Nov 30, 2017

Kos untuk Birthday Party

Assalamualaikum...


Haihh malas betul nak update entry sekarang. Banyak benda nak cerita tapi penyakit M tu ya ampunnn kalau lah ada ubat khas untuk penyakit tu. Kalaulahhh πŸ€•


Oke seperti yang dijanjikan dalam entry lepas, aku akan share berapa kos yang aku guna untuk buat birthday party Zafran. Bukan nak riak ke apa ye, sekadar berkongsi. Untuk rujukan aku jugak di masa hadapan. Dah kata blog ni sebagai pengganti memori yang hilang. lol😝




1. Door gift

Aku beli children's cutlery set ni kat IKEA. 1 set tu RM5.50 je. Ada 6 set dalam tu, so satu set jatuh dalam RM0.90 je! Murah oke! Jemputan kekanaks ada la dalam 80 orang. Kawan² aku ramai yang produktif, satu family minima 2 orang anak, maks 4-5 orang. wohoaa!πŸ˜‚  So aku beli 15 set. Lebih takpe, aku boleh pakai walaupun memang dah ada set ni kat rumah. huhu~  


 Kali ni aku takmo guna paper bag or bag goodies biasa tu. Aku balut je cutlery set tu dengan tisu. Idea ni aku dapat dari Pinterest. Macam yang aku mentioned dalam entry sebelum ni, memang aku banyak cedok idea dari Pinterest. Kreatif² dorang ni. Tisu tu kebetulan memang ada kat rumah. Zaman bila tah mak aku beli. Elok berbungkus dalam plastik lagi. Tak elok membazir, baik lah guna ye dak? πŸ˜  Tapi aku perasan IKEA ada jual tisu tebal² gini.


 Taraa! dah siap balut! Cara balutan pulak aku tengok kat youtube. Alahh search je 'how to fold cutlery with tissue'. Something like that πŸ˜  Ada banyak cara, aku follow mana yang palingggggg mudah! haha~  Wei balut sendiri je tauu. Ada 80 set pulak tu nak dibalut. Krem tangan ahkak πŸ˜­


 Budak nyibuk.


Ni pulak untuk lekat kat set yang dah dibalut. Takde la nampak kosong je kan. Semua ni print kat Pinterest. Print atas kertas biasa je, then potong and lekatkan double sided tape. Nak print direct atas sticker papers mahal uiiii. Banyak lagi benda lain nak dibeli so jangan bazir! Tapi kalau korang memang ada bajet lebih boleh la print atas kertas sticker terus. Kena tempah kat kedai and biasanya amek masa few days untuk siap. Bukan boleh siap immediately😜  


 Dah siap tampal! haa baru lahh berseri-seriiii door gift kiteeee😍  Memula laki aku agak skeptikal dengan idea aku ni. Tapi yelahh kau argue dengan orang perempuan mana mungkin kau boleh menang? bahahaha! Eh masa hari kejadian, ramai puji door gift comel, cute, lawa semua yang indah² lahh. Oke la mungkin korang akan cakap dorang amek hati jeee. Tapi bebudak semua cakap cantikkkk. Bebudak tak pandai nipu oke. Dorang jujurrrr. Kembang kempis hidung acik dengar tetamu² kecik puji. Berbaloi rasa kepayahan membalut, menampal semua tu πŸ˜˜


 Ni door gift aku beli khas untuk sambutan kat taska. Saja lah selit dalam entry ni jugak. hihi~  Roti sosej bajet nama diberi. Seketul tu kau tau berapa RM??


SERINGGIT sahaja!


yaa korang tak salah baca! Memang RM1 jee harga seketol bun sosej tu. Aku beli kat @ida_bakery. Dia duk area Kajang sana. Delivery ke rumah aku dia cas RM10. Oke lah sebab murah sangat dah roti dia tu.


Yang tag lego tu aku print sendiri and stapler sendiri. Aku just mintak baker tu balut roti aku cara gitu senang aku nak menampal tag. Tag Lego tu pun amek dari Pinterest. hehe✌


 Sekolah Zafran ada dalam 50 student, aku bagi extra 10 roti untuk teachers. Sedap weh roti dia. Gebu gebas lagi. Tahan for 4 days in room temperatureπŸ‘πŸ‘


So total damage untuk door gift roti je dah RM60. Print tu tak ingat berapa. Murah jugak sebab aku pi kat area flat ikan Seri Serdang sana. Banyak kedai print memurah situ.


Oke lagi aku nak selit cerita door gift aku buat masa birthday Zafirah dulu. Door gift untuk tadika sebab celebrate kat rumah kecik² je. Among family members je tak payah door gift lah kan. haha


 Aku beli bag gift ni kat MR. DIY. RM1.90 untuk 12 pcs. So sekeping jatuh RM0.20 je. Kenapa aku kata DIY lagi murah? Sebab dulu aku pernah beli bag yang sama kat kedai borong area Bangi ni, RM2.50 untuk 10 pcs. Boleh baca kat >SINI<


Ada macam² corak lagi. Pilih la mana kenan di hati. Tapi material jenis senang koyak. So kena hati-hati masa nak masukkan barang dalam beg tu. 


Dalam beg tu aku isi air kotak satu and pensel tak silap. Masa ni aku mendemam ingat nak isi benda lain lagi dalam tu tapi tak larat nak pi kedai. Nak survey pun tak larat dah. Jadilah dua benda tu je dalam goody bag. Janji ado. Total student 75 orang gitu. pheww~  Air kotak beli kat Giant, tak ingat berapa sen sekotak. Almost singgit jugak kot. Pensel beli kat DIY pun tak ingat harga. kahkah~πŸ™ 


*********************************************************************************


oke habis dah cerita selingan. Sambung to party Zafran. hehe~





2. Sudu Garfu


Set sudu plastik beli kat MR. DIY. Ni yang paling murah. Benda pakai buang kan amek yang mur mur sudahh.


Pinggan mangkuk polisterin beli kat kedai borong kat Sungai Ramal. Tak ingat harga. haha~  Cawan, tisu pun beli area Bangi je.







3. Hiasan

Untuk hiasan² ni semua print dari PINTEREST! Berapa banyak daa word Pinterest dalam entry ni? hahaha~  Tali untuk menggantung banner, paku semua recycle apa ada kat rumah. Belon and batang dia tu beli kat DIY. Tak ingat harga. Ninjago eye tu pun print dari Pinterest wehh! Plan asal nak print atas sticker papers senang sikit nak menampal. Tapi kerja semua buat last minute, print je lah atas kertas biasa pastu gam kan aje atas belon. Melekat jugak. kihkih~


Hiasan lego² tu recycle je anak aku punya. haha~  Yang macam pasu IKEA tu, haa tu lama dah aku beli. Beli kat kedai RM2. Aku kirim kat Sue. eh lama dahhh~  Masa umur Zafirah setahun kot. Lama sangat! Tak pernah guna pasu tu. Duk simpan je dalam almari. hihi~  Aku letak sudu garfu and belon yang belum ditiup dalam tu. Alkisahnya tak sempat nak meniup semua belon. Lupa beli pam belon, so kena tiup manual. Semput oke! Dapat tiup 10 pcs pun dah syukur sangat. Janji ado! Bebudak yang nak belon sila tiup sendiri ye πŸ˜






Kos-kos lain:
Kuih Nona (100pcs) + roti jala (2kg) + Sandwich egg & tuna = RM225
Brownies bite (plain + choc chips), 150 pcs (mamakayrul) = RM105
Birthday Lego cake (break_N_fast) = RM135
Nasi putih + ayam masak merah (RM4.5 per head x 60) = RM270
Khemah + set kerusi meja  + buffet table = RM350


Jemputan aku untuk majlis birthday Zafran 150 orang. But of course lah bukan semua yang dijemput datang kan? hehe~  Tapi food habis woo Alhamdulillahhh.


TOTAL Damage (include yang aku dah bebel panjang atas tu) = RM1,375.10


Sebab tu tak daya nak buat birthday party tiap tahun. Anak aku dua orang, dua² lahir bulan lain². Sorang awal tahun, sorang akhir tahun. Bankrup lah setahun sampai dua kali buat party. hahaha~  Dapat merasa sekali tu oke laa tu kannn. Next time pulak. Tengok lah bila dorang dah besar sikit. πŸ˜


k tu je nak cerita. tata!






p/s: takde paksaan untuk bukak dan baca blog ni. Kalau tak suka boleh tekan button 'x' atas tu. Lagi better takyah baca langsung. Ni dah tak suka tapi sibuk baca dan komen. Banyak benda lain lagi aku nak fikir daripada serabut fikir hal orang lain. Get a life please!



Terima kasih sudi membaca!

Nov 9, 2017

Birthday Party Zafran

Assalamualaikum...


Actually birthday Zafran 26 Oktober. Tapi jatuh hari Khamis. Memang dah plan nak buat party besar² an macam kaklong dia dulu. Boleh baca di "Sekitar Majlis Harijadi Zafirah"


Well aku buat birthday party anak bukan tetiap tahun pun. Biasa celebrate kecik² samada dengan family aku atau kitorang 4 beranak je. Bukan murah ye kos nak buat majlis besar²an. huhu~ Tapi sekali sekala nak merasa oke lahh. Lagipun Zafirah dulu umur 2 tahun jugak buat birthday party. So adik pun kena la merasa ber-party di umur 2 tahun. Kang kata double standard pulekk.😏


 Aku amek masa 3 jam ye untuk siapkan invitation card ni! pfft! Amatur kekdahnya. Ni semua edit guna photoscape je wakkk. Gambar² semua amek dari Pinterest, copy paste masuk photoscape. Tapi IDEA untuk hasilkan kad macam ni ffuhhh! Mohon korang jangan pandang rendah dengan designer² oke! Ada sebab dorang cas servis mahal. Dan jangan sesuka hati mintak design free. Nak kencing kat public toilet pun kena cas wakk✌


Sehari sebelum majlis, aku mintak teacher celebrate kat sekolah. Saja bagi dia merasa celebrate birthday dengan kawan² sekolah TANPA mama papa. hehe~  Ikut plan nak celebrate betul² 26hb tu. Tapi teacher kata tak sempat sebab bebudak still exam hari tu. So postponed 27hb. Kemain dua hari berturut² celebrate birthday πŸ˜  Aku oke je since dah order kek and goodies untuk tadika. So proceed je lah bebila pun.


 Aku sediakan kek (brownies tower) and door gift (roti sosej) je. Agar² tu teacher punya initiatif. Ala celebrate gitu² je. Nyanyi lagu happy birthday, pastu makan kek. Setel!


 Nangis pulak dia πŸ˜‘ Ingat kan gangster sangat


Dapat makan brownies, happy πŸ˜


Keesokan harinya tu, seperti yang dirancang, celebrate kat rumah pulak. weeeee!πŸ‘πŸ‘


 SEMUA decorations aku buat sendiri! Semua amek kat Pinterest je. Print, potong, tampal! Memacam idea ada dalam Pinterest tu. Rambang mata. Rasa nak print semua benda tapi bila fikir kudrat tak banyak, terpaksa la pilih yang penting² je. Yelahh kitorang laki bini je yang buat kerja. Parents aku kat London. Pagi nak kenduri tu baru dorang sampai Malaysia. kahkah~


 Bcoz normal goodies bag are too mainstream. Aku memang nekad taknak bagi JAJAN! Idea ni pun dapat dari Pinterest. bahaha~  Goodies ni semua balut sendiri, selotep sendiri. Ada 100 goodies semuanya! πŸ’ͺπŸ’ͺ


 Kek lego tempah khas dari Break_n_Fast. Idea untuk kek punnn amek dari Pinterest.😝


 Dah ready nak nyanyi lagu happy birthday. Kekanak semua berkumpul reramai. yeyy!


 Mama yang happy lebih πŸ™„


Sesi potong kek. Kaklong punnnn nak potong jugakkk. πŸ˜


Bebudak duk pungut topping fondant tu πŸ˜‘. Mujur Zafran tak heran dengan topping tu. Dia lagi suka makan benda lain.


 wokay habis potong kek, moh la kita makan. Eh kek ni aku order coklat moist. Laku kerassssss! Aku sendiri tak sempat nak merasa. lol~  Busy layan tetamu weii. Nak makan pun tak sempat πŸ˜‚


Tetamu terawal sampai. Thank you yaya cumi.😘 


 Opismet + mak minyak. Tq bagi hadiah minyak! πŸ˜˜


 Idola ramai bloggers mak mak, Aty Fared. Tq babe sudi datang dari jauhhhh πŸ˜˜


Teacher² Zafran. Tq sudi datang πŸ˜˜


 Geng gojes, dari kiri: Zila, Kayrul and Pijah. Thank you korang πŸ˜˜


 Kak Sumijelly dengan hero² nya. tq for coming kak walaupun tak layan akak sangat. ahahaha ampun! πŸ˜˜


 Besfren forever! Geng gaduh masa sekolah. hahaha~  Minah ni bukan nak bagitau boleh datang. Dalam group wasap senyap seribu bahasa. Tup tup muka dia muncul depan rumah aku. Mujur tak tersedak brownies πŸ˜‘  tq for coming beb! Appreciate sangat! πŸ˜˜


 The unsung hero! Orang kuat belakang tabir yang banyak tolong menjayakan majlis ni. Tolong gorengkan mihun for 50 pax, tolong buat air teh o, tolong goreng telur, tolong goreng keropok ikan, tolong basuh pinggan mangkuk, periuk belanga kat dapur! Eh dia sampai² je terus masuk dapur oke pastu tak keluar² sampai lah habis majlis! Acikkkkkkkk!! Muchas gracias!! Lebiu to the moon and back! πŸ˜˜πŸ˜˜


 Geng blogger jugak ni. Dari kiri: Fazrol, kak Sue. Tq korang! πŸ˜˜


Geng bangians, tapi dia paling lambat sampai. haha~  tq for coming Anis πŸ˜˜ 


 Opismet Azfar. Eh wife dorang! πŸ˜  Masuk air semua ni walaupun pangkat akak². haha~  Dah selalu sangat jumpa, havoc! Thanks for coming korang. Jumpa lagi family day minggu depan πŸ˜˜


Lagi geng gaduh masa sekolah. Tetamu paling last. Mujur makanan ada lagi time ni. hahaha~  Tq korang! πŸ˜˜πŸ˜˜


Ada lagi tetamu lain yang takde dalam gambar. Especially gambar family and jejirans. hehe~  Segan ah nak bergambar dengan jiran camni. Sebab jiran² aku semua pangkat abang kakak πŸ˜


Parents aku tengah jet lag terpaksa gak bangun sebab ramai orang datang rumah takkan nak tidur? Dah la bilik dorang tingkat bawah je. kihkih~  Paling last datang pakcik aku (adik mak), dulu dia duk Kelantan, now dah kena transfer kerja mahkamah area sini, so dia duk Shah Alam sana.


Lepas Maghrib parents aku sambung mentido balik. hahaha~  Tinggal la aku melayan family pakcik aku. Dorang lah tolong perabih balance² food yang ada. Ngam² je wehh. Licin semuanya! Alhamdulillah~


Sesi paling ditunggu²! Kaklong tu yang eksaited lebih sebenarnya. Zafran bukan faham lagi benda² ni. Dia tak eksaited sangat pun. Yang dia tau berebut mainan dengan kaklong je. hahahaha~


Terima kasih sangat pada semua yang sudi datang. Yang bagi hadiah, yang bagi duit, yang sponsor makanan. Semoga Allah limpahkan segala rahmat dalam hidup kalian sekeluarga dan semoga semakin murah rezeki korang sekeluarga. Ampun maaf sekiranya ada terkurang mana². Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan kelemahan itu dari diri kami sendiri.


Doakan Muhammad Aisy Zafran membesar menjadi anak yang soleh, patuh setiap perintah Allah dan berjaya di dunia dan akhirat. πŸ˜˜


Nanti aku share total damage eh. Dengan goodies sekali. Stay tuned!




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015