Nov 30, 2016

Anugerah Pelajar Cemerlang 4 Tahun

Assalamualaikum...


A photo posted by Azfar Roslan (@ujang9897) on
Sabtu lepas tadika Zafirah buat majlis konvokesyen aka majlis ihtifal...ekceli majlis ni untuk taski² Abim sekitar Bangi...dan biasanya majlis ihtifal ni untuk kekanak 6 tahun je...sebab dah graduate dari tadika gitu kan....tapi Zafirah dapat anugerah pelajar cemerlang, so dijemput sekali join majlis ni...ada penyampaian hadiah...wohoa!


pelajar cemerlang keseluruhan 4 tahun...tempat ketiga...well done my doter! mama doa semoga awak berjaya capai cita² nak jadi doktor gigi tuuu...senang mama nak beli gigi palsu dah tua sok...ehh! πŸ˜


Walaupun baru 4 tahun, kami laki bini tetap lah happy...eksaited tahap lompat bintang bila dapat tau anak wakil pelajar cemerlang...priceless moment for us!


Hari Sabtu tu, gigih la semua bangun awal pagi macam biasa....Zafirah pun takde nak drama²...sebab dah cakap nak pi amek hadiah...suka la tew dapat hadiah...menyengih je sepanjang masa πŸ˜


sebelum bertolak, selfie sedas! dia yang mintak nak posing nampak gigi πŸ˜‘


selfie lagi...lambat pulak tunggu papa siap....pfft~


Ikutkan tentative pukul 7.30am kena ada kat dewan...tapi kitorang malas datang awal...takut kena menunggu lama...weols ada baby leceh la nak tunggu² ni....so pukul 8am baru keluar rumah....alaa majlis buat kat dewan dalam UNITEN tu jee...bukan jauh nau....10 minit je dari rumah....haha~


Sampai dewan, kena register nama Zafirah dulu....sebab ada banyak tadika yang involved tu kena register kot...senang penganjur nak trace siapa yang tak dapat hadir....eh memang ada yang tak datang pun! so mc boleh announce sesiap masa penyampaian hadiah...baru la teratur majlis..gituuhh!πŸ‘


Kitorang masuk dewan agak lambat...sebab duk makan nasi lemak and roti sosej dulu kat luar...lapar oii! beli breakfast kat Petronas...kaya kauu beli makanan kat Petronas...hahahaha! Zafirah pun makan sekali...sian kang lembik je jalan nak amek hadiah...then dia duk ramai² dengan kengkawan and teachers kat tepi dewan...makpak proceed masuk dewan....


time kitorang masuk, dah start pun VIP bagi ucapan...ada 2 orang VIP yang bagi ucapan...panjang lak tu! makin lama dewan makin bising...yelahh semua orang pun bawak anak² kecik...bebudak mana reti duk diam...10 minit duduk je dah bosan...kalau boleh majlis untuk bebudak ni toksah la bagi speech panjang lebar....walaupun speech tu ditujukan untuk makpak, tapi kami tak dan nak dengar and hadam...sebab sibuk melayan anak yang melasak! hahaha~  pendapat seposen daku lah ye...harap dipertimbangkan  *macam lah dorang baca blog aku..lol* πŸ˜


 see, baru je letak punggung dia dah menggelupur nak turun....dah la seat dewan tu sempit...dia nak berjalan hulu hilir pulak depan tu....mujur la time persembahan nasyid dia duk diam...teruja agaknya tengok akak² & abang² berlakon + nyanyi + baca doa + baca sajak....pheww~  lega lah kejap...huhu~


persembahan pertama dari tadika mana tah, tak ingat....ya Allah cute gilaaaaa!! kagum aa cikgu² latih anak² boleh hafal skrip, hafal step, buat persembahan yang comel lotey giniiii....terhibur jap makpak dengan gelagat anak² time ni....CUTE OVERLOADED!!!! πŸ˜

ni persembahan kedua dari tadika lain pulak....ya ampun sajak tu bikin leleh air mata...hati tisu kekdahnya...huhu~ pastu teringat time aku tadika dulu...ada buat persembahan lakonan + nasyid...lagu 'Ibuku'....aku pegang watak 'mak'! pastu mati....kahkah~  bakat berlakon dah terserlah dari kecik hokayyy *flip tudung*


Dah habis 2 persembahan, penyampaian hadiah pulak....haa dah macam award apa tah...penyampaian hadiah selang seli dengan persembahan dari anak²...wohoaa!


Time penyampaian hadiah, Zafran dah makin tak senang duduk...bagi berdiri pun takmo, duduk pun takmo, bagi makan pun takmo...dah mula cranky...adoii~  makanya daku terpaksa lah bangun pi cari port lapang sikit bagi dia bebas bergerak....duduk lah aku kat tangga...hahaha~  Zafran tu seronok la main turun naik tangga...grrr~


Sampai lah turn penyampaian hadiah pelajar cemerlang...hah! eksaited dah aku standby depan pentas untuk amek gambar...hahahaha~  gila kau tak eksaited?? biar la baru 4 tahun pun...kenangan ni oke kenangannnnnnn


tu diaaa my baby girl...halahh halahhh dah big girl dah diaaaa...tacing pulak moment ni...kahkah~  time ni Zafran dah meronta² nak turun, takmo dukung...tapi bila nampak kaklong berdiri situ dia pun eksaited panggil² kaklong...alolo~


congratz my doter!! mama papa bangga sangat! keep up the good work oke! tahun depan rembat sekali anugerah Al-Fateh (pelajar contoh)....kemain cita² mama...bahaha~


proud parents...normal la bangga dengan pencapaian anak kan?? takkan nak sedih pulak...haha~  sok dah besar boleh baca balik entry ni ye nakkkk....teruskan usaha jadi insan berjaya dunia akhirat...insyaAllah~


Saja nak cerita, aku dulu pun taski Abim jugak...kat Taman Seri Serdang tu...Taski Abim Saidatina Fatimah....sekarang masih ada lagi taski tu...rumah yang sama! legend oii taski tu...haha~  kot ada readers aku taski sama dulu jom lah kita gathering...ehh! πŸ˜


kbai~











IKLAN:


Jom cuba!






Terima kasih sudi membaca!

Nov 28, 2016

Percutian Idaman Mampu Milik dengan TouristGuide.com.my

Assalamualaikum...


 kaki-kaki travelling wajib baca entry ni tau....sumpah menarik! πŸ˜


Baru ni aku attend pelancaran website terbaru http://www.touristguide.com.my/ di The Westin, Kuala Lumpur...ada apa dalam website tu?? haaa website ni lahhh yang akan bantu cari jalan penyelesaian korang yang stress fikirkan bajet untuk percutian idaman....


Kenapa? sebab di TouristGuide.com.my ada menyediakan pelbagai tawaran hebat untuk pakej² pelancongan dengan harga yang terrrrrpaling murah! silap haribulan korang boleh dapat melancong secara PERCUMA!! wow!


Bersama maskot TouristGuide.com.my ....masa majlis pelancaran tu, baru aku tau rupanya Tourist Guide ni dah mula beroperasi sejak tahun 2011...Sepanjang 5 tahun beroperasi, TouristGuide.com.my telah membina hubungan yang sangat kukuh dengan syarikat penerbangan, hotel-hotel dan pengusaha pelancongan tempatan. Ini membolehkan TouristGuide.com.my menawarkan pelbagai jenis tawaran pelancongan dengan harga termurah! πŸ˜±


Pelancaran TouristGuide.com.my oleh Akim Ahmad (Artis Malaysia), Mr Azlan Hussain (Pengerusi Kuala Lumpur Tourism Association), Mr Mohd Akbal Setia (Pengarah Tourism Malaysia Kuala Lumpur) dan Mr Devan Kumar (Pengurus Syarikat TouristGuide.com.my)


Tak perlu risau dah pasal bajet untuk bercuti lepas ni sebab di TouristGuide.com.my menjadi platform untuk mencari hotel yang terbaik dan berpatutan, tawaran pelancongan dengan diskaun terbesar dan kemudahan yang baik kepada semua pelancong...


Jom daftar keahlian NOW!!! FOC je uols! halahh halahh benda free pun taknak ke?? rugi tauu πŸ˜


6 Kelebihan Menggunakan TouristGuide.com.my

1. Tempahan Hotel Lebih murah daripada yang lain
TouristGuide.com.my telah berkerjasama dengan kebanyakan hotel di seluruh dunia untuk menyediakan perkhidmatan hotel di portal TouristGuide.com.my. Selain itu, TouristGuide.com.my juga mampu menampilkan kira-kira 75,000 bandar di seluruh dunia dan menyediakan ia pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan pesaing utama mereka.

 2. Tempah Penerbangan, Mendapat mata, Menebus tiket secara percuma 
Untuk tempahan penerbangan, TouristGuide.com.my masih dalam fasa rundingan dengan sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Malaysia. Selepas ini, tempahan penerbangan boleh dilakukan di laman web TouristGuide.com.my sekaligus pengguna akan mendapat point atau mata ganjaran dan boleh mendapatkan tiket penerbangan secara PERCUMA apabila menebusnya di masa akan datang.

 3. Tawaran Diskaun Percutian (Sehingga 75%) 
Yang paling best bila kita semua orang boleh bercuti dengan kadar yang paling tak masuk akal iaitu dengan harga yang murah dan sangat menjimatkan! Haa tak sabar la tu! Kalau nak tahu scroll sampai bawah tau! Jangan lupa rebut peluang bercuti dari 1 April 2017 sehingga 31 Mac 2017 nanti! Promosi sah dari sekarang sehingga 30 November 2016. Jangan lupa layari TouristGuide.com.my .

 4. Pangkalan Travellers 
TouristGuide.com.my akan mewujudkan pangkalan data pelancong dan menyasarkan 10,000 pelancong dari Malaysia sebelum berkembang ke negara-negara lain. Dengan pangkalan data yang lebih luas pelancong, TouristGuide.com.my mempunyai kelebihan untuk tawar-menawar harga pakej dan mendapatkan kadar diskaun untuk percutian yang lebih murah.

 5. Hubungkan Semua Travellers di Dalam Satu Network 
TouristGuide.com.my akan mewujudkan satu rangkaian pelancong dan menyambung setiap pelancong yang telah mendaftar di www.touristguide.com.my kepada 3000++ pelancong lain supaya mereka boleh mendapat mata ganjaran dan boleh digunakan untuk menebus percutian secara percuma dengan mata ganjaran yang dikumpul.

 6. Bukan MLM dan Tiada Yuran Keahlian 
Ops. Mesti korang dah mula rasa lain macam kan kenapa macam best sangat je TouristGuide.com.my ni takut juga ada agenda tersembunyi. Tapi korang jangan risau. TouristGuide.com.my ni bukan macam MLM tau! Tiada yuran keahlian dan semuanya PERCUMA. Jadi jangan lupa mendaftar keahlian di TouristGuide.com.my okay!



Cekidaut pakej² yang tengah HOT di TouristGuide.com.my πŸ‘‡






hah amacam?? teruja tak??


Take note gais:

Promotion Period: Now until 30th November 2016 
Travel Period: 1st April 2017 – 31st March 2018 (except public holiday) 

 Jangan lupa daftar keahlian korang dahulu di http://touristguide.com.my/register untuk dapatkan pakej percutian di TouristGuide.com.my tau!


Cuti sekolah dah bermula...apa lagi?? Dah boleh plan bercuti dengan kesayangansss...yeyy!


Untuk maklumat lanjut :
Instagram : @touristguide.com.my 

INFINITY VACATION SDN BHD (1141826-T) 
Suite A25-3A, Sentral Business Park, Jalan TKS 1, 
Taman Kajang Sentral, 
43000 Kajang, 
 Selangor Darul Ehsan 
Toll Free : 1800 38 3338 
Office Hours: 9 a.m. – 6 p.m. (Mon – Fri) 
Email : contact@touristguide.com.my




Terima kasih sudi membaca!

Nov 25, 2016

Mini Zoo @KL Tower

Assalamualaikum...


Pernah terfikir tak kat tetengah KL yang sesak, penuh bangunan tinggi² tu, ada ZOO??! tengah bandar tu wehhh...haha~   aku memang tahu dalam KL Tower ada zoo...sebab pernah pi tapi tak jadi masuk atas alasan tah pape...aku ada cerita dalam entry SINI πŸ‘ˆklik....sebabkan entry tu jugak management KL Tower contact aku untuk redeem balik entrance masuk zoo...tapi sampai sekarang, which is 5 tahun kemudian, tak redeem² pun!! takde masa lah nak pi sana....


Sampai lahhh weekend baru ni....2 minggu lepas gitu....abang Ben Ashaari ajak geng KBBA buat lawatan ke KL Tower mini zoo ni...teruja lah nak join...dah kata dulu tak dapat masuk kannnn....lepas 'insiden' tu aku emo siap nak boikot KL Tower...elehh bukan dorang rugi pun aku boikot...kahkah~  tup tup ada pulak orang belanja masuk zoo...kalau aku tolak, aku lah rugi kan?lol~ πŸ˜


Pada hari kejadian, pukul 9am dah terpacak depan mini Zoo...nama je mini zoo, tapi aku rasa macam besar je....ada banyak binatang yang dipamerkan dalam zoo ni...mungkin berjalan sambil dukung anak tu yang rasa besar...atau simptom penuaan, cepat mengah πŸ˜


kawasan pertama, ada burung² and haiwan kecik²...aku terkejut sebenarnya tiba² je staff situ letak burung atas bahu aku...oii geli!! mujur tak melompat! haha sabar je lahh


yaa bestnya mini zoo ni korang diberi peluang untuk pegang sendiri haiwan² yang ada...nak bagi makan pun boleh....ada staff bertugas akan bagi korang makanan untuk diberi pada haiwan....


percubaan Zafirah bagi makan kat....err apa tah nama haiwan ni...macam monyet tapi kecik nau....cute! elok lepas bagi makan monyet dia nangis....ehh dah kenapa??? πŸ˜‘


Black-tail Prairie Dog...banyak di kawasan Amerika Utara...jangka hayat cuma 1-4 tahun sahaja


baby kangaroo!!! takyah susah² pi Australia...kat KL pun ado kangaroo😁


Asiatic Reticulated Python....senang cite ULAR lah! banyak jugak jenis² ular yang dipamerkan dalam KL Tower mini zoo...geli geleman...ular jenis ni banyak di kawasan Barat Daya Asia...jangka hayatnya 25-30 tahun..😱


Falabella Horse dan Emu....Falabella Horse banyak terdapat di Argentina...jangka hayatnya 25-30 tahun...Emu pula banyak terdapat di Australia...janga hayatnya hanya 19 tahun jika di hutan dan boleh cecah 40 tahun jika dalam kurungan...wahh duk zoo je lah gitu cik Emu...lama sikit awak hidup...ngee~


Boleh juga nak bagi makan bayam kat Emu...tapi masa ni Emu tengah emo kot....puas staff tu panggil nak bagi makan dia lari² pi tempat lain....haishh


Next, kita pi kawasan burung²


Kitorang angkut sekali dak Zuyyin, sepupu Zafirah....dorang ni rapat...eh syukur bawak sekali dak Zuyyin ni....seronok tengok dia cuba bagi haiwan² makan walaupun masa memula masuk dia takut² jugak...tapi lepas tengok orang lain relek je pegang², dia pun jadi berani...good job Zuyyin! dak Zafirah tu toksah cakap laaaa....penakut! stress aku tengok dia asyik nak menyorok belakang kitorang pastu kejap² nangis....ikut siapa tah penakut?? *lariiiii*


see...relek je Zuyyin bagi makan burung...


aku perasan burung² dalam ni suka gigit topi...sebab masa ni ada 2 orang pakai topi termasuk dak encem...kemain leka burung² tu gigit² topi....so hati² lah ye korang yang suka pakai topi tu...hehe


ihsan kamera bang Ben


FYI, nama burung....maaf lah gambar blur...tangan lenguh dukung Zafran lama sangat....bahaha~


NEXT!


ni nama dia Alpaca...rupa macam Llama...tapi bukan! ALPACA ye...ada 2 ekor...sekor nama Milky, sekor lagi nama Chocky...ke Chocolate?? hahaha tak ingat! ampunπŸ™


Aku pun taknak lepaskan peluang bagi Milky makan...gelojoh tau! hahaha~  Zafirah macam biasa...penakut...Zuyyin je oke...banyak kali pulak dia nak bagi makan....huhu
Longkang Fishing!! (ihsan gambar kak Ninamirza)...tapi masa ni ikan² semua menyorok....sian bebudak tu duk main cedok air je...ikan nan hado....huhuhu
Next, kawasan arnab dan kura²....gift shop pun ada kat bahagian ni...kot lah nak rehat minum² jap...

ni je lah satu²nya haiwan yang Zafirah berani bagi makan....mementang 'kawan' tu jalan slow berani lah dia...senang nak lari...hahahahaha


Kitorang lepak agak lama kat kawasan ni...Zuyyin tu kejap² nak bagi turtle and arnab makan....suka pulak dia tengok 'kawan' tu makan...hahaha   bagi la puas² nakkk....bukan selalu kita nak datang sini....


Lastly, tengok monyet albino, raccoon and apa tah lagi sekor ada kat sini πŸ˜


2 ekor raccoon sedang bermalasan atas pokok tu...takde pagar pun kat pokok ni...kiranya kalau tetibe raccoon tu melompat atas kepala kau, kejung lah kau kat situ ketakutan! hahaha~  tak tak...ada staff jaga kawasan ni so don't worry bebeh! πŸ˜


yeyy dah habis round zoo!! dalam tengah hari dah habis round....walaupun cuaca panas terik (sebab dah tengah hari), tapi dalam kawasan zoo tak kena pun matahari...sebab kawasan zoo ni dalam hutan tau...kiri kanan hutan...best feeling evahh!


Overall aku puas hati pi sini....RECOMMENDED untuk korang yang ada anak kecik....siapa sangka kan, tetengah bandar KL ada kawasan hutan yang masih terpelihara macam ni....good to know....


Terima kasih KL Tower for having us! #teamblogger


FYI


Cuti sekolah nak dekat dah ni...jomsss!



Maklumat lanjut: 




Terima kasih sudi membaca! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015