Sep 21, 2017

Dua Kali Melawat Desa Cattle Dairy Farm, Sabah

Assalamualaikum...


Sambungan lagi entry Kundasang. Kena update sikit² sebab banyak nau gambar nak kena edit. hihi~


Kalau datang Kundasang, wajib singgah Desa Cattle oke! Dekat je dari Pekan Kundasang tu. Macam biasa kitorang guna waze. Jalan nak naik atas ni agak tinggi and agak curam. Kitorang bawak kereta Axia je still oke. Takde semput². hihi~


Entrance fee untuk parking dalam ni ialah RM5. Takde limited time untuk korang melepak dalam tu. Nak duk situ seharian pun boleh. Dan takde pilihan untuk parking luar kengkonon nak jimat RM5. Jauh gila kot nak menapak masuk dalam tu.


 Kitorang datang sini hari kedua di Kundasang. Datang waktu petang. Balik dari Hotspring tu, singgah lunch kat restoren dalam pekan Kundasang, pastu terus pi sini. Dalam pukul 3-4 petang gitu kot. Tak ingat dah. Nama pun entry throwback πŸ˜


 Surprisingly TAK RAMAI orang! Lengang je masa kitorang datang. Senang lenang beratur beli eskrim. Bebudak ni memang nak eskrim je πŸ™„ Aku beli jugak susu segar. Susu coklat. Sedap oii! Lebih kurang rasa macam susu Farm Fresh tu. Tapi ni made from Sabah. giteww~


Makan eskrim dalam kandang kambing πŸ˜  Eh korang boleh bagi makan kat kambing² dalam ni. Lupa pulak snap gambar kambing adehh. Tapi rumput² kena beli tak silap. Part ni pun tak ingat. haha~


Lepas tu tak tahan bau kambing, ajak bebudak ni makan belah luar. Tengok pemandangan. Bebudak ni dah dapat eskrim bukan heran bau kambing ke bau lembu ke. Fokus kat eskrim jeπŸ˜‘


 Beli 1 mangkuk, berebut pulak makan 2 beradik.


 Mama perhati je gelagat anak² makan eskrim. Cuaca atas ni sejuk kot. Macam mana dorang boleh berselera makan eskrim pun tak tahu laa.


Sementara tunggu anak² makan eskrim, izinkan mama ootd seketika. alaa kasi can laa πŸ˜


Lepas makan eskrim tetibe hujan turun. Lebat! Tapi kejap je. 5 minit dah habis. Memain pulak hujan ni.


Motif sebenar datang Desa Cattle, selain nak tengok lembu, makan eskrim fresh milk dan beli fresh milk, kita nak bergambar berlatarbelakang kan gunung Kinabalu. Tapi sedihnya, masa kitorang sampai, kabus tebal sangat! Tak nampak pun mana gunung apa lagi puncak gunung! arghh!


 Tak nampak gunung pun sesi bergambar tetap berjalan macam biasa. Tadi dah bayar RM5 untuk entrance fee kan? hahahaha


Tapi dak encem tak puas hati! Esok harinya tu dia ajak datang lagi. Kali ni awal pagi. err takde la awal sangat. Pukul 8am baru gerak dari hotel. Haa ni lah salah satu sebab kitorang check-out awal dari Mile 36 Lodge. Sebab ramai cakap nak tengok puncak gunung kena keluar awal pagi. Ikutkan dorang cakap keluar waktu subuh. Tapi nak menyiapkan tentera² tu lagi. Pukul 8 lah paling awal dapat keluarπŸ˜’


Sekali lagi, kena bayar RM5 untuk entrance fee. Nak sangat datang lagi. Sila lah bayar dengan rela hati. Asyik berpantun je ni dah kenapa?😝


KECEWA! Gunung Kinabalu menyorok lagi belakang kabus πŸ˜­ Tapi dapat tengok lembu dari jarak dekat. Hari ni Zafran belajar kenali lembu. Syabas nak!


Kali kedua ni ramai pulak orang dalam ni. Nak masuk parking siap kena que. Parking pun full, mujur bawak Axia, senang selit² parking kat celah² kereta. haha~


 Posing tetap posing. Gunung nak nyorok lantak situ. Jauh kitorang datang ni tau.


Mood anak² pun oke masa ni. Waktu pagi kot tengah fresh lagi.


 Gambar header aku tu, haa sini lah lokasinya. hihi~  Nampak macam sweet je kaklong kiss kepala adik gitu. Padahal dah jadi habit dia. Sikit² nak kiss kepala adik. Sampai tahap serabut oke! Kadang adik pun rimas kaklong duk tarik kepala dia sebab nak kissπŸ˜’


Hero hensem mama. The only hero dalam family aku and belah laki. Boleh bayang tak tahap manja dia macam mana? Takde pesaing kan. πŸ˜


Then, kitorang saja lepak kat pintu masuk nak beli susu tu. Dengan harapan kabus tu akan berlalu pergi walau seminit so kitorang boleh amek gambar dengan puncak gunung.


NAN HADO! kahkah~  Letih je tunggu, kabus tu memang bergerak, tapi ada kabus lain pulak datang. Memang takkan habis la kabus kat gunung Kinabalu tu. hahaha~


Korang kalau nak tengok jelas gunung Kinabalu sila keluar waktu subuh ye. Pukul 5 pagi tu. Jangan contohi aku. πŸ˜


Main polis².


Dah tak nampak gunung, jom lah balik. Pi makan. Lapar.


k tu je nak cerita. tata~





Terima kasih sudi membaca!

Sep 19, 2017

Lunch at Eat & Repeat, Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum...


Kisah throwback beberapa minggu lepas. lol~  Siapa duk Bangi pernah la kot dengar nama kedai ni. Tapi aku pun baru tau. haha~  Ada kawan share dalam group wassap. Lepas dah tau tu saja la nak try. Eh mesti try! Aku kan suka makan πŸ˜


Lokasi kat Seksyen 15. Masuk simpang sebelum Petronas tu. Nanti nampak belah kanan korang kedai ni. Seksyen 15 ni agak jauh jugak dari rumah aku. Jarang sangat nak datang sini kecuali memang ada hal macam pi Bangi Gateway tu ke or makan².


Actually, deret kedai Eat & Repeat ni pun ada satu kedai makan murah jugak. Putra Permai Chicken Chop tak silap nama kedai dia. Ada dua menu je kat kedai tu, nasi ayam RM2.90 and chicken chop RM5. Sedap jugak nasi ayam and chicken chop kat situ. Portion pun puas hati sangat!


 Eat & Repeat ni follow konsep macam Boat Noodle. Setiap makanan dihidangkan dalam mangkuk dan 1 mangkuk berharga RM1.90


Bezanya kat Eat & Repeat, menu² yang disajikan semua berkonsepkan Malaysian food. Ada jugak menu western and mamak. Macam macaroni goreng and ayam tandoori. Tapi semua makanan dihidang dalam mangkuk.


Deko dalam kedai sangat simple, tapi cozy.


 Ni hah menu. Gambar first tu untuk mudahkan korang kira based on berapa mangkuk yang korang order. Takyah pening² nak bukak kalkulator untuk darab. Tengok je list dorang dah sediakan tu dan wang yang mencukupi πŸ˜



 Cawan air pun unik. Tapi saiz kocik (bagi aku). Air panas tu standard lah cawan tu. Yang air sejuk tu.


 Food yang kitorang order. Makan untuk 2 orang. Ada lagi satu ayam tandoori. Lupa nak snap.


Bagi aku portion food kat sini agak banyak. Aku duk imagine portion sama macam Boat Noodle tu. Sekali sampai, eh larat ke nak habiskan ni?! Penuh la mangkuk dorang isi dengan makanan. Baloi RM1.90 tu sebenarnya (bagi aku).


Mampu makan 2 mangkuk je! bahaha~  Masuk mangkuk ketiga dah tak larat. Kalau kat Boat Noodle, 6 mangkuk aku boleh habiskan. Nampak tak beza portion dia macam mana??


Kalau bab rasa makanan pulak, erm bagi aku kureng sikit la. Food dia tak cukup ummph. Ada yang tawar, nasi lembik. Tapi ada kawan aku komen kat FB, katanya kepak ayam kat sini sedap gila. Aku perasan ada satu family ni order chicken wing banyak sangat. Ada dalam 10 ketul kot. Memang sedap betul tu. Lain kali boleh try chicken wing pulak. Chicken wing goreng kunyit je macam kat IKEA tu.


Aku oke je nak repeat lagi datang makan kat sini. Saja nak try menu lain pulak. Mana tau hari tu aku salah pilih menu. Tak kena dengan tekak pulak. aishh~


Tunggu rajin nak pi sana. Next time try bawak anak² sekali.


k tu je nak cerita. tata!




Terima kasih sudi membaca!

Sep 15, 2017

Cubaan Pertama Buat Japanese Cotton Chessecake

Assalamualaikum...


Dah lama teringin nak makan cheesecake Jepun ni. Banyak kali la lalu lalang video cara² buat cheesecake kat timeline fb. Boleh kata hari² ada je kawan² share video buat Japanese Cotton Cheesecake. Ikutkan hati nak beli je. Sebab agak renyah nak buat. Dah la nak bakar makan masa sejam! yaa SEJAM! pfft! Tapi tak jumpa pulak baker yang jual cheesecake area Bangi-KL ni. Kalau beli kedai bakery biasa kang tak sedap meroyan pulak πŸ˜’


Makanya lepas raya haji hari tu aku kumpul segala kekuatan dan kerajinan, ku gagahkan jugak baking kek ni sendiri! Kebetulan cuti panjang kan? Study habis² bahan² yang kena beli (tak banyak mana pun), study step² semua. Zasss terus buat!


Paling susah part nak buat meringue. Ya ampun renyah yakmat!! Memang first time seumur hidup aku buat meringue. Nak asingkan kuning and putih telur tu, menggigil² tangan. Aku ada je alat untuk asingkan kuning telur. Tapi tah kenapa tak menjadi jugak. Kuning telur tu asyik la pecah bila masuk dalam benda tu lepastu bercampur laa dengan putih telur. grrr πŸ˜‘


Kali pertama, ofkos la tak jadi. Sebab tercampur sikit kuning telur. Cair je meringue aku. Habis bazir gitu je 6 biji telur masuk tong sampah T__T


Kali kedua, aku cuba sedaya upaya pastikan takde langsung kuning telur tersesat dalam mangkuk. Kali ni asingkan guna tangan je weh! Taknak dah guna alat apa². haha~  Oke la lebih senang asing, lebih teratur. Tapi tetap jugak tak jadiii!!! arghh! Gambar atas tu meringue yang dibuat kali kedua. Masih lagi cair T__T


Mujur mak aku pun terer baking. Dia cakap bancuh je lah. Kek tak kembang je kalau meringue tak jadi. hmm baiklah. Aku teruskan je bancuhan, dan bakar. Sambil bakar tu aku doa sungguh² jangan la tak jadi kek aku sampai kena buang. Sayang lahh.


Aku bakar dengan suhu 140 degrees, selama sejam (depends pada jenis oven masing²).


Lepas sejam πŸ‘‡


Dah siap! syukur kejadian yang sangat cantikkk! πŸ˜πŸ˜


Merekah tu tak pasti lah kenapa. Ada cakap sebab bekas terlalu kecik atau suhu terlalu panas. Tapi ramai pulak puji kejadian kek aku cantik sebab ada rekahan tu. lol~  *bangga pulak hinssf*😝


Aku tunggu sampai kek dah sejuk baru aku potong. Bila kek dah sejuk, dia jadi kecut tau. Tak sekembang macam baru lepas keluar oven. Puncanya meringue tu lah. Dah meringue aku kan tak jadi. Tu kek jadi kecut. Tapi takde lah teruk mana. Kecut sikit je. Kek tetap lembut macam biasa.


Rupa lepas dah dipotong. Lembuttttt sagat! gebu gebas lagi. Rasa?? dah tentu la sedap oii! Lagi sedap dari cheesecake yang dijual kat AEON sana. hahaha


Tapi aku rasa nak buat lagi tu hmm, tahun depan lah pulak kot. hahahah~  Stress weii sebab aku memang rasa susah sangat nak buat meringue. Stress oke πŸ€•


Feedback dari kawan² FB dan IG pasal tips buat meringue. Syukur ramai kawan² terer baking dalam fb and ig aku. Sayang korang! Thank you very much sudi kongsi tips dengan aku, budak baru belajar. Semoga bisnes korang makin kencangggg. aminn πŸ˜˜


Yang tanya pasal open order tu, tunggu la aku betul² terer dan BERJAYA buat kek ni baru berani nak open order bagai. haha~  Takat kek rekah² gitu alaa segannya nak open order bagai. πŸ˜   Doakan aku rajin so boleh la baking lagi kek ni. haha~


k tu je nak cerita.


Siapa terer buat kek ni share sikit tips korang πŸ˜




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015