Sep 28, 2021

SkyCab & Skybridge Langkawi | Travel Bubble Langkawi 2021

Assalamualaikum...


Thank you to those yang respon kat entry aku sebelum ni. Dah lama sebenarnya takde orang komen kat entry² baru aku. Maklum lah dah sendu. Hidup segan, mati tak mau camtu πŸ˜‚


So, aku decide untuk teruskan menulis pengalaman aku dengan travel bubble Langkawi. 
Ayuhh! πŸ˜


Kitorang pi Langkawi takde itinerary. Redah dan dedah. hahahaha~   Sampai je epot Langkawi, terus decide nak pi cable car. Mula² laki aku ajak lunch dulu. Tapi memasing dah kenyang makan atas flight. Lagipun sejak PKP waktu makan kitorang tak tentu. Bila lapar baru makan. Takde spesifik time untuk makan.


Masa ni pukul 11.30am tak silap. Matahari terpacak elok atas kepala. Panas berdenting! Tapi tetap gigih nak naik cable car jugak! bahaha.  Trust me, it was WORTH IT!! Tak percaya?? korang baca je entry aku sampai habis kayy πŸ˜


Laki aku beli tiket kat Shopee je. Lagi murah dari walk in. Korang search je nama shop tu ok. Sekarang ni harga tiket semua PAKEJ dengan 3D museum pastu apa tah lagi. Dah takde tiket single naik cable car sahaja. Maybe attractions lain tu sendu sangat so dorang paksa beli pakej. lulz~


Dah sampai kaunter baru laki aku beli tiket kat Shopee. Sebab dia nak compare harga. Kena tunggu dalam 10 minit macam tu untuk seller bagi voucher. Bukan lama pun wehh. Jimat banyakkk untuk 5 kepala. Lengang je masa kitorang sampai. Ada la 2-3 family lain jugak. Tapi sunyi and tak busy pun.


Takyah beratur! Siap boleh pilih nak naik car warna apa (perangai anak aku) πŸ˜‚


Masa mula² naik rasa bahang betul duk dalam tu. Takde ekon kan. Tapi bila dah naik tinggi, sejuk je beranginnn. View cantikkk! Sebab tu elok datang tengah hari. hahaha~


Cafe kat belah atas. Best lepak sini berangin. Ada je family lain but tak sesak. Tenang je.


Ni kat area panorama view. Kosong!! Nak posing pun tenang. Laki aku siap buat video tiktok kat atas ni. More reason kena datang sini time tengah hari buta, gambar cantikkkk!! Air laut tu nampak berkilat, cantikkk sangat! Dengan awan kepok² Subhanallahhh πŸ˜


Then, kitorang turun pergi skybridge pulak. Aku lupa snap gambar harga tiket. Ni ihsan dari follower aku. haha~  Thank you sisturr!


Takde orang pun Q masa kitorang sampai. Setiap kali orang naik, staff akan spray bahagian dalam car untuk disinfectant.


Tinggi ye. Dalam 3-5 minit macam tu nak sampai bawah. Aku tak menyesal bayar untuk skyglide. Sebab kalau turun tangga mau 30 minit baru sampai. Dengan anak lagi. Bayangkan je dah boleh buat aku anxiety. adehh~


Tenang sangat nak bergambar. Kat sini pun ada je family lain, tapi tak ganggu pun untuk bergambar. Semua ada port masing²...gitu


Kaca tu selamat dipijak. Jangan risau. haha~

 
MasyaAllah, view yang takkan dapat kat KL. πŸ˜¬


Cable car ni tutup pukul 7pm tak silap. Attractions lain tutup pukul 5pm ke 6pm macam tu. Then, kat sini hujan petang² . Kalau hujan, skybridge tu dorang tutup tau. Even hujan dah berhenti sekalipun, dorang takkan terus bukak. Kena tunggu air kering baru dorang open semula. Reason dia nanti licin, bahaya. Udah rugi je masa and duit korang spend untuk naik atas, tapi tak boleh round habis². So, yeah tak menyesal datang sini tengah hari buta. Pakai lah sunblock tebal². hihi~


Ok tu je for today. Next entry cerita pasal 3D museum. InsyaAllah πŸ˜Š






Terima kasih sudi membaca!

Sep 25, 2021

Covid Test di KLIA 2 | Travel Bubble Langkawi 2021

Assalamualaikum...


Fuhh lama betul tinggal dunia blog. Sawang terukkk dah ni. haha~   Tiba² rasa nak update sesuatu sebab aku rasa blog masih relevan zaman ni. kan? kan?


So baru ni aku pi bercuti ke Langkawi. Support travel bubble gitu. Aku harap takde yang kecam lah posting ni. Kalau tak suka boleh skip takyah baca. Aku tak suka orang yang negatif follow aku. titik!

Rasanya semua orang aware pasal SOP ke Langkawi. Selain dari kena lengkap 2 dos vaksin dan habis edah 14 hari, korang kena buat swab test. Test ni samada buat di klinik (72 hours before fly, then bawa result ke kaunter untuk verification), atau bawa sendiri self test kit, dan test di kaunter. Bukan buat test sendiri kat rumah ye, kena test depan staff KKM yang bertugas di airport.

Yaa ada staff KKM bertugas untuk pantau proses covid test dan doktor untuk sahkan result korang tu. Kalau tak pandai buat sendiri, staff tu yang akan tolong ajar. Lepastu kena verify result kita tu di kaunter check in.


Sampai je airport, korang boleh tanya polis bantuan yang bertugas kat mana kaunter untuk swab test. Then, korang akan jumpa 'Kaunter Pendaftaran' ni. Kena daftar nama semua yang kena buat test. Airpot lengang gilehh so takyah beratur² pun nak buat test.

Takde jolok2 hidung pun..semua guna saliva je..pastu only 7 years old and above yang kena buat test..hat kekecik tak payah test..tak faham tanya je staff ok! Staff airport semua very helpful! Seronok pulak aku nyembang sampai laki duk bising suruh cepat nak kejar masa..sekali sekala jadi ramah dah kena marah πŸ₯²


btw, kitorang dah buat web check in seminggu sebelum fly. Masa check-in, dorang akan request kita masukkan QR code sijil vaksin tau. Kalau takde sijil vaksin memang tak boleh check in ye. Then, boarding pass kita akan ada cop 'Verification Needed'. Benda ni lah result swab test kita yang nak kena verify di kaunter. If bawa result dari klinik pun kena verify di kaunter.


Kitorang beli sendiri test kit...flight pukul 9.50am, kitorang sampai epot pukul 8am...airport lengang ye, takde beratur2 pun untuk test...haha


Memang ada gambarajah panduan guna self test kit. Tapi risau kang salah, better tanya je staff bertugas. Macam aku mentioned sebelum ni, staff very helpful.


Kena tunggu result dalam 15 minit, then pi verify result tu kat mana² kaunter check in (tak banyak pun kaunter yang bukak). Proses ni makan masa dalam 40-45 minit jugak..lagi ramai ahli nak kena test, lagi lama lah proses...belum campur berborak lagi..staff epot pun rajin layan nyembang πŸ˜‚


See...lengang..huhu.  Syukur jugak kedai runcit bukak. Beli roti dengan air untuk bebudak. Sian dorang lapar nak breakfast.


Setiap check point nak ke boarding gate pun ada saringan - check sijil vaksin dan result covid test...details ye dorang check. Leceh? haa memang kena leceh lahh...kang ada kluster korang jugak bising khennn.


Nak dekat sampai boarding gate pulak kena isi form (online form) setiap passengers...kitorang 5 beranak, banyak jugak la benda nak kena isi πŸ₯΄

Lagi 10 minit nak boarding baru kitorang boleh bertenang πŸ˜‚


Satu keluarga, sorang je lah yang isi form. Tapi dia kena isi semua nama yang akan naik flight. Faham ke faham?


Finally, boarding! Kitorang tak beli seat pun. Semua auto assign. Alhamdulillah takde terpisah².


Beli food siap² kat web sebab flight pagi memang tak sempat lah nak breakfast. Laki aku beli nasi Beriyani tak silap. Dia seat lain tak dan amek gambar. Makan share² je sebab bebudak dah kenyang makan roti. Alahh perjalanan sejam je pun. Sampai Langkawi boleh makan lagi.


Sejam kemudian, selamat landing di bumi Langkawi.


Ok rasanya tu je sharing pasal covid test untuk travel bubble Langkawi. Kalau aku rajin menulis lagi nanti aku share keadaan kat Langkawi pulak ye. LENGANGGGGGG ok!!!!


Till then....
 



Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015