Aug 29, 2017

Raya #Day 21&22, Open House Kawan²

Assalamualaikum...


Sukan SEA pun dah nak habis, aku tak habis² lagi up entry raya. lol~  Kalau annoying cepat² tutup tau. Semua ni untuk simpanan hari tua aku.✌


Alkisahnya untuk raya hari ke 21 & 22 ni tak banyak pi rumah orang. Jadi lum sum kan aje 1 entry. gituu~


Raya Day 21 (Sabtu):

Ex-classmate masa kolej dulu, Dayah, buat makan² kat rumah dia. Saja dia ajak kawan² kolej and opismet dia. Rumah dia kat Desa Pandan sana. Lepas Zuhur kitorang keluar rumah sebab Dayah cakap dia masak menu lunch. Ayuh lunch kat rumah Dayah je!๐Ÿ˜


Sampai² terus makan. lol~  kebuluran. Dah breakfast, tapi macam² kerja buat pagi tu, so by noon dah lapar balik lerrr.


Banyak gila food dayah masak. Dia MASAK SENDIRI semuanya! wohoaa! Untuk orang tak biasa masuk dapur memang aku rasa WOW sangat lah mampu masak banyak² untuk tetamu. Lagipun aku tak konfiden la nak bagi orang makan masakan aku kecuali family sendiri. hahahaha


 Menu utama, nasi lemak and mihun goreng.


 Desserts. Kek lapis tu je BUKAN Dayah buat. Tu beli. huhu. Kek coklat tu sedapppp! Katanya 1st time buat. Mujur menjadi. haha~


Lepas makan lepak², borak². Ingat nak tunggu geng² lain datang, tapi dorang daripada Pahang nun. Ada yang dari Pekan, ada dari Bentong, ada jugak dari Damansara tapi sebab ada urusan lain so terpaksa datang lambat. Dak encem nak pi rumah kawan dia pulak kat Sentul. adeyy~  takde rezeki lah nak gathering dengan orang lain.


Pukul 3pm gitu kitorang gerak pi Sentul. Geng² lain tu sampai rumah Dayah pukul 6pm gitu kot. pheww~  Sepanjang duk rumah Dayah, Zafran mentido je dalam bilik. Memang time tido dia. Seronok aku melantak tanpa gangguan. kahkah~


Kat Sentul ni rumah kawan yang kenal thru media social, Jack nama dia. Nickname je tu. Dia bukan blogger, bukan juga influencer, tapi dia banyak naikkan rating page² facebook gitu. Aku pun tak faham sangat kerja dia hahaha~  Tapi selalu la dia jumpa dengan dak encem discuss hal² kerja² online ni. Cara nak dapatkan income thru online semua tu. Aku tak pernah dengar conversation dorang. Banyak layan anak main je๐Ÿ™„


Banyakkkkk sangat mainan kat rumah Jack. Anak dia 3 orang. Yang sulung baya Zafirah tak silap. Heaven laa anak² aku dapat menan sesepah gini ๐Ÿ˜


Lepak rumah Jack sampaiiii Maghrib. Lama gila oii! Tah hape discussion si Ujang dengan Jack tu pun tak tau laa. Mujur aku tak tertidur kat sofa tu haa. Duk ulang pi meja makan je amek makanan, minum air, pastu main henpon, layan anak main. Dah penat ulang balik pi meja makan. Tu je lah kerja aku sepanjang duk rumah Jack. Wife dia ada je borak² dengan aku. Tapi kadang dia masuk bilik nyusukan anak dia yang kecik.


On the way balik rumah, singgah cuci kereta yang dah serupa tong sampah ๐Ÿ˜‘  Then, terus balik rumah je. Capek! Patutnya ada lagi satu jemputan kat Semenyih. Tapi dah malam tak kuasa pulak nak merayau sampai ke Semenyih. Sambung esok la pulak berjalan.




 Raya Day 22 (Ahad):

 Hari ni jemputan open house area Semenyih. Bukan rumah yang sama menjemput hari sebelum. Ni rumah orang lain pulak. huhu~   Anak beranak tema merah makngah hari ni๐Ÿ˜


 1st house, rumah blogger Dkna. Ekceli ni rumah kakak Dkna. Dia baru habis pantang, tu yang saja join jamuan raya rumah kakak dia. Meriahh. Yang penting makan sedapppp! hehe~


Next, pi rumah kazen aku pulak, kak Nita. Area Semenyih jugak.


Almost tiap tahun kak Nita buat jamuan raya kat rumah dia. Tahun ni dah 3 kali kot aku pi beraya rumah dia. Nama je duk Semenyih tapi takde la selalu jumpa pun!๐Ÿ˜ 


Ni lah kak Nita. Dari dulu sampai sekarang camtu lah beutipul dia.๐Ÿ˜˜


k tu je nak cerita. Thank you semua yang sudi menjemput kami beraya ke rumah memasing. Food semua sedap, marvelous sehingga menjilat pinggan! haha~  eh serius semua terer masak.๐Ÿ‘


Jumpa lagi raya tahun depan. Atau kat kenduri siapa² ๐Ÿ˜œ





Terima kasih sudi membaca!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015