Dec 22, 2017

Sepagi di Taman Botani, Putrajaya

Assalamualaikum...


Rehat jap cerita Yogja eh. Nak selit entry terkini dulu. kikiki~  Lagipun banyak lagi gambar belum transfer/edit. Nanti² lah aku update๐Ÿ˜


Alkisah Sabtu lepas, laki takdop, outstation seminggu. Daripada hari Rabu lagi dia dah fly. Bila weekend aku dah plan nak hangkut anak² aku berjalan. Aku tak suka mereput dalam rumah tambah time laki takde lagi aku boring duk rumah. Kang aku stress sebab semua benda aku kena buat sorang. Baik lah aku keluar amek fresh air, boleh bonding time dengan anak². *ecece padahal memang jenis tak reti duk diam*๐Ÿ˜


Aku takde spesifik plan pun sebenarnya nak bawak anak aku ke mana. Kebetulan Sabtu pagi tu anak² aku bangun awallllll! Sebelum 7.30 dah cerah mata memasing! ๐Ÿ™„  Bila dorang bangun, aku pun kena la bangun sekali! Bising kot. Memang takde can mama nak sambung membungkang. haha~  Aku terus suruh Zafirah mandi sebab malam sebelum tu aku ada lumur shampu kutu kat kepala dia. Memang dah pesan, bangun pagi kena terus mandi basuh kepala. Bila anak² dah siap mandi, aku tengok jam baru pukul 8am lebih. Eh awal lagi.


Prepare breakfast (roti + nutella), sambil otak ligat fikir mana nak bawak dorang pepagi tu. Ingat nak bawak pi Tasik Cempaka je, dekat sikit. Tapi pukul 10am confirm dah panas terik. Situ tak banyak pokok, playground pun confirm panas. Tak best ah main tetengah panas. Pening! Tetibe teringat Taman Botani. Situ redup, banyak pokok, ada tasik, boleh sewa basikal. Zasss! Terus siap² and pi Taman Botani.


 Sampai sana almost 10am gitu. Lama sangat berfikir kat rumah gamaknya. kahkah~


 FYI. Aku sewa basikal yang ada baby carrier and yang ada 4 tayar untuk Zafirah. Saja bagi dia explore naik basikal dalam taman. Selama ni kayuh basikal dalam laman rumah je. Aku sewa untuk sejam. Cukup lah tu.


 Tempat collect basikal. Pilih lah basikal mana yang korang kenan.


 Zafran tu awal² je pakai belt tu, pastu dia rimas. Zafirah pun mula² takut² nak kayuh basikal tu especially kat jalan yang berbukit. Eh takde la tinggi mana bukitnya. Tapi bila basikal tu laju dia seram! Awal² dah ada adegan nangis² ๐Ÿ˜’  Actually break kat basikal dia tu ketat sangat. Susah dia nak tekan tu dia menggelebah je bila turun bukit. herm~


 Tapi mula² je lah takut. Biasa lah kan bebudak. Aku ajar je lah dia macam mana nak control basikal tu time turun bukit and explain kenapa dia tak perlu takut, but instead dia patut rasa seronok bila turun bukit! Eh jalan dalam taman tu lengang je oke! Tak ramai orang, best lah bawak basikal lelaju!


So lama² dia jadi oke mengayuh dengan confident nya. Syabas kaklong!๐Ÿ‘


 Kitorang stop banyak tempat untuk rehat, minum air and saja enjoy the scenery. Zafran tu bukan mengayuh pun! Duduk je seat belakang tu. Sekali sekala kena bagi dia melasak, bagi keluar peluh. Kang balik rumah senang terus tido. bahaha~


 Kasi can laa mama nak posing background tasik.๐Ÿ˜


 Kaklong memang senang ajak bergambar. Zafran tu herm kena didik lagi. lol~


 Photos taken by kaklong Zafirah! yeyy! #anakblogger ๐Ÿ˜œ


Selepas sejam, kitorang pulangkan balik basikal kat tempat tadi, then aku beli air kat vending machine. Ada je bawak botol air, tapi saja laa nak air sejuk jugakk. kihkih~


Rehat jap sambil habiskan air. Beli se-tin je sebab duit tak cukup. lol~  Beg duit semua aku tinggal dalam kereta. Tak plan pun nak beli air kat vending machine, tapi dah penat kaw kaw tergoda jugak lah kan๐Ÿ˜‚  Se-tin tu banyak jugak sebenarnya, share² minum 3 beranak, sambil borak². Heaven!


Dah puas rehat, aku ajak dorang lunch kat Alamanda. Dah dekat dengan Taman Botani kan. Zafirah request nak makan kat Chicken Rice Shop. Aku memang ikut je apa tekak dia nak makan sebab dia picky eater. Kat situ dia boleh habis sepinggan nasi. Kau bawak tempat lain walaupun jual nasi ayam jugak, 10 suap je dia makan๐Ÿ™„


Aku beli kids meal 1 and set untuk aku 1. Aku share dengan Zafran. Hero tu sekarang dah tak minat makan macam dulu. Dah mula makan main². Tak sampai setengah pinggan pun dia makan. erm oke laa janji ada jugak la nasi masuk dalam perut tu. Dia banyak makan jeli je. Zafirah tu pun makan nasi dengan sup je. Ayam sikit pun tak usik ๐Ÿ˜’   Ayam aku pun ada yang tak habis, so mintak tapau, tambah nasi kosong 1. Kot malam kang tak tau nak makan apa, ulang balik makan nasi ayam je lah. Senang. hihi~


Habis makan bawak dorang main kat area Playland sebelah Parkson tu. Eh sekarang dorang dah lambak kereta² mainan yang kena masuk coin tu depan Playland. Aku ada la try masukkan coin kat satu kereta ni, dia keluar lagu je kaoo! Tapi tak bergerak apa pun! Choii bazir RM2 aku tau!๐Ÿ˜ค


Dalam pukul 3pm kot aku ajak gak dorang balik. Tu pun kena paksa oke, aku cakap nak balik solat. Kalau boleh dorang nak berkampung depan Playland tu ๐Ÿ˜‘


Sampai rumah mandi manda, pastu memasing tidoooo! Termasuk lah aku. huahua~


Next time memang nak bawak lagi dorang datang sini. Walaupun matahari dah tegak atas kepala tapi tak rasa panas. Sebab banyak pokok² sepanjang jalan especially tepi tasik tu. Berangin lagi. Tapi next time nak bawak basikal sendiri. Boleh main lama² and Zafirah pun dah biasa dengan basikal dia senang dia nak control especially break. hehe~


K tu je nak cerita. Korang suka dak pi Taman Botani? Korang biasa bawak anak² riadah kat mana?๐Ÿ˜




Terima kasih sudi membaca!

5 comments:

shazillahsani.com said...

haishhhh...lebih kurang taman botanic di shah alam...ada masa boleh g ni...hihihi

Iza Fiza said...

geram tengok rambut zafran =)

Dhiera nadhirah said...

best ada taman botani ni. dah la redup je. bawak anak-anak jalan, seronok dorang

Cik Puan Eka said...

kaklong dah pandai tangkap gambo la cantik gambo yang akaknaik basikal si adik kat blkang.

hehe kita selalu pegi anjung floria pon best, lepastu cer akak pergi setia ecohill semenyih. Best jugak situ hehe

Liyana said...

daku kalau xde laki, x berani nak bawak budak2 keluar, mau haru biru dan mak pun jadi hijo , hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015