Aug 18, 2017

The Original Boat Noodle, KL Gateway

Assalamualaikum...


Dah lama tak pi Boat Noodle. Hari tu perasan ada satu outlet dalam KL Gateway. Sebelum ni datang KL Gateway lunch kat KFC je. Bila dah tau ada Boat Noodle, terus plan next visit nak lunch sini pulak. Aku berkawan dengan orang yang suka makan dan tak kisah makan apa pun dan di mana saja. Kalau salah sorang teringin nak makan something, yang lain follow je. Next time follow tekak orang lain pulak. Gilir² gitu lah. Janji makan. haha~


 Ni lah kedai dia, level 2 tak silap. Biasa datang sini hari Jumaat. Sebab nak dating dengan mak minyak kak Pora. hahaha~   opis aku bukan macam opis gomen hari Jumaat rehat lama. Waktu rehat hari² sama je pukul 1-2pm. Tapi opis aku fleksibel. Nak keluar awal boleh, nak balik lewat sikit pun boleh. Cuma jangan la kau melebih² sangat keluar pukul 12pm, pastu pukul 4pm baru masuk opis balik. Melampau lah kan. Pandai² ejas masa lunch tu. gituu.


So, macam biasa berjanji dalam fesbuk je. Then wassap² nak datang pukul berapa semua. Safura selalu deal dengan mak tiri minyak dia tu, Diana. Diana tu pulak opismet aku. Pi mai pi mai tang tu je circle of friends aku. lol~  geng aku ramai gila jual minyak YL sekarang. Aku je tak terjebak lagi 😏


Aku ada ajak jugak Ayu and Wawa. Dedua ni geng gojes. Tapi dorang tak available pulak. Ayu takde transport, Wawa dah selamat on the way pi Sunway Putra untuk lunch. Next time lah kita plan lagi. Banyak lagi Jumaat akan datang. InsyaAllah ada rezeki jumpa lah kita.😁


Aku dengan Diana sampai dulu Boat Noodle. Dari luar nampak macam full house, rupanya dia ada ruang lagi belah dalam tu. Agak luas dan banyak meja. Cuma sesak sikit sebab asap berkumpul belah dalam tu. Habis melekat bau asap kat baju dengan tudung. Tak kenan aih keadaan gitu.


 Ni order untuk aku dengan Diana. Sebabkan ramai orang, agak lama jugak menunggu makanan sampai.


 1st round. Ada lagi 6 mangkuk belum sampai time ni. yaa sorang makan 6 mangkuk! kahkah   Safura je makan 2 mangkuk noodle, sebab dia order nasi jugak. Nasi 2 pinggak oke *motip bagitau?*😝


 See, habis oke. Takde pembaziran berlaku. Air aku order coffee. Tak kenan rasa dia. Agak tawar. huhu~


 Dessert Sangkaya, Diana order. Dah sejuk pun tetap sedap dan roti tetap lembut.


 Kerabu maggie, aku order. Sedap! Share² makan dengan Diana. Sangkaya pun sama share² makan.


Alhamdulillah kenyang! Licin memasing makan. Kerabu maggie tu je ada lebih sikit. Lebih sesuap je kot. Tak larat dah nak paksa telan.😁


Habis lunch Safura ajak jalan² Daiso. Tingkat atas Boat Noodle tu je. Dah lama sangat tak masuk Daiso. Harga dah tak sama macam dulu. Now each item RM5.90 (inc gst). Tak baloi je rasa nak beli barang kekecik dalam tu dengan harga gitu. DIY gak best 😏


Wajah² kekenyangan dan muka bangga sebab berjaya tak beli apa² dalam Daiso walaupun geram tengok banyak barang cecomels. kahkah~  tahniah untuk diri sendiri!👏


k tu je nak cerita. Kagum ahh minggu ni hari² update blog. Syabas lagi sekali untuk diri sendiri 😝


Tata!




Terima kasih sudi membaca!

7 comments:

Chekgu Azrine said...

akk pun bru makan kat boat noodle kat MM melawati

safurara said...

HAHAHAHAHAHA, tahniah2 walaupun gerammmm je rasa. hahahaha. hampeh, ko nk bgtau aku mkn banyak kan?

Cici said...

lama tak makan situ. tapi taknak noodles tu nak kerabu maggie dengan teh ais je . yummy

sama lah opis kita. rehat sejam je . dalam nak mencari tempat makan pun dah amek masa

Sue Izza said...

tahniahhhh tak beli apa2 kat daiso hehehehhe

mawar_berduri said...

dalam Kl Gateway ada Boat Noodle? yeayy boleh singgah nanti

mummy said...

mak minyak terus tuk rara..hehe

rahma shop said...

terimakasih atas informasinya, jangan lupa kunjungi kami
di https://goo.gl/oENsJk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015