Dec 10, 2016

Parcel of Joy daripada LAZADA Sempena Online Revolution

Assalamualaikum...


Hujung tahun dan SALE memang tak dapat dipisahkan....kena pulak targeted audience orang perempuan macam haku....seorang wanita biasa yang tak tahan dengan godaan sales menggila....hahaha~


Dah la aku memang jenis suka online shopping...klik klik masuk cart, bayar thru online banking pastu tunggu je abang posmen hantar barang sampai depan pintu....rasa macam dapat hadiah sepraissss...tapi beli sendiri! kahkah~   reward untuk diri sendiri kekdahnya...jadi lerr...janji bahagia gitu...huhu~



Salah satu website yang buat sale menggila ni LAZADA lah!! online revolution katanya....cis! banyak dah duit aku habis kat Lazada....hahaha~  eh semua yang aku beli tu berbaloi kot...paling best Lazada ni rata² barang dia FREE Shipping...harga barang dah la memang sedia murah...kos shipping FOC lagi dia bagi...eh apa lagi kau nak?? haha


LAZADA Online Revolution merupakan jualan secara online terbesar di Asia Tenggara dan Lazada Malaysia menawarkan rangkaian barangan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa


Untuk pengetahuan korang, Online Revolution 2016 adalah kali yang kelima sejak pelancarannya pada tahun 2012. Dengan tema "Brands for All" (Jenama untuk Semua), promosi terhebat Lazada ini akan berlangsung selama 1 bulan bermula dari 11 November 2016 sehingga 14 Disember 2016. Walaupun sekarang pertengahan bulan tapi memang ramai yang ambil kesempatan untuk borong barang-barang keperluan dengan harga murah dan berbaloi sangat! Antara jenama yang mengambil bahagian adalah seperti Drypers, L'OrΓ©al, NestlΓ©, Tefal dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, dan banyakkkkk lagi!


Baru ni Lazada kirim Parcel of Joy...hadiah untuk pelanggan setia kekdahnya...kahkah~  mana la tak setia! sawan aku tiap kali bukak website tu πŸ˜


Antara barang yang ada dalam Parcel of Joy:

πŸ’• TP-Link (lupa masukkan dalam gambar)


Klik je kat mana² produk πŸ‘† yang korang kenan dan boleh terus add to cart...wohoaa!


Jom closed-up! πŸ‘‡


Untuk blogger tegar macam daku ni memang patut beli TP-Link WiFi Range Extender...senang nak update blog di mana²...contoh kat hotel...biasa hotel memang ada sediakan free wifi, tapi coverage dalam bilik pulak low...dengan TP-Link tak perlu risau lagi pasal coverage! dia tolong tarik coverage untuk kita...ngee- berminat boleh klik SINI...nak set-up senang je...tengok youtube! hehe✌


Nescafe White Coffee perisa pandan...first time merasa...not bad!


Maggie Oatmee ni pun first time dengar and first time nak merasa...haa belum try masak lagi...tak sempat...tapi teruja nak cuba! πŸ˜


Maggie Royale ni biasa dengar and biasa nampak kat pasaraya...dapat pulak perisa Tom Yam Seafood...huii feveret sangat perisa tomyam! nyam nyam


Susu penuh krim Just Milk dari Nestle...kongsi² minum dengan Zafran...budak hensem tu bukan boleh tengok orang makan minum semua dia nak sebat...haha


L'oreal Dual Stylers ni jel rambut...sesuai untuk yang mempunyai rambut bermasalah macam rambut kering, rambut bersimpul etc....macam anak dara aku tu rambut dah cantik macam rebonding...tapi tiap kali sikat mesti ada drama jerit²...sebab rambut dia senang kusut and bersmpul²...sapu jel ni mudah sikit nak sikat πŸ‘


Mini bag dari Lactokid...dalam tu isi Cerelac Nutripuff...alaa macam cornflakes untuk babies...rebut² dua beradik tu makan...haha  nanti mama beli lagi ye...alang² tengah sale niii...beg tu pulak boleh jadi pencil box Zafirah...nak isi barang mekap tak muat kecik sangat...ke barang mekap aku yang banyak sangat?? lolz😁


Lastly, beg Ola Bola dari Milo! wohoaa! besar beg ni...sesuai jadikan bag baju untuk holiday....khas letak baju anak²...me love it!! eh korang kalau nak dapatkan beg ni pun boleh tau...cara dia korang kena beli mana² produk Milo yang ada mentioned FREE gift untuk pembelian tu...


Macam niπŸ‘‡


best kannnn...



Apa lagi korang? jom shopping kat Lazada.com.my ...sementara tengah sale ni...kang nyesal...jangan cakap ahkak tak payung!😝





Terima kasih sudi membaca!

1 comment:

Busyra Takiyudin said...

best kan dpt ni. hehe.. busyra punya yg dpt oat mee tu smpai skrng tak makan2. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015