Dec 5, 2017

Bercuti Dalam KL | Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur

Assalamualaikum...


Aku ni kalau boleh tiap bulan nak pi bercuti. Bukan nak perasan orang have have pun tapi saja bonding times with kiddos. Sebab bagi aku, bila bercuti tu aku lebih banyak luangkan masa dengan anak² compared bila duk rumah. Kat rumah ada je kerja aku nak buat (house chores yang TAKKAN pernah habis). Walaupun cuba untuk abaikan, tapi mata ni asal terjeling bakul baju belum berlipat, belum basuh, sinki ada pinggan belum cuci, ada kotoran atas lantai, tangan ni otomatik nak bekerja. Dah tu, hari cuti je aku boleh buat segala maknek house chores tu. Hari bekerja tak larat lah nak pulun buat semua. Tak perlu lah aku elaborate schedule harian aku kan. Common sense je ni. hihi~


Kebetulan jugak bulan 10 hari tu parents aku nak pi UK. Ayah aku ada conference, alang² tu bercuti lah sekali. Of course mak aku ikut sebab UK kannn. Dekat sangat dah dengan adik aku. Memang dorang dah siap plan nak bercuti ke 'tanah ais' sekali. Aku mampu tatap je lah gambar² dorang. Bilangan ahli dalam keluarga pun makin bertambah ni, kena pandai² bajet kewangan keluarga. Tapi aku tak suka nak sekat² sangat belanja, jimat takpe tapi sampai menyekat especially bab makan and bercuti ai is takkk setujuuu. haha~  Dah tahu keinginan untuk berbelanja tu tinggi, usaha pun kena lah tinggi jugak ye dak? mana ada duit turun dari langit? πŸ˜œ


Disebabkan parents aku bakal bercuti lamaaa, aku pun saja la nak bercuti jugak. Sunyi pulak rumah mak aku takde. Lagipun aku memang takde plan nak ke mana² bulan 10 tu, saja la aku survey² hotel murah², yang penting ada swimming pool. Zafirah dah banyak kali berzikir nak mandi swimming pool. huhu~


Then kawan aku bagitau Traveloka ada buat promo! Up to RM80 diskaun (t&c applied)! wohoaa!


 Masukkan code 'DEEPSTAY' and wallahh enjoy your holiday dengan harga terlajakkk murahhh! Baloi wehh. πŸ˜  (promo ni takde dah sekarang. hihi)


 Aku bayar harga RM135 tu tau. Bukan free ye. haha Ramai confuse tengok list ni πŸ˜


Lepas hantar parents aku pi KLIA (pukul 9am), kitorang balik rumah untuk setelkan packing, then terus gerak pi KL. err almost tengah hari jugak lah baru keluar rumah, dalam kul 11am gitu kot. haha~


Ingat nak stop lunch ikan bakar Bellamy belakang Istana tu, sekali tengok ramainya orang. Aku mintak laki tapaukan je nanti makan kat hotel sebab bebudak mentido masa ni. Kesian pulak nak kejut. Sekali dia kata lauk banyak habis. Tinggal yang bakar² tu je πŸ˜‘


Entah kenapa otak jem pulak masa ni tak boleh fikir kat mana lagi tempat makan best (laki prefer nasi campur) dalam KL. Last² terus pi hotel je. Paling koman pi je lah Sunway Putra seberang hotel tu. Jalan kaki je. huhu~


Sampai hotel pukul 2.30pm tak silap. Boleh terus check-in, yeyy!


 Anak² pun dah bangun tidur, dah recharge energy kemain lah happy memasing. Terlompat², terjerit² πŸ˜’



 Bilik yang besar dan cozyyyy! πŸ˜


Lepas solat, kitorang keluar cari makan. Yelah tak lunch lagi kan? Sakit dah kepala aku masuk angin. Laki aku takmo pi Sunway Mall. Tanya reception if ada food court area hotel, dia kata ada. Sebelah hotel tu, jalan kaki je. Macam food court situ, tapi peniaga semua indon lah kan so dah tentu masakan pun indon style. haha~  Jadilah kan janji kenyang dah laki nak sangat nasi campur πŸ™„


Lepas lunch, masuk bilik tukar baju mandi pulak yeahoo! Zafirah tu tak habis² berzikir nak swimming, nak swimming eh stress pulak dengar. Ajak balik kang baru tau πŸ˜’


Berendam sampai kecut. Heaven sebab pool tak ramai orang. Yelahh bukan musim cuti pun. kikiki~  Aku cakap kat laki bagi je dorang berendam puas². Takyah ajak naik selagi dorang takmo naik. gituu~  Tapi aku tak larat nak berendam lama². Berair hidung. Laki aku pun sama. Dah tu siapa nak jaga dorang kalau kitorang tak join berendam? πŸ˜‘


Dalam pukul 6pm kot ajak jugak naik. Mandi manda. Lepas solat Maghrib pi dinner kat Sunway Putra Mall. Syok jugak jalan malam² dengan anak² tetengah KL. hihi~


View waktu malam dari lif hotel.


Aku request nak makan Nando's. Kebetulan boleh redeem chilli reward half chicken tak silap. Ouh aku memang makan Nando's guna tangan. Tu pun lepas tengok pak arab makan pakai tangan. Nikmat tak terkata! hahaha~  Zafirah tak makan. Eh dia makan roti sosej Auntie Annie. Anak dara tu bagi roti memang laju dia makan. Kalau nasi² ni haihh aku boleh migrain tengok dia makan. Sebutir² amek masuk mulut, cukup 10 butir terus cakap dah kenyang πŸ€•


Anak teruna sorang ni pulak makan main². 1 masuk mulut, 10 jatuh atas lantai. grrr~  Tapi dia memang gila jagung. Sebab masa ngandungkan dia apak dia duk ngidam jagung tahap kronik. Kalau tak dapat tu memang kemurungan lahh. Now berebut² makan jagung anak beranak. Aku perhatiiii jeeee😏


Lepas makan, singgah Jaya Grocer kot depan Nando's tu. Beli stok roti and megi untuk makan esok pagi. Aku tak amek pakej dengan breakfast sebab bilik aku sewa tu untuk 2 pax je. So breakfast pun untuk 2 pax. Zafirah dah 5 tahun kena cas RM15 kot untuk breakfast. eh rugi lahh dia bukan makan banyak pun bazir je. So kitorang decide beli je roti² kat kedai untuk breakfast dalam bilik.


Morning view bandar KL. Eh orang KL mana bangun pagi kan? hahahaha~  Elok aku nak sambung mentido anak² aku bangun. Serentak pulak tu bangun. πŸ˜‘


Dorang bangun je sibuk nak roti lah, nak air lah. Eh terpaksa lah kitorang bangun sekali. haihh~  Tapi oke laa sesambil makan, santai² tengok tv, guling² atas katil. kiki~  Zafirah ajak swimming lagi, tapi kitorang takmo. Aku malas dah nak basah² kan baju. Laki pulak tetibe sakit kaki. Hak alaa macam la buat akrobatik bagai, berendam je punπŸ™„


Dia tengok kaklong ikat rambut, dia pun sibuk nak ikat rambut. Dalam bilik je laa aku bagi ikat. Nak keluar bukak balik. Dah la orang ramai confuse jantina dia, nak suruh ikat rambut, lagi laa orang confuseπŸ˜‚


Dalam pukul 12pm kitorang siap² untuk check-out. Terus pi IKEA pulak. Lunch kat sana pastu cuci mata. Time ni lah aku beli door gift birthday Zafran tu rasanya.


Then balik, setelkan laundry and iron baju. Back to normal lifeπŸ’ͺ


k tu je nak cerita. Tapi kan booking hotel thru Traveloka memang banyak jimat lah. Tambah² time ada promo gini. ffuhh~  Tiap bulan holiday pun takpoo πŸ˜




Terima kasih sudi membaca!

3 comments:

Chekgu Azrine said...

akk pn booking hotel guna traveloka masa stay kat imah seniman lembang tu..dptla semalam rm114 je kot kalau xsilap..akk pnh dpt first world resort 58hinggit je..tp xjd ambk sbb tarikh yg harga tu hubs outstation plak

Norliza Nordin said...

sonoknye dok hotel, lame tak dok hotel hihihi

Ginger Sanches said...

Freankly speaking, this information is really full. The expert writing services is very interesting site. Thank you!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015