Aug 17, 2017

Raya #Day 17, Mini Gathering Geng Kepoci

Assalamualaikum...


Hari tu geng gojes (bloggers), ni geng kepochi (ex-schoolmates) pulak. haha~  Aku suka berkawan dan aku akan pastikan aku sentiasa keep in touch dengan kawan² yang ada. Ada orang tak suka nak geng dengan ramai orang. Sebab dorang berpegang pada kata² "kualiti lagi penting dari kuantiti" gituu. Terpulang lah cara memasing kan. Bagi aku nak ramai kawan ke tak ramai kawan ke, dua² tak salah. Yang penting jangan khianat orang ! 😏


Alkisah hari raya ke-17 ni, jatuh hari Jumaat. Plan seminggu awal untuk beraya rumah mek Aida. Beria lah roger semua orang dalam group wassap siapa nak join pi rumah Aida. Dalam group kitorang ada 13 orang ahli. Semua geng dari form 1. Tapi biasa lah, memasing dah ada komitmen sendiri, TAK PERNAH lagi gathering lengkap 13 orang. Macam pi rumah Aida ni pun, termasuk aku 4 orang je yang boleh join. kahh!


Saja plan hari Jumaat, dah faham kalau jumpa je mesti panjang cerita. Hari Sabtu cuti, boleh la nak tidur lambat. Time raya je boleh berkumpul macam ni. Raya setahun sekali pulak tu. Tu yang banyak nau borak. Bebetul lepas Maghrib gerak pi rumah Aida. Tak jauh pun dari rumah aku. Sekentut je. Rata² kawan sekolah aku memang duk Bangi-Serdang. Dah kitorang memang membesar kat Serdang. Cuma nak jumpa selalu tu idak ler sempat. Banyak komitmen lain oii.


 Aku request Aida masak nasi ayam. Asalnya dia nak buat mee bandung kot, pastu aku cakap laki aku tak makan mee bandung, buat nasi ayam lah. hahaha  mekaseh lah penuhi permintaan kawanmu yang cerewet ni. Eh bukan aku yang cerewet, laki aku! 😑


Bila cerita kat dak encem dia cakap susah² je kang, dia taknak makan. haa yelah tu tak makan. Dah sampai rumah aida dia yang pertama kaut nasi ayam, makan tak pandang kiri kanan dah. Anak bini ke mana pun tak heran dah dia. 😏


Aku suka nasi ayam Aida. Dari zaman sekolah lagi aku suka makan nasi ayam dia. Dulu mak dia buat, now dia la buat sendiri. Tapi rasa lebih kurang je dengan yang mak dia buat. haha


Geng apak² pun rancak jugak borak. Dah selalu jumpa kan. 


 First time sebenarnya datang rumah Aida sejak dia pindah Bangi few years ago. Tahun lepas aku tak jumpa rumah dia yang mana. Call² tak angkat, dia busy layan tetamu tak perasan bunyi fon. Tahun ni aku warning sesiap TENGOK FON! kahkah garang nau. Alhamdulillah sampai jugak haa.😁


 Sebelum balik moh la amek gambar kenang-kenangan. Aku dah letak semua gambar raya dalam facebook. Tapi kat fb tak boleh bebel panjang². Blog jugak best. hehe~



Ni lah mek Aida. Kenal dari umur 5 tahun, now memasing umur dah 31 tahun. Semoga kita kekal bersahabat till jannah.😘


k tu je nak cerita. tata!




Terima kasih sudi membaca!

2 comments:

Anum said...

meriahnyaaaaaaaaaaaaaa

Anonymous said...

menantu perempuan pun rajin gak jumpa geng uni dia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015