Aug 23, 2017

Raya #Day 20, Jamuan Raya Kat Rumah Sendiri

Assalamualaikum...


Sama macam tahun lepas jugak, tahun ni pun buat jamuan kecik² kat rumah. Khas untuk kawan² rapat. Tak larat dah nak buat open house besar²an. Tak puas melayan tetamu. yelahh jemputan ramai sangat, nak kena layan SEMUA. Perasaan tu tak puas. Siapa pernah buat kenduri mesti faham maksud aku. huhu~


Tapi tahun ni punya tetamu tak seramai tahun lepas. Sebab ramai yang tak available, suami outstation, balik kampung etc. Tapi aku teruskan jugak dengan jamuan ni. Mana yang free datang lahh. Tetamu tahun ni macam biasa lah geng² kepochi and opismet dak encem. Takde blogger sebab semua yang kitorang invite tak free, ada yang anak sakit, etc.


Kalau last year menu spesial pengat durian, this year punya menu special is๐Ÿ‘‡


 Lemang PERIUK KERA! First time dengar lemang ni dan first time juga makan. Tak pasti negeri mana yang mulakan menu lemang periuk kera. haha~


 Dimakan dengan rendang. Rasa dia lebih lemak dan lebih lembut dari lemang biasa tu. Kalau ikut tekak aku gitu lah ye. Mak aku beli dari opismet dia. Sebiji RM2. Mak order 50pcs. Rendang ayam seekor, pun order kat orang sama. Sedap gila rendang ayam.


More, ada jugak nasi lemak mertua aku masak. Nasi lemak lauk telur goreng je. Nasi lemak habis licin, aku tak makan pun nasi malam tu. Rendang pun habis licin. Lemang je banyak lebih. Sebab saiz lemang periuk kera ni besar tau. Makan seketul pun dah kenyang. Tu banyak lebih kot. Tapi boleh je simpan dalam fridge, nak makan panaskan je dalam microwave or oven. Tahan berminggu². bahaha


oke jom tengok gambar pulak ๐Ÿ˜


 Opismet aku, Diana.


 Siti, kawan sekolah dak encem. Anak² dia dua² satu sekolah dengan Zafirah. Sorang 6 tahun, sorang lagi 4 tahun. Siti ni balu. Asben dia meninggal 2 tahun lepas kot. Sebelum asben dia meninggal, pak mertua dia meninggal. Tu dia rapat dengan mak mertua dia tu. Selalu nampak dia pi memana mesti mak mertua dia follow sekali.


 Ex-schoolmates. Yang baju kelabu tu dari Shah Alam nun datang. Thank you so much beb! Jangan serik tau.๐Ÿ˜


 Bebudak main pop-pop luar rumah. Dak encem memang beli sekotak besar mercun pop-pop. Dalam kotak tu ada 50 lagi kota kecik pop-pop. Beli kat Mydin RM20 gitu. Beli khas untuk jamuan gini lahh. Kawan² kitorang majoriti ada anak kecik. Dah macam taska rumah aku malam tu. Suara bebudak meriah nau. 


Gambar atas ni baru 1st batch. Lepas dorang balik, ada lagi 2nd batch bebudak, anak² opismet dak encem pulak. Lagi meriah sebab  dorang dah agak besar, sekolah rendah gitu. Ramai boys pulak tu. Mujur jiran aku bujang and kerja malam. Idak la serba salah mengganggu ketenteraman malam. haha~


 Ni je lah geng kepochi yang available malam tu. Tak semeriah tahun lepas. Tapi banyak ni pun sama je meriah nya. Mulut memasing tak reti stop bercakap. bahaha~  eh kitorang borak pasal hal² family memasing je. Takde la duk gosip² artis ke hape. Kena cerita kang orang salah faham dah la nama geng pun 'kepochi' tak pasal kena label "makcik bawang". Tak tak, tak usik pun hal kain batik orang lain. Buang masa ✌


Teacher Zafirah pun aku ajak sekali. Teacher school Zafran je tak ajak sebab rumah jauh sian pulak dorang nak datang. eh dorang ni mana ada transport tau! Tu datang rumah aku pun jalan kaki je. Mujur lah sederet je sekolah dengan rumah. Owner tadika aku lupa nak ajak. bahahaha  ampun! Tak sengaja. Banyak sangat benda dalam otak sampai lupa.๐Ÿ˜‘


Apa pun thank you semua yang sudi datang. Semoga kenyang, maaf andai terkurang mana². Jangan serik datang lagi๐Ÿ˜˜


Ni lah kesan pop-pop malam tu. Dah macam medan perang. hahaha~


Sebelum mak bebel baik sapu cepat!๐Ÿ˜


ok tu je nak cerita. tata!




Terima kasih sudi membaca!

2 comments:

Noor Azlan said...

Lemang Periuk Kera? Saya pun baru dengar nama dan tengok rupa bentuknya....

Eca Dwinky Asha said...

bagus idea sedia mainan pop2 tu..kita kat ruma klu ada majlis gni mmg sedia jajan2x ringan n astro ceria je lah hadap kat budak2 tu.hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015