Nov 24, 2016

Fasilitis di Seven Skies International Islamic School Kuala Lumpur

Assalamualaikum...


 Ingat lagi tak aku pernah cerita pasal sekolah ni few months ago?? ce klik πŸ‘‰siniπŸ‘ˆ kasi flashback balik


Hari tu aku dah cerita pasal pengalaman aku melawat sekolah tu...kali ni nak cerita more details pasal fasilitis yang ada dan guru² yang bertugas....mesti ramai nak tau kan cikgu² sekolah ni semuanya FOREIGNER ke?? dah kata International School kan?? hehe~ 


πŸ’• Untuk memperoleh pengalaman ilmu dalam kurikulum pendidikan, 30% daripada gurunya adalah daripada UK.

πŸ’• 30% lagi adalah dalam kalangan guru tempatan (Malaysia), bagi mendapatkan sokongan masyarakat dan kebolehan bertutur dalam bahasa tempatan.

πŸ’•40% selebihnya adalah guru dari negara Arab, bagi membantu komunikasi dan pemahaman dalam Bahasa Arab serta pengajian Al-Quran.


Pelajar-pelajar akan memahami Al-Quran dengan baik kerana guru-guru yang mengajarnya fasih berbahasa Arab. 


Dengan berteraskan prinsip “Allah in the heart, the world in the hands”, SSI memastikan pelajar-pelajarnya berjaya dalam kedua-dua bidang akademik dan moral. 


Guru-guru akan memastikan dan membantu pelajar-pelajarnya berjaya dalam bidang akademik dengan moral yang tinggi. 


Guru-guru yang dipilih untuk menjadi tenaga pengajar di SSI adalah yang terbaik...Mereka perlu mengambil ujian sebelum dipilih menjadi guru di SSI....Guru-guru sentiasa dilengkapkan dengan kursus yang bersesuaian untuk meningkatkan kemahiran dalam mengajar ...mereka perlu sentiasa memakai pakaian sopan yang mengikut syariah bertepatan dengan sekolah yang mengamalkan prinsip Islam yang tinggi



FACILITIES:

Kemudahan-kemudahan di sekolah juga memainkan peranan penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kantin


Bilik darjah yang dilengkapi dengan sistem penghawa dingin untuk pembelajaran yang kondusif


Gymnasium


3D Printer...dalam ICT Lab...



Makmal Sains


Ruang solat yang luas untuk solat berjemaah...penting untuk memupuk ukhuwah dan pendedahan kepentingan solat berjemaah dari usia muda...


Reception


Security guard....setiap pengunjung yang datang ke SSI perlu mendaftar dahulu di pintu masuk....for safety purposes πŸ‘


SSI bakal menyediakan kemudahan pengangkutan dan pemandu bas bagi pelajar-pelajarnya yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Ibu bapa boleh melayari portal online yang dipanggil ALMA, untuk mengetahui secara terperinci perkembangan anak-anak mereka di sekolah seperti:
- Kedatangan (updated every morning)
- Boleh tau anak ponteng sekolah atau tak (Penting untuk keselamatan anak-anak)


Yelah bukan tak percaya anak...tapi bak kata pepatah, better paranoid than sorry...hehe~  zaman sekarang memang zaman paranoid....hehhh


Ekceli semua ni aku dah cerita panjang lebar dalam entry lepas....kalau ada yang blur² boleh refer balik entry lama aku tau....klik  πŸ‘‰siniπŸ‘ˆ 


Maklumat lanjut korang boleh klik link² bawah ni:

Website: www.sevenskies.edu.my
Facebook: Seven Skies International
Instagram: @sevenskieskl

Atau korang boleh datang sendiri sekolah ni dan lihat sendiri dengan mata kepala korang facilities yang disediakan, boleh terus hubungi pihak sekolah di talian 03-6151-6952

atau boleh juga hantarkan emel ke info @sevenskies.edu.my





Terima kasih sudi membaca!

Nov 22, 2016

TUTORIAL: Letak Stickers di Status Facebook

Assalamualaikum...


 Mesti korang pernah nampak kan orang update status letak sticker kartun cute² macam atas ni?? status pun automatic jadi center cenggitu...lain dari yang lain!


 pastu ramai lah tanya macam mana nak buat status jadi macam tu...haha~  aku dah buat tutorial kat facebook...tapi saja update kat blog jugak...sebab dah lama tak update blog....nak update cerita pi holiday panjang sangat....banyak lak tu gambar nak tepek....malas nak edit lagi...hahaha *dasar!*


Makanya update entry ringkas je lah....ngee~  semoga bermanfaat ye korang...eh sebelum tu nak inform, tutorial ni khas untuk pengguna IPHONE sahaja! diulangi, PENGGUNA IPHONE SAHAJA! pengguna android kena cari tutorial lain eh....sori!😁   guna PC pun tak boleh buat sticker macam tu...henpon jeeee...✌


 oke memula klik kat update status...pastu belah bawah tu cari bahagian 'Feeling/Activity'....klik situ...


 keluar paparan macam ni....belah atas tu klik pulak kat label "Stickers"


keluar paparan macam ni pulak....pilih la memana kartun kesukaan korang....nak tambah kartun karakter klik ikon '+' kat belah kanan bawah sekali tu (refer arrow dalam gambar)...pilihan sama macam stickers untuk komen.... 


Dah pilih stickers,


 wallaaa...keluar macam ni terus...update je lah status macam biasa, dan post...


senang je kan?? hehe


Selamat mencuba!



*ya Allah pemalasnya entry hari niiii....hahaha  tapi bermanfaat oke laa kannn dari takde langsungggg πŸ˜











IKLAN:


Jom cuba!







Terima kasih sudi membaca!

Nov 14, 2016

Why Zafran whyyyyy???!!

Assalamualaikum...


Sabtu lepas, waktu lunch, aku buat tomyam....dah kata feveret anak dara...cuma kali ni saja la aku campur udang...sebab aku teringin nak makan udang...so jadi tomyam ayam + udang...aku buat jugak masak lemak cili padi ayam...untuk dak encem....dia mana makan lauk seafood...ayam semata...mujur mood rajin masak hari tu....berjaya la siapkan 2 lauk dalam masa 30 minit...haa canggih kan 30 minit je aku masak...kahkah


Time makan memasing berselera sesangat...mana taknya, lunch nak dekat pukul 4pm!! kebuluran!!! hahahaha


Dalam 15-20 minit lepas makan tu aku perasan ada bintik² merah kat muka Zafran...macam kena gigit nyamuk...heran gak mana datang nyamuk sebab orang lain tak kena gigit pun...so abaikan...maybe ada la kot nyamuk sesat...


Then, kitorang nak keluar pi pasar malam....nak restock barang² dapur....ayam, sayur etc...masa dalam kereta aku perasan leher, tengkuk Zafran pun naik merah²...belek kaki, tangan, punnnn ada merah²...kali ni bukan macam gigitan nyamuk...tapi KALIGATA! aduii alergik apa pulak dahhh anak aku ni sampai naik kaligata....nak kata habuk, lepas makan tu dia bukan main benda² kotor ke hape...duk dalam walker je...puas la aku fikir, siap flashback² apa yang dia buat sebelum tu....


TING!!


terus teringat udang dalam tomyam tu....Allah, allergic udang ke budak ni??


yaaa memang allergic udang lah tu...sebab lepas makan tomyam dia takde makan benda lain dah....cepat je naik allergic tu....tak sampai sejam dah penuh badan dia dengan kaligata...sian dia tak selesa... T___T


Dak encem wassap kazen dia....sebab kazen dia doktor kat sepital Klang...doktor kanak² lagi...memang selalu dah mintak consultation dia kalau anak² kitorang ada masalah kesihatan....kitorang bagi gambar Zafran semua nak confirmkan betul ke tu allergies...and dia sahkan tu memang allergies and dia suruh pi amek ubat kat klinik....Prednisolone nama ubat tu...since kitorang pi klinik waktu Maghrib (sebab malas tunggu lama² risau allergies kacau saluran pernafasan Zafran), kitorang tak jumpa doktor...pi amek ubat je...memula nurse tak bagi sebab Prednisolone ni ubat terkawal...macam antibiotik...tapi kitorang inform dah mintak consultation kazen, doktor dari hospital Klang...then baru nurse tu berani bagi kitorang beli ubat tu...Alhamdulillah


lepas makan ubat nampak la surut sikit bengkak² kat muka...tu kat mata, mulut tu kesan allergies lah tu....time tengah teruk bengkak susah nak snap gambar dia sebab dia takmo duk diam....tak selesa agaknya...


ni lahh ubat tu....amek 2.5ml, sekali sehari....


Tengah malam tu naik balik tau bengkak² merah kat badan dia...kali ni lagi teruk daripada sebelum makan ubat...cuak gak lah....penuh muka dia, mata, keliling perut, kaki, eh merata lah naik bengkak²....terus suruh dak encem call kazen dia balik tanya memang camtu ke?? tapi kazen dia cakap tunggu sampai esok, kalau ada lagi bagi ubat lagi...


Esoknya tu aku tengok takde dah bengkak² merah kat badan Zafran...Alhamdulillah....happy lah sangat kan! siap bawak dia pi zoo kat KL Tower...haha~  yang tu nanti cerita lain entry...ngee~


Tapi dalam tengah hari, pukul 11am lebih gitu aku perasan naik balik bengkak² merah kat muka, leher dia...aduii datang balik ke allergy ni?? ingat dah sihat dahhh...ke sebab panas so allergy tu datang balik??



nampak tak mata, pipi dia dah mula bengkak??


tak nampak??


oke zoom πŸ‘‡


haa nampak?? sian dia duk menggosok² muka...rimas ye nakkk  T__T


kat tangan pun sama T__T


Balik rumah terus bagi ubat lagi....petang tu nampak dah oke...legaaaaa


Masuk je Maghrib, naik balikkk allergy...aduii ni dah kenapa on-off pulakkk! tak pernah pulak pengalaman allergy on-off gini....lepas Maghrib terus pi klinik lagi...kali ni jumpa doktor...nak confirmation bebetul allergy ke hape ni?? nak tanya kazen dak encem tu dia duk jauh...takleh pegang cane nak diagnos bebetul kan? so ke klinik je lah...guna panel bukan kena bayar pun...ngee~


Doktor sahkan memang allergies...ada setengah orang memang gitu lah allergies dia...on-off....so dia suruh teruskan makan ubat Prednisolone tu selama 5 hari berturut²! yaa maksimum 5 hari je amek ubat tu....sehari makan sekali sahaja!


ai is sedih takde geng melantak udang! sedap kot udang!! T__T


Speedy recovery hensem boy! sok awak dah besar sikit mama nak bagi lagi udang...nak confirmkan betul ke allergy udang?? hahaha mama tak puas hati! πŸ˜









IKLAN:


Jom cuba!






Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015