Siapa dah pergi MAHA?? best kan? kali terakhir aku pergi MAHA masa zaman sekolah...tadi saja laa nak merasa lagi jenjalan MAHA...dan aku tak sangka keluasan dia masyaAllah rasa nak putus kaki berjalan! hahaha dengan kendong anaknya...aku tak gemar angkut stroller kat tempat sesak² macam ni...aku prefer guna carrier...tapi bila kena menapak berkilo kilo kilometer ya ampun tanjat urat saraf kita wakkk! memang sebijik lah macam merentas desa! pffft!
Tapi kalau korang dah rancang awal tempat apa yang jadi minat korang, boleh terus aim ke lokasi yang korang kenan tu je...tak perlu pun nak round seluruh MAHA...tambah kalau bawak anak² kecik macam aku...sian kang dorang penat nak tidur...dengan berpanas, berhujan...gituuu tips to MAHA
Apa itu MAHA 2016??
Tapi kalau korang dah rancang awal tempat apa yang jadi minat korang, boleh terus aim ke lokasi yang korang kenan tu je...tak perlu pun nak round seluruh MAHA...tambah kalau bawak anak² kecik macam aku...sian kang dorang penat nak tidur...dengan berpanas, berhujan...gituuu tips to MAHA
Apa itu MAHA 2016??
MAHA atau Malaysia Algriculture, Horticulture & Algotourism, merupakan satu usaha untuk kerajaan menyokong industri ini. MAHA diadakan setiap dua tahun sekali....
Di MAHA, penternak dan nelayan berpeluang untuk mempamerkan hasil titik peluh mereka kepada umum. Sektor swasta dan kerajaan pula dapat memberi info kepada umum tentang penglibatan mereka dan apa yang mereka tawarkan untuk kemajuan industri.
Produk, servis dan alatan moden antara yang dapat dilihat di sini dan ini sekaligus dapat membuka mata masyarakat untuk menceburi bidang ini secara serius.
Peluang pemasaran produk sehingga ke luar negara (export) juga didedahkan di sini, Ini sekali lagi memberi signal kepada anak muda kita bahawa kerjaya dan pendapatan di bidang ini bukan calang-calang.
Apa ada di MAHA 2016??
meh aku nak cerita sikit tempat² yang aku sempat singgah siang tadi...aku berjaya luangkan 5 jam untuk terokai SEPARUH MAHA...yaa separuh je dapat pergi yeee...kau nak cover keseluruhan MAHA rasanya makan masa 2-3 hari...pfft!
Nafas Cube
Seawal 8.30am dah terpacak di paking lot MAHA, pintu 2...dari situ terus terjah Nafas Cube...first impression bila masuk sini, "WOW!!!!!" tak sangka dalam Mardi pun ada tempat macam ni...haha
Nafas Cube ni tempat penginapan berkonsepkan rumah tube, kontena dan khemah...rate semalaman adalah antara RM150-250 (T&C applied). Pemandangan depan penginapan ni adalah kawasan tasik yang luas dan cantik (lupa amek gambar view tasik,,ampun!)
rumah tube
khemah...yaa dalam khemah dah dilengkapi dengan katil, meja, kerusi dan kipas...untuk newbie merasa tidur dalam khemah boleh laa try datang sini...kot nak ajar anak² bercamping memang sesuai sangat...jangan risau dengan security di waktu malam sebab memang ada guard yang mengawal kawasan ni di waktu malam...lagipun kawasan ni berpagar...insyaAllah selamat...
Tempat makan juga ada disediakan tau dalam kawasan ni...ala ala cafe hipster...decoration nya, food servings nya...menarik sangat! tadi aku makan nasi lemak dengan teh o panas...sedap wooo! bukan laa indah khabar dari rupa...tak tak! portion pun boleh tahan banyak...puas hati makan....tu lah tenaga aku untuk round MAHA...hehe
kebetulan masa kitorang tengah sedap melantak, Dato Seri Ahmad Shabery Cheek datang melawat kawasan...blogger being blogger...terus ajak bergambar...bahahaha sporting Dato!
Penginapan di Nafas Cube ni akan mula beroperasi dan menerima tempahan dari orang ramai sebaik sahaja habis MAHA 2016! weeee
Laman Perikanan
Lepas puas bersantai di Nafas Cube, kitorang ke destinasi kedua iaitu Laman Perikanan...daripada nama dah tau mesti lah banyak kisah tentang ikan kat sini! lol
Masa ni Zafran dah mula meragam sebab nak tidur...mujur ada surau disediakan...eh surau sangat mudah jumpa sekitar MAHA...setiap zone atau Laman pasti ada sediakan surau (lelaki & perempuan), serta tandas...setengah tempat cuma sediakan portable tandas...nak susukan anak aku lepak surau je....ada ekon...selesa! telekung je tak perasan ada disediakan ke idak...tapi better bawak sendiri lah ye....more convenience...
Salah satu tempat yang aku sempat singgah is Kingdom of Shark...Zafran dah selamat mentido! haha mudah kerja kami nak melihat² kawasan ni...ngeh² dalam ni dipamerkan segala yang berkaitan dengan jerung...best bawak anak² datang sini...dorang kan suka tengok and belajar hal² haiwan ni...especially hidupan laut...
Ada masa² tertentu akan ada maskot² seperti Ikan Duyung, Ikan Yu, Penyu dan lain² akan hiburkan korang...eh yang jadi maskot² ni semua bebudak je tauuu...so saiz dorang pendek² je...anak² mesti suka! masa aku sampai takde maskot² ni...on the way nak keluar baru lahhh nampak maskot² comel ni berjalan terkedek² untuk ke tempat pameran...melepas acik nak tengok awak buat persembahan...tak silap dorang ni akan buat persembahan sekali...menarik kan??
Laman Padi
Lokasi seterusnya ialah Laman Padi...kat sini menunjukkan segala benda berkaitan padi...bermula dari menuai benih padi sehinggalah proses menuai dan memproses menjadi beras...
Nak tengok cara orang buat bedak sejuk pun boleh tau! baru tahu bedak sejuk diperbuat daripada beras...kahkah *noob* eh korang pun boleh cuba sendiri buat bedak sejuk....tapi bukan la dari awal proses...cuba picit² jadi bulat² kecik tu je...hehe
ouh teruja nyaaaaaa tengok sawah padi! maklum lah mak orang bandar...mana nak jumpa sawah padi tetengah KL ni kan...huhu
korang juga diberi peluang untuk saksikan perlawanan bola sepak di dalam bendang! wohoa! tinggi stamina tu bang! hebat! bukan senang ye nak bergerak dalam lumpur, apa lagi kau nak berlari, main bola sepak?? ohmaii
Laman Nanas
Laman Nanas ni tempat yang paling aku tunggu untuk terjah! haha sebab ada jual nenas MD 2! terbaikkkk!
dalam ni, macam² info pasal nanas korang boleh cedok...ada juga contest bergambar dengan 3D wall...menarik sangat oke! korang kena cuba! serlahkan bakatmu...ecehh
Sebelah kiri bangunan ni pulak ada gerai² jualan hasil nanas...ada jus, buah nanas, kek nanas juga produk daripada pokok nanas! wohoaa!
kalau korang dahaga, boleh beli air jus nanas MD 2 dari kedai brader Hazman ni...bukan takat jus, buah nanas pun ada dijual...nanas MD 2 ni sejenis nanas yang tak tajam...so tak perlu risau lidah kau pedih bagai dihiris² lepas makan nanas...aku siap bagi Zafran makan...relek je dia...huhu
Laman Armada Jentera
Seterusnya aku ke lokasi ni...dalam ni ada pelbagai pameran jentera yang digunakan khas untuk pertanian...eh zaman makin maju makin canggih, semua dah guna mesin je sekarang ni...kurang dah guna tenaga manusia...
Jentera² ini ternyata menggandakan hasil pertanian berlipat kali ganda! Apa yang menakjubkan adalah jentera ini bukan sahaja jentera² biasa kita lihat di kaca tv, malah ada yang lebih canggih dan besar daripada itu...eh nak tahu kena la datang sini tengok sendiri...heeeeee
Laman Ternakan
Lokasi kat sebelah Armada Jentera jeee...jalan kaki pun boleh..tak payah naik tram...hehe
Kat sini ada dipamerkan lembu sado! kau ingat manusia je boleh sado?? kesadoan itu milik semua makhluk tahu?? hahahaha
Tak percaya tengok ni haaa
sado kannn..ngee
Kat sini juga ada menceritakan macam mana dorang dapat lembu baka sado macam ni...siap tunjuk cara dorang dapat kan sperma lembu jantan, pastu masukkan dalam vagina lembu betina...ada kaedah khusus ye...it's all about technology bebeh!
Antara keistimewaan lembu baka ini ialah kualiti dagingnya yang berprotein tinggi, kandungan lemak yang rendah, daging lebih lembut dan kandungan kolagen juga rendah...saiz organ dalam lembu sado ini juga kecil...
Ekceli ada banyak lagi haiwan lain dipamerkan di sini macam burung merpati, ayam dan sebagainya...tapi masa aku sampai sini hujan mencurah²...makanya sempat tengok lembu sado aje lah...hihi
Kawasan ni menjual segala mak nenek produk tenusu...semuanya susu segar! susu lembu ado, susu kambing pun ado...macam² perisa ikut tekak dan selera memasing...produk dari jenama Farm Fresh pun ada kat sini...
tapi diingatkan, kalau korang berniat nak beli susu kat sini, better bawak cooler bag! sebab aku ada baca review orang cakap bila sampai je rumah susu basi walaupun letak depan ekon dalam kereta...susu segar kan takde pengawet...kalau ikut suhu bilik katanya tahan 4 jam...tapi biasa aku beli less than 4 hours dah basi...uhukk bazir!
oke setakat tu je lah perjalanan aku dalam MAHA 2016 hari ini! ikutkan banyakkkk lagi tempat nak dilawat...tapi anak dah meragam tak puas tidur...dengan hujan nya...sian kat anak tu je...hehe jangan la tanya kenapa tak tinggal...ada lah sebabnya...hal peribadi aku takyah la korang sibuk nak tahu...
Jom ke MAHA 2016!
Sebelum ni aku agak skeptikal dengan pengunjung² MAHA...kenapalah dorang sanggup bersesak² dengan hangkut anak² yang ramai datang sini?? best sangat ke?? sebab aku ingatkan MAHA ni sekadar menjual makanan, minuman dan produk² kesihatan keluaran tempatan dengan harga yang rendah berbanding di luar MAHA...
Tapi lepas aku dah melawat sendiri sebahagian besar kawasan MAHA ni, haaa baru faham kenapa orang sanggup bersesak² ke sini bawa ahli keluarga...tua, muda, kanak², babies semua lahhh jadi pengunjung MAHA...
Aku juga suggest korang melawat MAHA...at least sekali seumur hidup pi lah lawat...tak payah round semua kawasan pun...apa yang aku dah cerita kat atas nun, pilih je mana yang jadi minat dan kegemaran korang...haa fokus kat tempat tu je...lagipun bila dah aim gitu, senang nak melihat², membelek², membeli² *ehh!* baru lah berbaloi setiap wang yang korang belanjakan! gituhh tips MAHA lagi aku bagi...hehe
Info MAHA 2016:
Tarikh: 1-11 Disember 2016
Masa: 10am - 10pm
Lokasi: MAEPS, Serdang
Website: http://maha.gov.my/
Terima kasih sudi membaca!
9 comments:
lembu sado tetap ada...
Ok..khatam. Dh lama x blogwalking ni..tinggal esok sehari je lg sempat ke tak nk pergi ni
Aku dgn zaza tak pernah Miss pergi maha sejak bbrapa thn lps.. Cuma kali ni jer itu pun sbb kaki aku ni haa....
oo.. menarik rupanya maha ni.. tak pernah pi lagi.. tskk..
dah follow..jemput singgah dan follow my blogshop, ada pucci yang cantik2..
Modesty Closet
Best wooo makan durian kat MAHA
Memang balik aje dr Maha terus pancit 2 hari..kejang kejung kaki sis..hahaha
sedihnyer x dpt tgk MAHA thn ni sbb tgh pantang lps operate..kalau x,..mau ku terjah jugakkk tuu..huhuhu
bestnye MAHA, x berkesempatan pun nak pegi
eh btw cantik yana make up, nampak berseri2 gitu :)
ko update 11 hb pastu MAHA abis pun 11hb ... hehehe
sape yg teruja baca blog ko ni kompom menyesal tak pi ...
seb baik pengalaman lalu buat aku mls nk pi dah ... letih hoi .. tak sanggup
Post a Comment