Pernah dengar produk SMIGGLE? Produk dari overseas, tapi tak sure apa negara pengeluar dia. Orang have have je shopping sini. haha~ Barang dalam ni lebih pada stationery: pencil case, bag, pencil color, botol air etc. Design untuk setiap stationery kat sini tersangat unik dan comels. Tapi harga boleh buat pitam. Rakyat marhaen macam aku ni mampu tengok dan amek bau je dalam kedai tu.
Bulan lepas, dalam akhir July gitu, Smiggle ada buat SALE gila-gila. Kalau compare dengan harga asal kira gila jugak lah. Opismet aku ler yang duk perkenalkan aku dengan Smiggle ni haa. Time sale tu gigih terjah cawangan dia kat Nu Sentral sana. Tu je outlet yang dekat dengan opis. Walaupun only selected items yang sale, tetap jugak nak membeli. Dasar perempuan pantang nampak sale
See, kalau tengok harga asal dia tu urut dada wei! Tapi after less, huii baloi baloiii.
3D window sticker ni purchase after purchase. Harga asal RM40+ tak silap. After diskaun RM18 je. halahh halahh terus borong banyak² sampai licin almari. kahkah~
See, licin dah stok untuk hari tu
Tak pasal terjoin member sekali. Macam lah aku rajin nak shopping sini selalu. Walaupun dia kata member card tu takde expired and valid worldwide, entah² ni lah kali pertama dan terakhir aku shopping sini. bahahaha~ Kasi can laa penuhkan wallet dengan segala jenis mak nenek card
Muka bahagia. Dalam tak pernah tau pasal kewujudan Smiggle, tetibe je borong produk dia dah kenapa eh aku borong ni bukan sesaja tau. Beli untuk anak² aku sikit, untuk aku sikit. Lebih² tu saja aku beli extra khas untuk sesiapa yang buat birthday party anak, haa guna je lah hadiah yang aku dah beli tu. Style aku memang gitu, beli awal apa² barang yang best, bebila nak guna takyah fikir dah, capai je dalam almari. So kalau korang salah sorang yang dapat hadiah Smiggle ni jangan la duk fikir aku kaya pulak. Tengah sale mampu ler nak beli nyah!
Kebetulan hari yang sama, Manhattan Fish Market pun buat promo untuk fish and chips RM7.99 je! Rugi lah tak grab! Bukan selalu aku makan kat Manhattan. Partner aku tak makan seafood. Time keluar dengan kawan je aku boleh melantak kedai² macam ni.
Ikan Dory dah habis sebab ramai gila orang during lunch hour sampai kena beratur nak tunggu seat. pfft! So kitorang amek ikan Cherry Snapper. Tak pasti apa nama ikan tu dalam BM haha~ yang pasti SEDAPPPPPP! Lain betul rasa fish and chip kat sini dengan kedai² western lain yang aku pi. Kat sini ikan and tepung dia tu tak rasa muak, tar tar sos dia pun rasa lain. Sedap sangat.
Dessert, banana fritters with ice cream. Dorang hidang dalam hot plate, then masa hantar ke meja staff dorang akan tuangkan sos vanilla kot pastu ada la efek² berasap and bunyi air terkena bekas panas gila. Boleh bayang tak? lol~ Ada 2 ketul je pisang elok sangat makan sorang satu. huhu~
Habis makan, balik opis balik. Mujur opis fleksibel takde nak kecoh sangat kalau habis lunch lambat. hihi~
Oke meh nak share apa yang aku borong kat Smiggle tu
Pastel pen tu best sebab kalau terconteng kat tangan ke muka or mana² senang nak cuci.
3D window sticker (slide for more pics). Anak aku suka main kaler² macam ni.
Ni pencil case tau. Untuk aku. kahkah~ Anak aku kecik lagi mana boleh beli pencil case memahal. Kang rosak haruuu~ Tunggu dia dah remaja or sampai dia dah reti jaga barang sendiri baru boleh nak beli pencil case memahal. hehe~
Keratan dalam. Aku amek yang kaler pastel pink² tu je. Sebab pencil case tu ada bauan, wangi tau. Bila simpan dalam almari, habis semerbak bau wangi satu almari. Nice sangat! Harga after sale RM38. Yang kaler biru tu takde bauan apa². Biasa je. Harga after sale RM28.
Agak besar pencil case ni. Lagi besar dari saiz tapak tangan aku.
Korang pernah beli tak barang Smiggle? share sikit beli apa.
Oke meh nak share apa yang aku borong kat Smiggle tu
Terima kasih sudi membaca!
8 comments:
tak sale mampu tengok je kannnnn
tak pernah dengar lagi hihihi...harga dia lepas sales pun urut dada jugak tu..tapi kualiti dia nampak macam okey sgt kan...padan la dengan harga tu...
tempted tp tak pernah lg beli
Mahal tapi comel la barg2 smiggle
cantiknyaaaaa
sampai bila sale tu agaknya..cecantikkss la bebarang dia Yana..kenapa kat NU sentral je..jauh nak poie..erghhhh
Kedai kat mana yaa
Wah!Banyaknya barang smiggle.ππ
Post a Comment