Aug 11, 2020

Tengok Hidupan Laut di Sealife Legoland Malaysia

Entry berkaitan:
Legoland Hotel (Premium Adventure)
Legoland Hotel (Premium Pirate)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 1)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 2)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 3) | Star Wars Miniland
Legoland Malaysia Water Park
Harga Tiket Legoland
Lego Ninjago di Legoland
Built a Boat di Water Park Legoland!
The Lego Movie 4D, New Adventure!
Program Pendidikan English Mania di Legoland Malaysia
Gelapkan Kulit di Legoland Waterpark



Assalamualaikum...

Tiap kali aku datang Legoland, ada je benda baru / attraction yang baru buka. Yelah aku bukan nya pergi sini tetiap tahun. Laki aku tak rajin nak drive jauh² ye. 2 tahun sekali baru datang. Itu pun ikut mood dia jugak. Kalau korang nak kata attraction kat sini biasa je pun terpulang lah. Pengalaman masing². Aku cerita pengalaman aku. ok?

So attraction terbaru yang aku masuk kali ni adalah SEALIFE! Kali terakhir aku datang Legoland tahun 2018 (bulan Mac), dorang tengah buat lagi tempat ni. Rasanya akhir 2018 atau awal 2019 Sealife ni siap. Tak pasti pulak.


Sealife ni betul² depan theme park dan sebelah hotel Legoland. Kalau datang dari Medini Mall pun boleh nampak building Sealife ni. Ada entrance dari belakang juga (aku pun tak pasti lah mana depan mana belakang. Janji korang tau lokasi pintu masuk sudah πŸ˜)


Sebelum masuk, staff bertugas akan explain the Do's and Don'ts sepanjang korang duk dalam tu. Dorang akan highlights SOP yang perlu dipatuhi.

Jom tengok apa ada dalam SEALIFE.


Kena disinfectant kasut dulu sebelum masuk.


Tengok banner belah kiri tu, basically itu lah yang akan korang pelajari bila masuk dalam Sealife. Banner belah kanan adalah show time yang dibuat dalam ni. Kitorang masuk sini dah lebih pukul 5pm. Memang takde show lah petang² tu. Orang dah ready nak tutup. huhu~


 Macam biasa lah kat sini pun ada SOP yang diamalkan (NEW NORM). Kena jarakkan 1 meter antara family kita dengan orang lain. Bukan setiap orang jarak 1 meter ye. Kat sini dorang group kan ikut family. Yelah kalau 1 family ada 5 orang, nak jarak sampai 5 meter, jenuh jugak nak tunggu habis round 1 tempat ni. Sebab tu dorang group kan ikut family. Begitulah.

Boleh ambil gambar dan rekod video dalam ni. NO FLASH ALLOWED! Jangan sentuh² kaca akuarium tu. Pesan kat anak-anak ok!


Lampu dalam ni malap je. Gambar aku semua diambil menggunakan Iphone XR, then edit lighting guna Photoscape (komputer) atau Snapseed (apps phone). Tak, bukan nak show off pun. Biasanya akan ramai orang tanya, "sis guna fon/kamera apa, gambar terang lahh..."

So aku inform je lah siap². Kalau tanya lagi tu memang nak kena piat telinga! πŸ˜

Wajib pakai mask sepanjang berada dalam Sealife. Excuse adik baby. Mask dia duk pegang kat tangan. Kalau anak korang macam anak aku, pastikan jaga jarak sosial dengan orang lain. Sebab tu aku datang sini weekdays, time tak ramai orang. Bukan senang nak suruh baby pakai mask.


Sanitizer juga disediakan. Ada few stations sanitizer dorang letak  sepanjang jalan. Korang digalakkan untuk selalu sanitize tangan sepanjang berada dalam ni. Kiranya tiap kali nampak mesin sanitizer ni, terus sanitize tangan korang especially anak² ok!


Siap ada tempat untuk kids main game. Game ni kita kena control turtle daripada terkena sampah sarap dalam laut. Kalau turtle tu terlanggar sampah, mati. Gitu lah yang aku faham pasal game ni.


Ada few tempat juga yang bebudak boleh hands on. Ada macam puzzle, coloring, learning tab. Sebab tu lah dorang sediakan sanitizer merata² ye. Berapa ramai pulak duk sentuh² skrin ni untuk main game. Lepastu anak² mesti nak pegang merata. Bukan boleh duk diam tangan bebudak kan?


 Banyak juga ikan aneh² dipamerkan dalam ni. Bukan anak² je teruja, makpak pun teruja tengok ikan² tu! Ikan² dari pelbagai negara ada kat sini. Bukan ikan dari Laut China Selatan je. haa  Bersiap sedia lah nak menjawab soalan² kbat anak². gulp!


Paling aku suka interior dalam akuarium. Bukan kaleng kaleng interior dia. Ada ala ala shipwreck, ada patung Lego tengah swim. Awesome gilaaaa!!!


 Aku cuba bercerita kat Zafri jenis-jenis ikan yang ada dalam akuarium tu. Entah dia faham ke idak apa aku cakap. LOL~


Bahagian ni ada tapak sulaiman atau star fish. Mungkin ramai pernah tengok star fish kan? Tapi korang pernah SENTUH tak star fish tu?? With your barehand!! haaa kat sini korang diberi peluang untuk sentuh permukaan starfish. wohoaa!!


Sebelum sentuh, korang kena cuci tangan dengan sabun dahulu (sinki disediakan di jalan masuk dan jalan keluar). Risau ada bakteria kat tangan korang tu yang akan merosakkan starfish. Merosakkan ke istilah dia? But u get my point right?



Did you know?? Starfish TIDAK mempunyai:
❌ Otak
❌ Mata
❌ Darah

Aku pun baru tau hari tu. hihi~  Kalau korang ada apa² soalan, tanya je staff yang bertugas kat situ. Macam² dorang boleh explain. Bukan anak je bertambah ilmu, makpak pun dapat ilmu baru juga πŸ˜

Aku geli gilaaaa nak pegang!! Tapi bila tengok staff tu relek je sentuh siap tunjuk mana mulut, mana kaki, mana badan semua. Tiba² datang keberanian, "kalau dia boleh pegang, kenapa aku tak boleh??". Gituu ye ayat saiko diri sendiri. hahaha~


Muka bangga berjaya sentuh starfish! Mata tu mata senyum tau. hahahaha

Macam mana rasa badan starfish tu?? Kalau nak tau, kena lah datang sini, cuba pegang sendiri. kahkah! You'll thank me later πŸ˜


 Bahagian ni pun ada sediakan aktiviti for kids. Anak-anak boleh mewarna guna tab yang disediakan kat meja tu. Pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat! Gitu konsep dia. Kalau lambat sila beratur. hahaha~   Tab memang ada banyak, tapi SOP baru, kena jarak 1 meter, so ada few tabs je yang dorang bagi guna.


Lepas warna ikan dalam tab, klik "SUBMIT' nanti hasil ikan yang anak korang warna tu akan keluar kat skrin besar depan tu. Macam ada spesis ikan baru masuk dalam akuarium. haa canggih oi! Kena bawa anak² datang sini ok!


Terowong akuarium. Ramai dm aku cakap ala ala aquaria KL**. Aku tak pernah masuk aquaria so tak tau nak compare. πŸ™


Baby shark! Ada 2 jenis jerung yang dipamerkan dalam Sealife. Black Tip Reef Shark dengan Sebra Shark. Tapi aku tak jumpa mana Zebra Shark. haha~  Kalau korang datang, jangan lupa tanya staff yang bertugas kat situ mana ikan jerung tau. πŸ˜


End of our tour.


Macam biasa lah, bila habis tour akan jumpa souvenir shop. Cecantik barang dalam kedai ni. Geram je tengok. Kitorang print gambar yang dorang ambil masa mula² masuk tu je. RM38 /pc. Kat kedai tak beli apa².

Kitorang spend masa kurang 1 jam, sebab datang dah lewat petang. Tak puas tengok ikan, tak puas bergambar. Bebudak ni suka tengok ikan lama², lepastu tanya soalan macam². Belum berhenti untuk bergambar lagi. huhu~  So kalau datang sini, aku suggest spend dalam 1 jam / sejam setengah baru ngam!

Opening hours: 10am-6pm

Macam biasa lah, ada video aku upload kat Youtube, Yanamib Channel.
Cekidaut!






Terima kasih sudi membaca!

Aug 3, 2020

Gelapkan Kulit di Legoland Waterpark Malaysia!

Entry berkaitan:
Legoland Hotel (Premium Adventure)
Legoland Hotel (Premium Pirate)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 1)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 2)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 3) | Star Wars Miniland
Legoland Malaysia Water Park
Harga Tiket Legoland
Lego Ninjago di Legoland
Built a Boat di Water Park Legoland!
The Lego Movie 4D, New Adventure!
Program Pendidikan English Mania di Legoland Malaysia



Assalamualaikum...


Hari ke-2 kami di Johor. Kali ni nak check in hotel lain. Tapi check in time pukul 4pm. So kitorang decide nak masuk waterpark dulu. Bagi bebudak main air puas², then boleh rehat kat hotel.

Aku dah 6 kali sampai Legoland. Kali terakhir datang bulan Mac 2018. Masa tu tengah sarat mengandungkan adik baby. Takde entry pun sebab malas nak menulis. Dah kata tengah sarat. Apa je yang orang 'muatan penuh' boleh buat kat Legoland? lol~


Tapi baru 2 kali aku masuk waterpark. Nak masuk dalam ni tak boleh rushing. Tambah bila bawa anak². Dorang mana puas main air kejap². Nak explore semua tempat pun dah makan masa. Tu yang 2x je aku dapat masuk waterpark. Waktu lain tak cukup masa nak singgah.

Kalau korang nak datang Legoland aku suggest korang stay 3 hari 2 malam. Ada banyak hotel area Legoland ni, pilih je ikut bajet korang. Baru puas explore semua ride dan badan pun tak letih sangat. Aku pernah stay 2 hari 1 malam, dia punya letih memang tak boleh bawak bincang! Kalau kena hari kerja, memang mintak MC lah jawabnya. πŸ€’


Since sekarang ni musim Covid-19, ada banyak SOP baru (New Norm) yang pihak Legoland amalkan bagi mengurangkan risiko jangkitan sekaligus mengikut arahan kerajaan (KKM). 

Mula² aku risau jugak nak bawak anak² datang sini. Aku ada anak yang antibodi tak kuat, senang sakit (pneumonia). Neb, inhaler tu dah jadi makanan harian dia. Tapi Alhamdulillah, sejak masuk tahun 2020 tak pernah bagi inhaler. Sejak PKP tak pernah sakit. Bagi air sejuk, ais krim, mandi pool semua ok. Mungkin peparu dia dah 'matang', antibodi dah mula kuat untuk lawan virus, wallahualam. Kitorang tetap berjaga² tiap kali nak bawa dia keluar rumah. Social distancing tu bukan new norm bagi family aku. Memang dah lama amalkan. hihi~

Then, bila aku tengok SOP yang Legoland amalkan, buat kan aku yakin untuk bawa anak² aku main air kat sini. Kitorang decide untuk datang pada hari bekerja. Boleh agak lah weekend mesti ramai orang. So nak selamat, nak selesa, ambil je cuti. Lagipun cuti tahunan banyak lagi. Kan lama PKP hari tu? πŸ˜

Dalam entry ni aku akan cerita SOP kat sini untuk rujukan korang. So jangan skip lah entry ni ye kalau nak tau apa SOP SOP yang pihak Legoland amalkan musim Covid-19 ni.


SOP pertama, kena scan QR code dulu sebelum masuk. Ni semua orang tau kan? Pergi mana² pun kena scan QR code atau tulis nama dan details kita kat pintu masuk.


Boleh tengok map waterpark kat entrance. So korang takkan terlepas untuk explore semua tempat. Kawasan waterpark ni luas ye. Dari luar nampak macam tak banyak attractions je. Sebab tu kena refer map if korang first time sampai sini.


Sebelum masuk, staff akan check beg kita dulu. Kut kita ada bawa barang larangan ke. Outside food contohnyaaa. Ni bukan SOP baru ye. Memang dari dulu pun dorang akan check beg sebelum bagi kita masuk dalam. For security purposes pun ye jugak. Mana lah tau korang terbawak senjata berbahaya ke masuk dalam.

Towel kena bawa sendiri atau boleh sewa je kat dalam. Aku tak bawa towel pun. Tengah panas terik masa ni. Lepas mandi berjemur la kejap kat tengah panas nanti kering la baju tu. bahahaha~ πŸ˜


Kitorang lepak kat Beach Grill cafe. Depan Wave Pool. Senang nak beli food and drinks. Bila dah main air tu confirm lapar. Harga food kat sini urm standard harga theme park lah ye. So masuk sini jangan lupa bawa duit secukupnya. Boleh kut nak guna kad. Tak pasti pulak. Alahh bawak je lah cash! πŸ˜ 


Kalau nak privacy sikit, boleh sewa khemah tu. RM100+ gitu. Ada banyak harga (semua RM100+), lupa nak snap hari tu. haha~  Dalam tu siap ada kipas, ada fridge, kerusi boleh baring bagai. Padan la dengan harga sewa tu kan.


Ni la wave pool. Siap ada ombak² ala ala mandi laut. Padahal air klorin. hahahaha! Panas cengggg masa ni sebab dah tengah hari. Tapi bebudak ni kisah apa. Janji dapat main air. Kemain lama dorang berendam ye. Aku pening duk dalam air tetengah panas terik tu. Nasib lah tak migrain.


Time aku sampai memang tak ramai orang. Puas bebudak mandi, tak payah risau social distancing, tak payah rushing kejar masa. Sebab kalau orang ramai dorang limit kan masa duk dalam ni.


 Zafirah dah rindu sangat nak swimming. Sebelum ni memang kitorang hantar dia pi kelas swimming setiap minggu. So dah 4 bulan kelas tutup since PKP. InsyaAllah bulan 8 start balik kelas swimming dia. yayy!


Setiap bahagian pool ada life jacket disediakan. So kalau dah habis mandi kat satu² bahagian tu, kena bukak balik life jacket tu. Faham ke faham?


SOP Wave Pool:
πŸ‘‰ 1 entrance
πŸ‘‰ 1 exit
πŸ‘‰ 40 orang per entry
πŸ‘‰ 20 minit per entry (if ramai orang)


Next, pergi bahagian ni pulak, Build-A-Raft River.

Korang duduk je atas pelampung macam tu, lepastu arus air tu akan bawak korang pusing satu pusingan. Kitorang round 2x kat sini. Sakit kaki sebab aku kena jaga adik baby. So tak boleh join duduk atas pelampung. Aku tolak je pelampung baby sambil jalan.


Sedap je dia baring sepanjang river tu. Panas terik wei. Kalau redup berangin mau dia tidur dah atas pelampung tu aku rasa. haha!


Lifeguards memang ramai kat sini. Boleh kata tiap penjuru ada lifeguards. Tapi jangan la kau tinggal je anak kau mandi sendiri². Perlu ada parental guidance jugak.

Dulu ada banyak giant lego dorang lambakkan dalam air so sambil duk atas pelampung tu, sambil main lego. Sekarang takde dah lego² tu. Pusing² atas pelampung je lah. Zafran asyik jerit je dalam ni. Gayat duk atas air agaknya. haha~


SOP Built-A-Raft River:
πŸ‘‰ 1 entrance
πŸ‘‰ 1 exit
πŸ‘‰ 60 orang per entry
πŸ‘‰ kalau ramai orang, sorang boleh pusing 1 round je


Ni namanya Imagination Station. Anak² boleh berkreativiti dengan Lego yang disediakan. Nampak tak tanda² bulat atas lantai tu? Itu untuk memastikan setiap orang yang datang mengamalkan penjarakan sosial. Pesan kat anak² takmo duk rapat² sangat dengan orang lain. Duk dengan family sendiri je. ok?!


Disclaimer: Bekas air tu BUKAN kitorang punya!


Next, kitorang masuk DUPLO Splash Safari (berbelit lidah nak nyobut haa). Kids 5 tahun ke bawah sesuai mandi kat sini sebab air cetek je.


Paras punggung Zafri je (2 tahun).


Siap ada slides. Baby pun boleh main. Tapi naik sekali dengan kaklong dia lah. Orang dewasa tak boleh naik ye slides ni. Safety purposes. Bebudak ni duk ulang² main slides je. Adik baby paling happy! Dapat main slides dalam air, haihh siapa je tak suka?


SOP Duplo Splash Safari:
πŸ‘‰ 20 orang per entry
πŸ‘‰ 20 minit per entry (if ramai orang)


 Our lunch! Dah penat berendam, lapar. Beli kat Beach Grill tempat kitorang letak segala maknek beg & stroller tadi tu. Aku beli set beef burger (burger, fries bentuk lego, air & dessert) = RM38. Fries kat sini semua bentuk² lego. Comel! πŸ˜


Lepas makan, budak ni tidur. haha~  Dia memang dah mengantuk masa sampai sini.


 Ini pulak namanya Joker Soaker. Sebab adik baby mentido masa ni, tak dapat la aku masuk. Rasanya tiap kali datang sini tak pernah merasa masuk bahagian ni. Cepat besar ye baby. Sian mak kau ngidam nak main gelongsor air πŸ˜




SOP Joker Soaker:
πŸ‘‰ 20 orang per entry
πŸ‘‰ 20 minit per entry (if ramai orang)


Main lumba bot. Dulu ada banyak lego kekecik disediakan kat sini. Anak² boleh ber-creativity bina bot masing² pastu lawan bot siapa paling laju. Aku ada buat entry pasal Built a Boat ni. Semua entry Legoland aku dah letak atas tu. Klik je ok! Cuma sekarang ni dah takde lego-lego kecik disediakan kat situ. Bot kosong je ada. Tu pun bebudak dah cukup happy.


Slides for adults (Tidal Tubes). Tapi kids yang umur 7 tahun ke atas boleh naik. Tak sure dorang tengok umur atau ada had tinggi. Aku tak naik atas ni. Zafirah je naik dengan Akiff, anak Lan. 2-3 kali jugak kot dorang ulang² naik slides ni.

Red Racer & Brick Blaster.


SOP untuk adult slides:
Only same family members can load together in the rafts. Maksudnya satu pelampung besar tu, untuk 1 family. Tak boleh share² dengan family lain (orang asing). Aku tak pernah naik tubes ni. Dah tiap kali datang mesti ada anak kecik. Tunggu Zafri besar sikit lah baru boleh naik dengan anak pulak πŸ˜


4 hours later....Tinted dah kulit anak² aku. hahaha~


Buat masa ni, waktu operasi waterpark adalah dari pukul 10am hingga 5pm.

Waterpark tutup SETIAP SELASA untuk sesi disinfectant.
(until further notice)


So macam mana? Rasa yakin tak bawa anak² main air kat sini?

Jom tengok video yang aku upload kat Youtube pulak.
Link: https://bit.ly/2Xl72E5





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015