also provides modules for character development and moral upbringing for students in general.

******************************************************************************************************

Dr. Tawfiq sendiri yang bawa aku tour satu sekolah...dia bagi aku tengok dan experience sendiri sistem pengajaran yang dijalankan di sekolah ni...macam mana interaksi antara guru dan anak² murid etc....


My first impression:

BEST GILA!


kelas pertama yang kami lawati ialah kelas Agama Islam...benda pertama yang aku perhatikan ialah susunan kerusi meja....dorang dah asingkan siap² pelajar lelaki dan perempuan....dah kata Islamic School kan? eh setiap kelas pun lain² susunan kerusi meja....haa sila teruskan membaca


More, sistem pendidikan kat sini melibatkan two-ways-communication....idak la cikgu syok sendiri bebel sorang² depan...cikgu akan selang seli hujah² nya dengan soalan²....once cikgu tanya soalan, hahh berebut² pelajar angkat tangan untuk jawab soalan! aku perasan, ada yang gagap² untuk menjawab, tapi cuba jugak! paling kagum kat sini pelajar² juga diajar menghafal al-quran....terbaikk!!


Next, kami melawat makmal² sains...


ya ampun canggihnya dikkk!! ahkak dulu umur 16 tahun baru belajar apa yang awak belajar...kat sini umur 9-10 tahun dah buat eksperimen Kimia, Fizik...pfft!


yang ni pulak kelas Bahasa Inggeris...ekceli bukan semua pelajar kat sini dah mahir berbahasa Inggeris dari sebelum dorang masuk SSI...kiranya macam Zafirah tu, aku tak ajar dia speaking kat rumah...tapi takde masalah pun nak hantar sekolah ni...paham? more, aku perasan, cikgu² akan tetap berbahasa Inggeris walaupun ada yang terkebil² tak faham apa cikgu cakap...


Bahasa komunikasi di sini memang 100% English....bebudak ni otak macam sponge...kalau dah hari² dia dengar cikgu cakap bahasa Inggeris, lama² dia sendiri akan adapt dengan bahasa tu dan akan mahir juga berbahasa inggeris...aku tengah cuba ajar Zafirah cakap English ni...kot dapat masuk international school senang la nanti...kihkih


kelas character development


ICT lab...


3D printer....jakun tengok printer ni tu tepek dalam blog jugak...bagi korang pun jakun sekali...haha~   tu yang macam model² atas tu lah hasil rekaan 3D yang pelajar² ni buat....canggih kan?? ahkak pun tak gheti dikkk! ahkak reti edit gambar guna Photoscape je...tu pun takat edit² lighting boleh laaa...nak edit bentuk² camni bagai tak boleh baca printer tu kang...cayalah dik!!


Tetibe terperasan anak Dato Aliffsyukri dalam one of the class yang aku terjah...dia pun belajar kat sini lahhh....wohoaa!


Kelas Gred 3 tak silap...dorang tengah belajar subjek Matematik...kenali nombor dari 1 - 100...tak dapat bendung dah naluri mak mak yang teruja tahap lompat bintang bila tengok anak² have fun dalam kelas...dorang diajar untuk bekerja dalam kumpulan, kecekapan mendengar arahan, semangat untuk menang dalam pertandingan...pehh!


Nanti nak buat homeschooling dengan anak² aku macam ni lahh...menarik kot!! πŸ˜


SETIAP KELAS dalam sekolah ni termasuk lah kawasan kindergarten FULLY AIR CONDITIONED!! aku rasa sebab tu kot uniform sekolah dorang ada jaket / kot...tambah dalam ICT lab tu, aku duk dalam tu 10 minit pun dah gigil²....haha~


Last sekali kami ke kelas kindergarten....kanak² seawal usia TIGA tahun dah boleh hantar ke sini...


Zafirah tengah 'panaskan enjin'...biasa la memula jumpa kawan baru....dah lama kang kau tengok la dia takmo balik oke! grrr


Aku kagum betul tengok style teachers kat sini mengajar...walaupun dia tahu Zafirah tak faham bahasa Inggeris, dia tetap berkomunikasi dengan Zafirah 100% in English...memula aku risau jugak Zafirah boring sebab tak faham apa teacher cakap...surprisingly, bila aku tinggal kan dia dalam few hours kat sini, elok je dia get along dengan teachers and her new friends...dia dah boleh jawab soalan² teacher bila teacher tanya, "are you hungry? do you want to eat with me??"


eh bukan tadi tak faham English ke?? cayalah teacher! cayalah Zafirah!! mama is proud of u!


kebetulan masa kitorang datang, dorang ada kelas baking cupcakes...dapat la Zafirah join bake cupcakes dengan kawan² baru and teachers baru...yeyy!


berlumuran lah tepung satu badan! kat rumah jangan harap mama nak bagi main tepung! bahahahaha


masukkan adunan dalam cup dan sedia untuk dibakar!! harum semerbak satu kindergarten dengan bau chocolate chips cupcakes...yummeah!


Masa nak balik Zafirah request nak bawak balik cupcakes...siap mentioned nak 3 ketol oke! hahaha~  err mama pun teringin nak merasa cupcakes yang dia buat tu sebenarnya...ngeee~  dalam kereta baru boleh makan...segan nak makan depan teacher...kahkah


nyumm! sedap oke! well done teachers!


Amacam?? menarik bukan?? ramai kawan² aku teruja tengok live update aku kat IG and FB....aku rasa korang pun mesti banyak soalan nak tanya pasal sekolah ni kan??


Maklumat lanjut korang boleh klik link² bawah ni:
Instagram: @sevenskieskl


Atau korang boleh datang sendiri sekolah ni dan lihat sendiri dengan mata kepala korang facilities yang disediakan, boleh terus hubungi pihak sekolah di talian 03-6151-6952


atau boleh juga hantarkan emel ke info@sevenskies.edu.my


eh nak LIVE CHAT pun bolehhhh! klik je kat website yang aku bagi tu tau! πŸ˜





Terima kasih sudi membaca!

Sep 20, 2016

Aidiladha 2016

Assalamualaikum...


Raya haji tahun ni biasa² je...raya kat Bangi...sebab aidilfitri hari tu dah balik kampung mertua, so raya haji giliran belah aku lah pulak kan....gitu lah style kitorang laki bini sejak kahwin....gilir² balik kampung sempena hari raya....sok dah tua takde la nak ngungkit² tak pernah balik rumah mak kita, asyik balik rumah mak awak jeeeeee....bila dah tua susah dah nak ubah ikut giliran bagai...so better amalkan dari sekarang...adil dan saksama gitu...haha~


 Sehari sebelum raya, gotong royong masak lauk....pakcik aku (adik mak) dari Kelantan raya KL tahun ni....dia sampai Bangi hari Jumaat malam...adik beradik mak yang lain pun dah plan nak berkumpul Bangi petang hari raya tu....nak buat BBQ bagai...meriah la rumah mak aku sepanjang weekend tu...BEST! πŸ˜


kaklong pun sibuk nak tolong orang kupas bawang...aku takmo bagi sebab kang pedih mata dia merengek² buat aku hangin je kang....hahaha~  tapi dia nakkk jugak tolong...oke fine! warning je awal² kalau pedih mata jangan merengek...potong bawang memang pedih mata...

"bawang tu dia panas ke?? dia cucuk mata ke nanti??"


argh!! aku ingat masa SPM dulu dah cukup susah soalan² dia...rupanya soalan² dari budak kecik lagi mencabar IQ weiii!!


Pisau lak dia guna pisau roti....tumpul je...aku nak bagi pisau tajam (walaupun risau nanti tangan terluka tapi bila lagi nak bagi dia merasa tangan luka?!!! kahkah), tapi dia sendiri yang takmo pisau tajam...nak jugak guna pisau tumpul....risau tangan luka berdarah letteww! πŸ˜ 


Sehari before raya tu, hari Arafah, semua orang puasa sunat...aku je tak puasa sebab tak bangun sahur...tak tahan lapar weii...haha adoyaii~  so lepas lauk semua dah siap masak, aku rasmikan dulu...ngeee~


Style family belah mak aku, kalau ada jamuan raya or jamuan untuk family gathering, lauk wajib is daging masak kicap and masak ompok...biasa dorang masak ompok tu guna ikan...kali ni guna daging...saja tukar selera....yang penting pedas berdesing! hahaha~  memasing hantu pedas...kalau tak pedas takde selera nak makan...pfft!


Esoknya tu, hari raya haji, hujan lebat selebatnya....mujur masjid dekat dengan rumah....basah la sikit baju raya kena hujan...aku tak pi solat raya sebab menjaga Zafran....dalam pukul 9am gitu dah habis solat raya....breakfast ramai²...makcik aku buat pulut and sambal ikan bilis...nak makan pulut dengan masak kicap and ompok pun ngam! Alhamdulillah kenyang...


Agak² hujan dah reda sikit kitorang pi masjid area rumah aku untuk tengok korban....ayah buat korban tahun ni....kitorang tak buat sebab dah buat tahun lepas...baca entry "Korban Tahun ni"....pi masjid pun bukan tolong apa...saja tengok je...kehkeh


 first time tengok orang lapah perut lembu...keluarkan segala isi² perut....biasa tengok orang sembelih je...bab lapah melapah ni tak pernah lagi tengok sebab malas nak tunggu lama²....biasanya lepas sembelih tu terus balik...hahaha~


 hujan lagi masa ni...renyai²....gigih jugak nak tengok orang sembelih lembu....Zafran tak pernah tengok orang sembelih lembu....Zafirah pulak dah eksaited dari rumah nak tengok sembelih lembu, sebab dah inform dia dari hari sebelum tu lagi....bebudak kalau dah berjanji kena tunaikan...kalau tak, sampai tahun depan dia ngungkit nak tengok sembelih lembu je....haha~   tu yang pergi jugak tu walaupun hujan...


 lembu ayah....erm aku ada baca orang share thru wassap adab² sembelihan....tapi erm, selama aku tengok proses² penyembelihan kat tempat aku, takde lagi jumpa orang follow the adab....ke ada khilaf?? erm....mohon pencerahan ye korang...


Tak lama pun tengok proses penyembelihan...setel sembelih lembu ayah, kitorang balik...sebab hujan macam nak lebat balik je..


Dalam tengah hari, kitorang gerak pi rumah wan dak encem kat Senawang...kampung belah pak mertua aku ni....nak balik kampung mak mertua kat Melaka jauh sangat...lagipun petang tu adik beradik mak yang lain nak datang....so beraya dekat² je lah....hihi~


Singgah R&R Seremban tapau KFC...kengkonon nak makan kfc kat rumah wan....sebab takde orang sangat pun kat kampung....ada abah dia je...


 selfie with kiddos sementara tunggu papa beli KFC....pandai dah hero hensem mama posing pandang kamera yeeee...Zafirah tu toksah cakap la....expert dah bab² posing ni...hahaha~


 Sekali bila sampai rumah wan ada family maksu dia pulakkkkk...kitorang beli KFC sikit jeee...5 pcs ayam and cheesy wedges je...hahaha~  oke tinggal kfc dalam kereta dulu....makan apa ada kat rumah wan....kahkahkah


Kat rumah wan sempat la mentido sejam dua...cuaca sejukkk...berat je mata ni....Zafirah je tak tido...dia memang susah nak tido siang...sibuk main je...haihh~   dalam lepas asar baru gerak balik Bangi....yang kfc tu kitorang makan kat rumah mertua aku....hahaha~


Maghrib balik rumah....dorang dah start BBQ pun....


ze couzins....ayam marinated semua mak aku buat pagi tu....cousins pulak bukan semua datang...ada la 2-3 orang tak dapat datang...beraya rumah mertua and ada yang kerja kot...entah laa...huhu


Macam biasa family mak kalau dah berkumpul mesti nak buat tahlil....lepas maghrib jemaah, ayah lead tahlil...aku tak sempat join sebab sibuk mandikan anak, siapkan diri sendiri...seharian beraya, berlengas dah badan....


Setel tahlil, sambung makan! makan, makan dan makan!! πŸ˜


Esoknya tu dah start kerja macam biasa....Zafirah follow aku pi kerja sebab sekolah dia cuti seminggu....kebetulan manager pun takde, outstation, pastu ada staff yang cuti jugak, so line clear nak bawak anak...


Hari tu pulak aku ada kerja kat Serendah....otw balik opis, Aty ajak singgah rumah dia....aku pun tengah penat driving, dengan sesat barat mencari tempat nak deliver barang, dengan cik P menjelma tiba², pastu sakit kepala, rasa nak tido je...so singgah la rumah Aty jap untuk berehat²...lagipun raya haji kan 3 hari?? alang² tu beraya je lah sekaliiii...😁


 2 jam gak kot aku melepak rumah Aty...hahaha~  rehat?? kelauttttt....kalau jumpa Aty memang borak non stop...dah la 2 jam je kan? dengan anak² sibuk nak nyampuk mak berborak...eh tak puas! sampai dah keluar rumah pun pot pet pot pet lagi....kalau bukan sebab kena masuk opis memang nak lepak lama lagi wehh rumah Aty....hahaha~ 


sebenarnya gambar ni nak tunjuk papa belikan buaian cenggini untuk Zafirah....Aty cakap dia beli RM50 gitu...kena drill kat dinding...lama dah dia beli...tahan sampai sekarang....beli lah papaaa!!! tak payah dah bawak Zafirah main buaian kat taman mainan....main tepi rumah jeeeee...😁


k tu je kisah Aidiladha aku....biasa² je...tapi best sebab banyak makanan sedap²...haha dasarrr!


k bye!











IKLAN:



Rahsia suami makin sayang πŸ˜

kulit berseri BEBAS JERAWAT! πŸ˜

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM, RM68

Kelebihan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ~
πŸ’• Pudarkan jeragat degil
πŸ’• Kecutkan jerawat
πŸ’• Hilangkan parut
πŸ’• Anjalkan & tegangkan kulit wajah kendur
πŸ’• Hilangkan bintik hitam
πŸ’• Cerahkan kulit kusam
πŸ’• Baiki tona tak sekata

πŸ€” Hanya sekali sapuan pada wajah ~> nampak terus kesan kulit jadi tegang & fresh + GLOWING!! .
πŸ€” CEPAT MERESAP + TIDAK BERMINYAK dengan teknologi Nano yang dipatentkan dari Swiss
πŸ€” Gabungan Arbutin + Glutathione + Vitamin C + Pure Vitamin E + Willowbark yang sememangnya memberi kuasa maksimum pencerahan kulit secara selamat dan berkesan seawal 7-14 hari.



READY STOCK YE KORANG!

More, ada FREE GIFT menarik sementara stok masih ada! πŸ˜˜




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015