Dec 7, 2017

Anugerah Cemerlang Buat Aimy Zafirah

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, pejam celik dah 2 tahun Zafirah duk tadika. Ye aku start hantar Zafirah masuk tadika seawal 4 tahun. Sebab dia boring duk taska yang tak belajar apa². Harap yuran je mahal tapi aktiviti kurang menarik. Dan aku perasan dia sangat suka belajar. Kalau boleh hari² nak belajar benda baru. Depends lah kan ada orang prefer hantar anak masuk tadika 5/6 tahun. Sendiri faham kemampuan anak masing² ye dak?


 Salah satu sebab aku pilih ABIM, tadika ni banyak terapkan ilmu² Islam dalam pelajaran harian. Nak nangis tengok prestasi anak macam ni. Nak harap aku ajar sendiri semua ni, Allahu. Bukan kata aku tak reti surah² ni (tapi doa² tu bukan semua aku tau pun), tapi aku memang tak reti mengajar. lol~


Zafran pun aku hantar ABIM sebab start tahun ni dorang terima budak seawal 2 tahun. Syukur sangat. Dah la dekat dengan rumah, yuran pun mampu milik sangat. Takde la mencekik macam most taska area Bangi ni. Heh siapa duk Bangi faham laa range yuran taska area sini. Dah macam yuran masuk U oke! pfft! Dan aku boleh nampak betapa drastik nya perkembangan anak² sejak join ABIM. Basic doa, cara solat, even zikir harian pun dorang tau. Memang owner ada cakap, dia tak janji anak² yang masuk tadika dia akan cemerlang dalam akademik, tapi dia boleh janji anak² akan faham basic agama terutama bab solat dan mengaji selepas tamat sekolah. Syabas owner! Ai loike the way you think. Islam first! πŸ˜˜


ABIM cawangan Bangi ni salah satu tadika yang amalkan sistem exam. Setahun ada 2 kali exam kaoo! Exam pertengahan tahun dan akhir tahun. Seawal umur dia 4 tahun dah kenal apa itu exam. Tapi aku tak pernah la nak push² dia belajar. Kecik lagi takyah la bagi stress. Apa dia belajar kat sekolah pun aku tak tahu sebab takde satu pun buku² latihan yang dia bawak balik. SEMUA simpan kat sekolah, latihan² semua siapkan waktu sekolah. Kat rumah aku ajar gitu² je lah, ajar membaca (BI & BM), ajar menulis, mengeja, ulangkaji qiraati. Mengira je aku tak reti lagi nak ajar. Aku ni bukan lah sejenis mak yang penyabar. hahaha~ πŸ™„


Alhamdulillah, buat kali kedua, Zafirah terima anugerah pelajar cemerlang, 5 tahun.😍 huii mak mana lahh tak happy? Walaupun baru tadika.


 Dua tahun berturut² dapat tempat ke-3. Memang minat nombor tiga ke camne ni?😝  Beza tang cita-cita je. Tahun ni nak jadi Bomba pulak. Sebab bomba suka tolong orang katanya. ecece Kat rumah nape tak tolong mama buat house chores?😏


Macam tahun² sebelum ni jugak, ABIM ada buat majlis ihtifal (konvokesyen). Lagi sekali aku kena join, dah anak dapat anugerah kan takkan takmo pi? Walaupun ada hal lain hari tu, eh hal anak lagi penting! Hal lain boleh postponed kemudian😁


 Tahun ni seat limited pulak. Sorang pelajar boleh bawak 2 orang tetamu (parents) je. So kalau ada adik beradik lain either tak boleh masuk or kena duk kat tangga atau duk atas riba. Last year takde pulak macam ni herm.


Sebelum start ada nyanyian Asmaul Husna, negaraku dan lagu rasmi ABIM. Tak pernah tahu selama ni ABIM ada lagu rasmi. lol~


 Sekali lagi mama dapat saksikan anak mama naik pentas. You make me so proud kaklong!!!


 Penat rehearsal untuk SENYUM. yee rehearsal bagai sebab last year dia tak senyum. Mungkin first time terkejut gitu. Tahun ni saja la rehearsal. yo-oo je. Sampai hari kejadian masam jugak! Rasa nak tolong picit je pipi tu suruh senyumπŸ˜‘


Proud mama! Thank you so much to all teachers yang banyak beri tunjuk ajar. Sebab kan teachers lah anak saya jadi pandai. Saya tolong ulangkaji gitu² je. hihi~


Tinggal setahun je lagi dia duk tadika. Pastu masuk darjah 1 pulak. wuwu how times flies. Buat lah sehabis baik kaklong ye. Mama akan tetap support. Doa mama semoga kaklong membesar menjadi anak solehah yang menyenangkan hati mama papa dan orang² sekeliling kaklong, serta berjaya dunia dan akhirat. Lebiu to the moon and back! πŸ’•πŸ’•






Terima kasih sudi membaca!

3 comments:

Mi said...

wah, dapat anugerah pelajar cemerlang...tahniah si comel

Sue Izza said...

tahniah zafirah semoga jadi anak solehah,awak memang anak bijak

Izwa Kamaruddin said...

tahniah zafirah ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015